Random Post: Hamba Cinta Episod 1
RSS 2.0
  • Home
  • Bibliografi
  •  

    Hamba Cinta Episod 2

    Cinta Pertama

    Setibanya di rumah, Anuar menyelongkar saji yang tertutup rapat di atas meja makanya itu. Tersenyum Anuar apabila mendapati makanan pada tengahari itu tidak kurang hebatnya. Ayam percik, gulai siput, ikan masak pedas dan lemak cili api. Memang membuka selera Anuar yang sememangnya sudah kelaparan itu. Tanpa berlengah, Anuar mengambil pinggan yang telah ditiarapkan di dalam rak pinggan di dapur rumahnya itu.

     

    Anuar makan dengan penuh berselera memandangkan lauk hari ini sememangnya sedap sehingga menjilat jari. Lazimnya Anuar tidak akan menunggu ahli keluarganya yang lain sekiranya dia mahu makan tetapi dia akan marah sekiranya ahli keluarganya yang lain makan tanpa menunggunya. Anuar ini orang kuat merajuk sedikit maklumlah anak emas ibu tersayang.

     

    Sedang Anuar asyik menikmati makan tengahari, tiba-tiba dia disapa oleh suatu suara “Nuar tak keluar ke mana-mana ke petang ni?” rupa-rupanya suara itu adalah suara ibunya yang tercinta. “Oh mak ingat ke siapa tadi, nuar nak keluar lah petang ni nak jumpa kawan”balas Anuar dengan perasaan yang terkejut. “Jumpa kawan lelaki ke perempuan ni”soal ibunya lagi. “Kalau Nuar cakap mak jangan marah tau” pujuk Anuar sambil tersenyum lebar. “Tak mak tak akan marah, mak kan sayang nuar, cakaplah” balas ibunya selamba. “Se se sebenarnya Nuar dan pergi jumpa nak pergi jumpa kawan perempuan, namanya Ain” terang Anuar dengan nada yang terketar-ketar. “”Oh Ain sedap nama tu, tak apa nuar pergilah mak izinkan” balas ibunya sambil tersenyum. “Ini yang buat Nuar pada mak ni, mak ni memang sporting tak macam ayah” puji Anuar dengan nada yang sederhana.

     

    Jam yang tersangkut pada dinding rumah Anuar yang dipenuhi sarang labah-labah itu telah menunjukkan 2.45 petang, Anuar mehabiskan sisa-sisa nasi yang tertinggal di dalam pingganya dengan cepat sekali kerana mengejar masa bimbang terlewat untuk ke janjitemu dengan Ain. Selepas itu Anuar terus meluru ke bilik mandi sambil mengambil kain tualanya yang tersangkut di hadapan bilik mandi rumahnya itu. Selepas beberapa minit sahaja Anuar siap mandi memandangkan dia hanya mandi kerbau sahaja dan terus meluru ke biliknya.

     

    Anuar memakai baju dengan berhati-hati, puas juga dia memilih baju dan seluar yang sesuai untuk dipakai semasa bertemu dengan Ain nanti. Setelah beberapa lama memilih baju dan seluar yang sesuai, akhirnya dia memlih untuk memakai seluar jeans levi’s all black yang menjadi kegilaan remaja pada zaman itu dan baju levi’s yang dibeli oleh ibunya yang tercinta. Kemudian dia terus mengambil Video Cakera Padat cerita Hara Bara yang ingin dipinjam oleh Ain dan terus melangkah ke tempat letak basikal miliknya di halaman rumahnya.

     

    Anuar mengayuh basikalnya dengan sekuat upaya kerana bimbangkan dia terlambat. Selepas beberapa minit Anuar mengayuh basikal BMX berwarna hitam itu akhirnya Anuar selamat sampai ke tempat dia berjanji dengan Ain untuk bertemu dengan selamat. Setibanya di sana, dia mendapati Ain masih tidak nampak batang hidung. “wah selamat aku Ain belum sampai lagi, kalau tak melepas lah aku” bisik hati kecil Anuar. Setelah beberapa minit menunggu, akhirnya kelibat Ain kelihatan dari jauh sambil mukanya tak lekang dek senyuman yang menawan kalbu.

