Catatan Siswa

‘Pandangan Seorang Siswa’

Mak Apa Salahku?

Mak Apa Salahku?

Mak apa yang aku telah buat padamu

kaulah insan yang aku sayang

tapi kenapa kau menghalang aku balik bertemu denganmu

Apa salahku yang membuatkan kau berang

Mak tolonglah jangan buat anakmu begini

Aku sayang padamu mak

Kalau ada salahku harap dimaafi

Aku insan biasa yang kadang-kadang tak mampu menjaga hatimu mak

Kalau ada salah dan silapku

Janganlah kau buat aku begini

Aku sayangkan mu mak tolong jangan buat aku terharu

Aku tak boleh kalau tak jumpamu walau sehari

Apa yang aku telah buat

Sehingga kau begitu kecil hati dengan ku

Aku manusia biasa dan bukanlah yang terhebat

Maafkanlah diri ku ini sekiranya ada salah dan silapku

[ yieMEGA D'Lorong Che Mat Baba, KB, Kelantan]

Leave a Comment

Aku Dalam Dilema

Aku pun tak tahulah apa nak cakap…sejak kebelakangan ini adik aku nampaknya semakin mengada-gada, tapi nak buat macamana aku sayang kat adik aku. Tapi kadang-kadang aku rasa dia melampau….bayangkanlah tiap-tiap minta duit kat aku bukan sikit rm10.

Aku pun tak tahu nak buat macamana, tak diberi apa yang dia nak dia merajuk dengan aku, tambahan pula aku memang tak boleh tengok muka adik aku kalau merajuk memang membuat aku serabut. Itulah tapi diturutkan kemahuan dia dia semakin melampau mengada-ngada.

Apakan daya aku terpaksa juga turutkan kemahuan dia. Mungkin itulah yang aku patut buat daripada melihat wajahnya yang merajuk. Ia akan lebih menyerabutkan pemikiran kepala aku. Jadi ikutlah sahaja kemahuan dia.

Bila dia nak berubah aku pun tak tahu. Apa yang penting dia bahagia…tak apa lah walaupun hati aku terus disakitinya demi adik tersayang aku sanggup berkorban. Sampai setakat ini coretan aku pada kali ini.

Leave a Comment

Sebingkis Kisah

Assalamualaikum w.b.t

TELAH lama juga saya tidak mengemaskini blog ini, mungkin ini disebabkan oleh saya terlalu sibuk dengan tugas-tugas yang menjadi rutin harian saya. Maaf dipohon sekiranya disebabkan telah lama saya tidak mengemaskini blog ini memberi sedikit kerumitan kepada semua pembaca blog ini. Saya dah berapa kali meluangkan masa untuk mengemaskini blog ini, nak buat macamana kita hanya mampu merancang tuhan yang menentukanya….

Saya pun tak tahu kenapa sejak akhir-akhir saya terus diuji kesabaran saya, mungkin inilah yang terpaksa saya lalui demi meneruskan sisa-sisa hidup, melalui liku-liku kehidupan. Dalam minggu ini sahaja sudah beberapa kali hati saya disakiti, paling menyedihkan saya tiada peluang untuk mengubati hatiĀ  yang dilukai itu kalau sempat hanya sementara dan akhirnya hati saya terus disakiti.

Memang sudah menjadi lumrah kehidupan dunia, begitulah kita ni manusia biasa sentiasa di uji, Allah tuhan yang maha kuasa sesungguhnya lebih berkuasa daripada kita. Dari hari ke hari semakin banyak tekanan yang aku terpaksa terima walaupun pahit, itulah hakikatnya.

Saya pun tak tahu sampai bila hati saya ini akan terus disakiti, aku berdoa kepada Allah yang satu agar hati saya ini tidak lagi disakiti oleh seseorang yang aku sayang lagi. Bilakah hadirnya saat itu aku pun tak tahu, biarkanlah ia berlalu ditiup angin bayu beterbangan ke udara begitu sahaja.

Dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul, mungkin agak terlambat namun kata orang lebih baik daripada tidak langsung. Semoga anda semua beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.

Salam Perjuangan…..

