Random Post: Catatan Jumaat 3
RSS 2.0
  • Home
  • Bibliografi
  •  

    Archive for September 15th, 2007


    Catatan Jumaat 2

    Saturday, September 15th, 2007

    Terlebih dahulu penulis ingin memohon maaf kerana kelewatan menyiarkan artikel catatan jumaat ini. Bagi tidak menghampakan pengunjung penulis menyiapkan juga catatan ini. Hari ini merupakan jumaat pertama di bulan Ramdhan Al-mubarak ini. Bulan yang penuh keberkatan. Pada waktu pagi seperti biasa penulis bangun dari tidur dan menyambung kerja-kerja menyiapkan blog-blog kendalian penulis.

     

    Beberapa minit selepas itu, penulis terus ke bilik mandi untuk membersihkan diri memandangkan kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman. Selepas tubuh badan penulis dibersihkan, penulis terus ke bilik dan mengesat tubuh penulis menggunakan tuala yang penulis ‘usung’ sebelum pergi ke bilik air tadi. Selepas badan penulis sudah kering, penulis pun memakai baju dan seluar dan kembali menyambung kerja-kerja penulis.

     

    Setelah beberapa lama mengadap komputer, penulis pun secara tidak sengaja terpandang jam yang tersangkut di dinding dan jam di dinding telah menunjukkan pukul 1 tengahari. Alamak dah lewat ni, penulis pun dengan terburu-buru mencapai kain tuala dan terus meluru ke bilik air memandangkan penulis tidak mahu melepaskan peluang untuk menunaikan solat jumaat di jumaat pertama bulan Ramadhan Al-mubarak bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini. Penulis bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menikmati suasana puasa di bulan Ramadhan ini.

     

    Penulis pernah juga terfikir, kalau lah andai kata penulis tidak sempat menikmati suasana puasa sebulan pada bulan ini mungkin penulis akan merasakan jiwa penulis kosong, jiwa penulis menjadi parah. Sekali lagi penulis bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan kuasanya penulis masih sempat merasai nikmatnya di bulan Ramadhan. Kadang-kadang terfikir juga kalau inilah Ramadhan terakhir bagi penulis adakah sudah cukup amalan penulis semasa bulan Ramadhan yang lalu?.

     

    Melihat keadaan umat Islam di Iraq, Palestin, Afghanistan kadang-kadang terbayang juga dalam fikiran bagaimana mereka menunaikan ibadah puasa dalam keadaan negara yang kucar kacir. Waktu mereka bersahur ditemani letupan-letupan bom di sana-sini, Waktu mereka berbuka puasa seringkali terganggu dek suara-suara tangisan seorang anak yang kehilangan ibu dan ayah yang mereka cintai. Kita di Malaysia bersyukur kerana dapat berpuasa dengan aman dan damai. Kerakusan bangsa-bangsa kafir menindas mereka membuatkan hati penulis terguris di mana letaknya hak asasi manusia yang diperjuangkan oleh rejim Amerika, kemanakah perginya perasaan kemanusiaan seorang presiden sebuah negara yang maju? Mengapa umat Islam berpecah? Mengapa George w. Bush tidak dibunuh biar mereka rasa penderitaan umat-umat Islam serata dunia.

     

    Penulis berharap Ramadhan kali ini penulis diberi upaya untuk menyempurnakanya dengan sempurna. Kedatangan Ramadhan hanya sekali dalam setahun. Pemergian mu Ramadhan akan meninggalkan seribu makna pada hidup aku. Akhirkata lakukanlah ibadah puasa dengan sebaik mungkin.