Hamba Cinta Episod 1
Sunday, September 9th, 2007Kisah Anuar Semasa Kecil
Kampung Pengkalan Sireh sebuah kampung yang aman damai. Penduduknya begitu bersatupadu kerana semangat kemuafakatan yang tinggi. Di kampung ini jugalah lahir seorang lelaki bernama Anuar. Kini genab sepuluh tahun Anuar dilahirkan ke alam fana ini. Anuar seorang kanak-kanak yang periang dan manja terutamanya dengan ibu yang amat disayanginya. Ibunya pula memang terlalu manjakanya dan menurut kehendaknya walaupun mereka bukan dari kalangan orang yang berada.
Sekolah Kebangsaan Pengkalan Sireh merupakan satu-satunya sekolah rendah yang ada masa itu di Kampung Pengkalan Sireh dan di situlah Anuar bersekolah. Sementara itu pembinaan sekolah menengah dan rendah di kampung bersebelahan dengan Kampung Pengkalan Sireh iaitu Kampung Lambongan sedang giat dijalankan. Anuar memang terkenal di sekolahnya kerana memiliki paras rupa yang menawan dan mampu mengoda gadis-gadis yang laparkan cinta.
Lazimnya di dalam bilik darjah Anuar, ada seorang yang menjadi juara dalam meriuh-rendahkan keadaan dan orang itu tak lain lagi kalau bukan Anuar. Anuar memang suka membuat bising di dalam kelasnya sehingga tidak ingat dunia. Pada suatu pagi seperti biasa Anuar masuk ke kelasnya. Jam yang tergantung senget di dinding kelasnya itu sudah menunjukkan waktu 7.45 pagi dan menandakan waktu untuk belajar sudah tiba. Namun, oleh kerana guru yang akan mengajar subjek masa pertama tidak muncul lagi, masa itu digunakan oleh Anuar dan rakan-rakanya untuk berbual kosong.
“Eh korang dah tengok ke cerita Hara Bara?” soal Anuar dengan selamba. “Aku dah tengok, best sangat cerita tu”balas Jiman yang merupakan sahabat baik Anuar. “Aku belum tengok lagi” sampuk Achik yang juga merupakan seorang sahabat rapat Anuar. “Wah rugilah engkau kalau tak tengok lagi cerita tu, best tau. “Eh kalau engkau tengok guna CD aku nak pinjam boleh tak CD tu? kedengaran suara yang datangnya dari kawasan kumpulan pelajar perempuan. Rupa-rupanya suara itu datang daripada Ain yang memang sudah jatuh hati pada Anuar. Anuar yang sememangnya terpikat dengan keayuan dan kejelitaan Ain menjawab dengan selamba “Kalau Ain nak pinjam, abang boleh kasi eh abang lah pulak, maaflah nuar tersasul tadi”. “Tak apa kalau abang nak Ain panggil abang, abang pun Ain tak kisah”balas Ain sambil mengukir senyuman di bibirnya yang manis itu. Anuar tersipu-sipu malu.
“Semua bangun” suara itu membuatkan suasana kelas yang tadinya riuh rendah bertukar menjadi senyap sunyi seperti ada Malaikat yang lalu. Suara itu tandanya cikgu yang mengajar subjek pada waktu pertama sudah tiba untuk menyempurnakan tugasnya. “Baiklah semua boleh duduk” arah Cikgu Mila yang menjadi guru subjek sains itu. Lalu dibalas oleh murid-muridnya “Terima Kasih Cikgu”. Lalu semua pelajar pun duduk dengan penuh tertib.
Semua pelajar pun mula mendengar sesi pengajaran yang dijalankan oleh Cikgu Mila yang merupakan seorang guru yang terbaik di Sekolah Pengkalan Sireh. Sementara itu Anuar pada mulanya menumpukan pada sesi pengajaran Cikgu Mila tetapi lama kelamaan fikiranya mula tersasar jauh daripada apa yang diajar oleh Cikgu Mila. Dia mengelamun dan terbayang kisahnya dengan ain pada suatu hari nanti. Dia bermimpi di dalam jaga suatu hari nanti dia menyanyi berduet dengan Ain di dusun berdekatan dengan kampungnya. Bertambah indah lagi apabila mereka menyanyi berdua-duaan sambil diiringi muzik latar.