Leave a Comment

Harapanku di 2011

Harapanku di 2011

2010 Telah pun berlalu pergi

2011 Telah pun datang

Harapanku di 2011 ini

Aku berharap tiada lagi ujian yang mendatang


Harapanku di tahun ini

Agar tidak lagi aku dilanda masalah

Aku sudah tidak larat lagi

Menahan kedatangan masalah yang tak sudah-sudah


Harapanku di tahun ini

Agar aku lebih baik dari tahun dulu

Biar apa orang kata terhadap diri ini

Apa yang penting aku sabar dahulu


Harapanku di tahun ini

Moga aku berjaya di dalah hidupku

Moga aku dimurahkan rezeki

Agar tidak aku merana lagi


Harapan aku di tahun ini

Moga-moga aku terus tabah

Mengharungi duri dan ranjau kehidupan ini

Aku dapat mendaki kehidupan tanpa rebah

[ yieMEGA, D'Jalan Merbau, Kota Bharu, Kelantan ]

Leave a Comment

Suka Duka 2010

TAHUN 2010 penuh dengan suka dan duka di dalam hidup aku, bagi aku tahun 2010 banyak juga rintangan dan halangan yang aku perlu lalui. Aku juga banyak diuji pada tahun ini. Tak salah kalau aku katakan tahun 2010 merupakan tahun paling bermasalah dalam hidup aku.

Orang yang tak betul-betul kenal aku tak akan tau yang aku perlu melalui pelbagai rintangan, halangan dan mengharungi pelbagai masalah demi masalah. Ye lah aku ni biasa tak suka tunjuk aku ada masalah, walaupun aku ada masalah aku tetap ketawa sebagai pengubat duka. Itulah diri aku.

Walaupun tahun 2010 merupakan tahun yang mencabar di dalam hidup aku, tetapi harunginya dengan penuh tabah ia adalah kerana bersesuaian dengan prinsip hidup aku iaitu berjuang selagi hidup. Menyelesaikan masalah adalah satu perjuangan dan hidup merupakan satu perjuangan.

Walau apa pun yang terjadi aku tetap terus berjuang dan berjuang, aku akan tetap terus berbakti walaupun ada orang yang menyalah anggap bakti yang aku buat, namun bagi aku itulah cabaran di dalam kehidupan di alam yang fana ini.

Tahun 2010 ini juga membuatkan aku menimba pelbagai pengalaman suka dan duka. Itulah kehidupan kita tak selama-lamanya gembira dan juga tidak selama-lamanya berduka. Apa yang penting pengalaman mendewasakan kita dan mematangkan fikiran.

Kini tinggal beberapa jam aja lagi untuk tahun 2011 muncul dan menemui manusia-manusia di bumi ciptaan Allah s.w.t aku berharap tahun 2011 akan memberi sinar baru di dalam kehidupan aku yang sederhana ini.

Di kesempatan ini, aku memohon maaf kepada semua sekiranya aku ada melakukan salah dan silap ke atas mereka sepanjang tahun 2010 ini, dan selepas buku 2011 dibuka aku berharap diri aku ini tidak lagi ditimpa musibah, masalah dan rintangan lagi.

2011 Aku ingin meneruskan sisa-sisa hidup aku untuk menjadi seorang insan yang terbaik di kalangan terbaik, terus hidup untuk berbakti dan akan harap selepas ini tiada lagi bakti yang aku curahkan disalahertikan oleh mereka-mereka yang tidak memahami diri aku kompleks ini.

Enhanced by Zemanta

Leave a Comment

Bercadang untuk menubuhkan k-team FC

SETELAH berfikir panjang dan beberapa orang yang telah memberikan cadangan kepada aku, aku bercadang untuk menubuhkan K-team FC sebuah kelab bola sepak baru, walaubagaimanapun penubuhan itu hanya akan dibuat selepas masalah-masalah aku diselesaikan.

Selagi masalah-masalah aku tidak diselesaikan aku tidak akan menubuhkan kelab tersebut. Perlu diingatkan penubuhan kelab ini bukan bertujuan untuk menjatuhkan sesiapa, tidak juga untuk bermusuh dengan sesiapa. Sebaliknya, penubuhan kelab ini bertujuan untuk meneruskan perjuangan aku di dalam dunia bola sepak, di mana niat aku hanyalah untuk terus menggilap bakat-bakat muda untuk memberi semangat baru kepada arena bola sepak tanah air.