     

    Setibanya Ain ke tempat Anuar berada seraya berkata “Abang, maaflah Ain terlewat sikit dah lama ke abang tunggu”. “Tak apa abang tak kisah, lagipun abang pun baru je sampai, kalau dah lama sampai pun abang akan tunggu Ain” jawab Anuar sambil tersengih macam kerang busuk. “Ya ke abang sanggup tunggu Ain, kalau Ain tak datang macamana?” soal Ain ingin kepastian. “Abang sanggup tunggu Ain tak kira berapa lama pun, kalau pasal Ain bukan sahaja lautan api abang sanggup renangi tetapi terjun ke dalam larva gunung berapi pun abang sanggup” balas Anuar sambil ketawa. “Alah abang ni buat lawak lah pulak, dah lah mana Video Cakera Padat cerita Hara Bara itu?”balas Ain sambil ketawa kecil. “Nah ini video cakera padat itu” balas Anuar singkat.

     

    “Sebelum tu abang ada perkara nak cakap ni, abang harap Ain tak marah” soal Anuar dengan tersipu-sipu. “Alah abang ni apa nak ditakutkan cakap aje lah, Ain janji tak akan marah abang” balas Ain dengan selamba. “kalau begitu tak apa lah, abang nak cakap ni, se se se sebenarnya abang dah lama jatuh cinta pada Ain, sudikah Ain menerima cinta abang dengan sepenuh hati jiwa dan raga Ain?” balas anuar dengan terketar-ketar. “Hah apa betul yang abang cakap ni?” soal Ain dengan perasaan yang terkejut. “Ya betul lah Ain, abang memang dah lama menyimpan perasaan pada Ain” balas Anuar dengan penuh semangat. “se se sebenarnya Ain pun dah lama menyimpan hati Ain untuk diberikan kepada seseorang yang Ain minati, sayangi dan orang itu adalah abang” kata Ain dengan nada tersekat-sekat kerana menahan malu. “Wah kalau begitu berilah hati Ain kat abang sekarang, berjanjilah kita akan sehidup semati” balas Anuar sambil tersenyum lebar. “Baiklah Ain berjanji tak akan berpisah dengan abang” balas Ain dengan selamba.

     

    “Ok lah dah lama kita kat sini ni, nanti apa pula orang kata Ain baliklah dulu “Baiklah Abang, Ain balik dulu ye, jaga diri baik-baik tahu” balas Ain seraya melangkah pergi. Selepas Ain berlalu pergi, tiba-tiba kendengaran suara orang ketawa dari semak berdekatan dengan Anuar. Anuar yang agak terperanjat itu cuba memberanikan dirinya untuk pergi menyiasat siapa yang ketawa dalam semak itu. Sebaik sahaja dia menyelak semak itu, dia mendapati rupanya suara orang ketawa tadi ialah suara rakan-rakanya.

     

    “Wei apa korang buat kat sini ni”soal Anuar dengan nada yang tinggi. “Tak ada apa kami cuma nak tengok drama cinta” balas rakan-rakanya sambil ketawa berdekah-dekah. “Banyak ko punya drama, ish korang ni tak boleh tengok orang senang sikit, kalau cemburu carilah awek” balas Anuar dengan mukanya bertukar menjadi merah padam. “Kami minta maaf lah, sebenarnya kami tak sengaja tadi kami sedang lastik burung tetapi terpandang kau dengan Ain, jadi kami pun memasang mata dan telinga lah dan kami pun tak sangka orang ganas seperti engkau ni mat jiwang rupanya” balas rakan-rakan Anuar lagi diikuti dengan hilai tawa yang menjadikan kawasan yang senyap sunyi itu menjadi riuh rendah. “Katalah apa korang nak kata, mat bunga ke, mat jiwang ke aku tak kisah sebab aku dah ada awek sekarang korang tak ada lagi” balas Anuar sambil menyindir rakan-rakanya. “Dah lah tu jangan bergaduh lagi, jomlah kita balik” pinta Jiman dengan nada yang sederhana. Lalu disambut oleh rakan-rakan Anuar “Ok lah jom lah kita balik”.

     

    Mereka pun mula melangkah, selangkah demi selangkah menuju ke rumah masing-masing. Mereka berjalan berkumpulan seolah-olah kumpulan samseng yang sedang mencari mangsa untuk dibuli. Selepas beberapa lama mereka menapak akhirnya kawasan rumahnya kelihatan di pandangan. Mereka menapak dengan lebih laju lagi kerana tidak sabar-sabar untuk sampai ke rumah. Selepas beberapa ketika, akhirnya mereka sampai ke rumah masing-masing.

     

    - bersambung nantikan episod 3

    Leave a Reply

    *
    To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
    Anti-Spam Image