Hamba Cinta Episod 3
Saturday, September 29th, 2007Pada hari berikutnya Anuar ke sekolah seperti biasa, namun kali ini ada sedikit kelainan. Kelainan yang dimaksudkan ialah ia ditemani Ain berjalan berdua-duaan tetapi tidaklah berpegangan tangan. Hari ini merupakan hari pertama mereka pergi berdua-duaan ke sekolah. Bertapa bahagianya hati mereka mengalahkan orang dewasa bercinta sedangkan umur mereka baru mencapai usia dua belas tahun. Namun kemesraan mereka jelas kelihatan seperti aur dengan tebing. Setelah beberapa minit perjalanan mereka akhirnya kelihatan bangunan Sekolah Kebangsaan Pengkalan Sireh, sekolah tempat mereka berdua menimba ilmu.
Sebelum sempat mereka berdua sampai ke sekolah, terlebih dahulu ada pelajar lain yang menyapa Anuar. Pelajar tersebut adalah Jiman yang merupakan sahabat baik Anuar. “Eh Anuar kenapa tak datang rumah aku tadi?” soal Jiman.”Alah ko ni tak sporting lah kan aku datang dengan Ain ni, jadi aku tak dapatlah ke rumah kau”balas Anuar selamba.”Kalau begitu tak apa lah, aku masuk ke dalam sekolah dulu”Pinta Jiman dengan nada yang hampa. Jiman terus meluru ke perkarangan Sekolah Kebangsaan Pengkalan Sireh, manakala Anuar dan Ain masih melangkah perlahan sambil mengukir senyuman di bibir masing-masing. Beberapa minit kemudian, mereka berdua sampai ke perkarangan sekolah, dan terus meluru ke arah kelas mereka.
Sejak perhubungan Anuar dengan Ain, persahabatan Anuar dengan Jiman terjejas kerana Anuar hanya menumpukan kepada Ain dan langsung tidak berjumpa dan bermain dengan Jiman. Jiman merasa begitu sedih kerana sahabat baiknya dari kecil sanggup buatnya begini. Bagi Jiman sepatutnya Anuar sekurang-kurangya meluangkan sedikit masa untuk bersama dan bermain denganya, tetapi Anuar tidak melakukanya mungkin juga Anuar sudah lupa kenangan pahit manis semasa menjadi sahabat baik Jiman. Kini persahabatan Jiman dengan Anuar boleh dikatakan tinggal kenangan.
Hari berganti hari, masa berganti masa, detik berganti detik kini Anuar sudah tidak lagi mempedulikan Jiman kerana Asyik dengan buah hati atau mata air yang menjadi pujaan hati. Pada suatu hari Jiman menegur Anuar di pertengahan jalan ke sekolah mereka, namun teguran itu langsung tidak dipedulikan oleh Anuar. Mungkin bagi Anuar sudah ada pujaan hati buat apa lagi nak berkawan. Perbuatan Anuar itu jelas membuatkan Jiman merasa kalbunya ditusuk sembilu bagaikan mahu pengsan di situ juga. Jiman melangkah longlai menuju ke sekolahnya. Walaupun hatinya merasa sakit, tetapi dia cuba untuk menenangkan hatinya.
Sejak hari itu Jiman tidak menegur Anuar di pertengahan jalan ke sekolah. Kini persahabatan mereka umpama telur di hujung tanduk. Jiman pula yang kini sentiasa termenung memikirkan persahabatan dia dengan Anuar. Pada suatu hari Jiman terfikir satu rancangan yang boleh membuatkan Anuar sedar dan kembali berkawan rapat denganya. Jiman mengatur strategi untuk menyedarkan Anuar supaya mengingatinya sebagai sahabat baik dari dulu sampai sekarang.
Jiman memilih rancangan untuk memikat Ain kerana pada pendapatnya Kalau Ain tidak lagi bercinta dengan Anuar sudah tentu Anuar akan memilih untuk kembali bersahabat denganya. Mulai dari saat itu, ketika itu dan waktu itu Jiman memulakan operasi untuk memikat Ain. Selepas hari berganti hari, masa berganti masa, ketika berganti ketika Jiman hampir berjaya memikat Ain dan akhirnya pada suatu hari Jiman berjaya memikat Ain memandangkan Jiman juga tidak kurang handsome jika nak dibandingkan dengan Anuar, Jiman ni hitam manis manakala Anuar ni putih.
Perhubungan Jiman dengan Ain akhirnya dapat dihidu oleh Anuar, nampaknya strategi memikat Ain tidak berjaya untuk mengingatkan Anuar tentang persahabatan mereka, sebaliknya ia menimbulkan kemarahan Anuar. Apabila perhubungan mereka diketahui oleh Anuar, Anuar dengan nafsu amarahnya yang tinggi pergi mencari Jiman. Muka Anuar merah padam umpama terbakar. Setelah Anuar menjumpai Jiman, Anuar lalu berteriak “Woi Jiman kenapa kau kebas awek aku, kan banyak lagi kan awek yang belum berpunya last-last kau pilih awek aku jugak”
- Bersambung nantikan kemunculan Episod 4