Penubuhan kelab ini pada masa ini masih di peringkat cadangan, beberapa kajian mendalam aku sedang jalankan bagi memastikan tiada lagi masalah yang timbul sewaktu aku menguruskan kelab baru tersebut. Buat masa ini aku tidak bersedia menerima mana-mana tawaran untuk bergabung dengan kelab yang bakal ditubuhkan ini kerana aku bimbang akan berlaku masalah di kemudian hari.

Walaubagaimanapun aku akan fikirkan sedalam-dalamnya sekiranya ada permintaan bergabung dengan kelab-kelab mereka, akhir kalam MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA….!

Leave a Comment

Hari-Hari Tanpa Kelab Bola Sepak

ALHAMDULILLAH setakat hari ini aku merasa selesa dengan tidak terlibat dengan mana-mana Kelab Bola Sepak, aku boleh lakukan rutin harianku tanpa perlu lagi memikirkan masalah-masalah yang timbul berkenaan dengan bola sepak.

Kalau dulu hari-hari aku terpaksa memikirkan apakah jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul. Aku rasa sedikit lega sekarang kerana tak perlu lagi aku menyerabutkan kepala memikirkan jalan penyelesaian yang sesuai untuk Kelab Bola.

Hari ini aku bebas ke mana-mana, tidak sepertimana dulu…..perjalanan kehidupan aku sering terbantut disebabkan sibuk dengan kerja-kerja pengurusan Kelab Bola. Walaubagaimanapun aku masih sayangkan Bola Sepak namun aku masih memikirkan waktu yang sesuai untuk aku buat ‘Come Back’ kepada dunia bola sepak.

Setakat ini sahaja diari aku pada hari ini, kita sambung lain kali lah pulak ye.

Leave a Comment

Damai

Leave a Comment

Andai Ku Tahu

Andai Ku Tahu

Andai ku tahu

Begini jadinya

Aku tak buat dulu

Tapi apakan daya aku manusia biasa

Aku bukan maksum sepertimana nabi dulu

Andai ku tahu

Ini akibatnya

Dari dulu aku buat tak tahu

Apakan daya aku manusia

Andai ku tahu

Begini nasib diriku ini

dari awal dulu

Sudah tentu perkara ini tidak terjadi lagi

Sekarang nasi sudah menjadi bubur

Apa nak buat terimalah seadanya

Walau menangis sehingga mata kabur

Ia tidak akan pulang seperti suatu masa dulu kala

Inilah pengajaran untuk pedoman aku sendiri

Hidup aku yang penuh duri dan ranjau serta rintangan

Tersilap langkah terpijak duri

Kesakitan hanya dirasa oleh aku keseorangan

[ yieMEGA D'Lorong Che Mat Baba, KB, Kelantan]

Leave a Comment

Rehat dari sebarang aktiviti berkaitan Kelab Bola Sepak

RAMAI yang bertanya kepada aku kenapa aku letak jawatan daripada KB UNITED FC, jawapanya mudah sahaja aku letak jawatan sebab nak rehat daripada sebarang aktiviti yang berkaitan dengan kelab bola sepak ini. Lagipun aku dah penah dengan sepak terangjang dalam arena pengurusan bola sepak ini.

Kepada pemain-pemain KB UNITED FC terima kasih di atas sumbangan mereka selama ini. Sudah menjadi lumrah yang datang dan pergi. Begitulah adat dunia, ada yang pergi tak kembali ada yang pergi kembali, sudah menjadi lumrah dunia.

Pengalaman bersama dengan pemain-pemain KB UNITED FC tidak sesekali aku akan lupakan. Suka duka bersama mereka tersemat di dalam ingatan aku. Aku pohon maaf kepada mereka semua kerana perjuangan aku bersama mereka terpaksa aku akhiri walaupun aku sayang nak meninggalkan perjuangan ini, namun bagi aku inilah pilihan terbaik.

Ucapan aku kepada semua pemain-pemain KB UNITED FC, pemimpin datang dan pergi silih berganti, dengan mungkin dengan perletakkan jawatan ini mungkin akan menambahkan lagi mutu persembahan bola sepak yang ditunjukkan oleh pemain-pemain KB UNITED FC relakan sahaja permergian ini untuk selama-lamanya atau pergi tak kembali lagi.

Terima kasih banyak-banyak semua……Wsalam…

Leave a Comment