Studio Bintang Kecil Akhir
Studio Bintang Kecil rancangan realiti hiburan yang menampilkan dan menonjolkan bakat kanak-kanak dalam seni suara ini akan mencapai kemuncaknya pada Sabtu ini 8 September 2007 yang akan disiarkan secara langsung di TV9. Rancangan yang diterbitkan oleh TV9 ini bakal melahirkan bintang-bintang baru di dalam arena seni suara tanah air. Istimewa rancangan realiti hiburan ini apabila ia cuba mengetengahkan bakat-bakat cilik yang boleh dikormesialkan.
Penulis pernah menonton kedua-dua mini konsert oleh peserta-peserta Studio bintang kecil dan ternyata tidak membosankan terutamanya menonton persembahan peserta lelaki seperti Azidi, Along, dan banyak lagi. Ternyata persembahan mereka memang berbakat. Apa yang penulis harapkan agar pemenang-pemenang Studio Bintang Kecil akhir ini dapat dikomersialkan dengan pemberian kontrak untuk membuat album. Buat masa ini tidak ramai lagi penyanyi kanak-kanak membuat album jadi sudah sampai masanya kanak-kanak diberi peluang untuk membuat album.
Kesungguhan TV9 menerbitkan rancangan ini wajar dipuji, penulis berharap bakat-bakat yang ada pada peserta-peserta Studio Bintang Kecil berakhir pada konsert akhir sahaja. Kesanggupan Ribena untuk menaja program ini adalah sangat dihargai. Penulis berharap pada episod-episod akan datang lebih ramai penaja yang tampil menaja program ini. Penulis mencadangkan supaya pihak penerbit tv9 menyediakan hadiah kontrak rakaman untuk Juara dan Naib Juara Studio Bintang Kecil yang akan datang.
Penulis merasakan Studio Bintang Kecil harus diteruskan dan menjadi rancangan realiti tahunan yang akan mengisi kalendar penyiaran tahunan stesen tv itu. Pada masa itu penulis mencadangkan format rancangan ini diubah kepada 50 % Juri dan 50% Undian SMS kerana ia akan menjadikan rancangan ini bertambah menarik. Pada rancangan yang akan datang juga penulis cadangkan supaya tv9 menambah Konsert Mini dari dua kepada lapan atau menukar Konsert Mini kepada Konsert Mingguan. Diari Studio Bintang Kecil juga harus diperkenalkan bagi memastikan program ini makin diminati ramai. Pada masa yang sama penulis mencadangkan konsert mini Studio Bintang Kecil di adakan secara langsung kerana ini akan membuat program ini bertambah menarik. Akhirkata, kepada peserta-peserta Studio Bintang Kecil semoga berjaya di Konsert Akhir dan buatlah yang terbaik.
Perhatian: Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan Rakaman Konsert ini Secara Percuma sila komen post ini.
September 12th, 2007 at 3:30 pm
aku dah tonton konsert final Studio Bintang Kecil tu.. pergh.. suare bdk2 tu.. hebat. Sampaikan juri pun pening kepala nak tentukan pemenang.. Aku stuju gak kalo juara dan naib di berikan kontrak rakaman, supaya bakat2 istimewa ni x abis begitu saja.
Tapi aku terlepas persembahan Juara Bintang kecil, Azidi. Dah nak abis siaran baru aku sempat tgk. So, macam mana aku nak dapatkan rakaman siaran langsung tu ek! Cari kat youtube pun xde.. huh.. sedih..
September 13th, 2007 at 2:25 am
ko tengok kat blog ini http://pandangankita.blogmas.com
September 17th, 2007 at 12:16 pm
aku stuju kul 50% adalah dtg dr undian sms…
manakala 50% dr juri…
September 26th, 2007 at 8:55 pm
bagus lah camtuh kalau ko setuju saper lagi setuju
September 17th, 2008 at 9:13 pm
azidi mmg best kn gan persenbahan yg amat mantap……Lagipun suara dia pun dh mcm mawi world isk2……
September 17th, 2008 at 9:13 pm
azidi mmg best kn…….
September 20th, 2008 at 7:15 am
sy suka kat azidi sebab suara dia merdu sangat…..serta arif lelaki12 thn itu pun sedap….daridapada ihahkepada meraka semua……..