Sedang asyik Anuar mengelamun tiba-tiba “geeeeeeeedeeeeeeeegang” dan bunyi itu membuatkan Anuar terjaga dari mimpinya. Alangkah terperanjatnya apabila mendapati Cikgu Mila berada di hadapab mejanya. “Anuar kenapa awak ni jauh mengelamun ni” soal Cikgu Mila dengan nada yang agak keras sedikit. “taa taa taa tak ada apa cikgu”balas Anuar dengan terketar-ketar diikuti dengan rakan-rakan sekelasnya mentertawakanya. “Alamak apalah aku ni buat malu je”bisik hati kecil Anuar.
Setelah hampir dua jam, sesi pengajaran yang dikendalikan oleh Cikgu Mila pun melabuhkan tirainya. Anuar mampu menarik nafas lega kerana Cikgu Mila akan keluar. Sebaik sahaja Cikgu Mila keluar, Anuar menggunakan peluang itu untuk bercakap dengan Ain, gadis ayu yang menjadi pujaan hati Anuar. “Ain petang nanti kita jumpa ya, abang nak kasi CD cerita Hara Bara yang ain nak pinjam tu” kata Anuar sambil tersenyum. “Baiklah abang, Ain akan jumpa abang petang nanti” balas Ain seraya menyoal “Tapi kita nak jumpa kat mana petang ni?” . “Apa kata kita jepun kat dusun yang dekat rumah abang itu?”tanya Anuar dengan tersipu-sipu malu. “Kalau macam tu Ain setujulah, tapi pukul berapa petang ni kita nak jumpa?”balas Ain sambil menyoal Anuar. “Apa kata pukul tiga petang ni” soal Anuar dengan mukanya kelihatan tersenyum lebar. “Baiklah Ain setuju”Balas Ain pendek.
“Kriiiiiiiiiiiiiiiiiiing” loceng di Sekolah Pengkalan Sireh mengamatkan suasana dan menandakan waktu rehat sudah tiba. Diikuti dengan deruan, hentakan pelajar-pelajar sekolah yang berlari-lari dari kelas ke kantin untuk menikmati makanan yang disediakan oleh pihak kantin. Tidak kurang juga yang berjalan perlahan-lahan sambil berborak dengan rakan-rakanya. Anuar juga tidak keseorangan semasa di dalam perjalanan ke kantin apabila dia ditemani oleh Ain. “Abang nak makan apa hari ini” soal Ain. “Kenapa Ain nak belanja ke? Kalau Ain nak belanja abang tak kisah makan apa pun”balas Anuar sambil ketawa. “Apa lah abang ni ada ke Ain yang kena belanja, patunya abang yang kena belanja” Ain melahirkan rasa tidak puas hati. “Alah Ain ni abang bergurau aje.”balas Anuar selamba. Setibanya di kantin Anuar dan Ain menikmati mee goreng yang dibeli dari kantin. Nampaknya Anuar dan Ain mempunyai makanan kegemaran yang sama.
“Kriiiiiiiiiiiiiiiiiiiing” sekali lagi bunyi loceng mengamatkan suasana sekolah, murid-murid sekolah itu pun bergegas ke Kelas masing-masing termasuklah Anuar dan Ain. Kali ini perjalanan mereka lebih laju sedikit berbanding masa pergi ke kantin tadi memandangkan mereka terpaksa mengejar masa, maklumlah masa itu emas. Sesi pembelajaran hari itu diteruskan sehinggalah loceng terakhir pada hari itu di sekolah itu berbunyi lagi.
-bersambung nantikan episod 2