RSS 2.0
  • Home
  • Bibliografi
  •  

    Archive for September 8th, 2007


    Pulau Perhentian

    Saturday, September 8th, 2007

    Pulau Perhentian merupakan pulau yang tidak kurang popular di kalangan pelancong. Tak Kira pelancong asing atau domestik mereka pasti mahu datang melawat ke pulau yang penuh keindahan ini. Pulau Perhentian terbahagi kepada dua iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Perjalanan dari Kuala Terengganu ke Jeti Kuala Besut ialah lebih kurang dua jam.

     

    Perjalanan dari Jeti Kuala Besut bergantung kepada jenis bot pelancong yang pelancong pilih. Sekiranya pelancong memilih untuk menaiki bot perlahan atau slow boat perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam. Sekiranya pelancong memilih untuk menaiki bot laju atau fast boat ia hanya mengambil masa lebih kurang setengah jam. Banyak aktiviti yang anda boleh di Pulau Perhentian ini.

     

    Pulau Perhentian yang terkenal dengan kebiruan lautnya memang disukai oleh pengunjung yang meminati aktiviti snorkeling. Pelbagai lagi aktiviti yang menanti anda sekiranya anda berkunjung ke Pulau yang penuh keindahan ini. Kos makan di pulau ini mungkin tinggi sedikit ini adalah kerana kebanyakkan bahan mentah, dan barangan runcit di ambil di Kuala Besut dan memerlukan kos yang tinggi. Kos itu tidak akan menjejaskan sesi pelancongan anda kerana anda akan dapat rasa kelainan bercuti di pulau ini.

     

    Pulau ini juga menjadi kegilaan pelancong-pelancong asing kerana keindahan dan kemesraan penduduknya. Kebolehan penduduk di sini bertutur dalam Bahasa Inggeris juga membuatkan pulau ini lebih dekat di hati pelancong asing. Pelbagai program-program pelancongan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri untuk menarik pelancong di adakan di Pulau ini antaranya ialah Perhentian Challenge.

     

    Kemudahan penginapan yang disediakan di Pulau Perhentian juga begitu banyak pilihan dari yang tak ada bintang hinggalah lima bintang. Bercuti di Pulau Perhentian merupakan pengalaman yang anda tidak dapat lupakan dan anda akan rasa untuk kembali bercuti di pulau yang popular di Pantai Timur ini. Kalau anda tidak percaya cubalah rasai percutian menarik di Pulau Perhentian ini.