Random Post: Jasamu Guru Tidak Ternilai!
RSS 2.0
  • Home
  • Bibliografi
  •  

    Archive for September 28th, 2007


    Ramadhan hampir berlalu pergi, Syawal hampir berkunjung

    Friday, September 28th, 2007

    Hari ini diam tidak diam kita sebagai umat Islam sudah enam belas hari menunaikan ibadah puasa di bulan yang mulia lagi diberkati ini iaitu Ramadhan Al-Mubarak. Begitu pantas masa berlalu, Ramadhan kini hampir meninggalkan Kita. Manakala Syawal bakal berkunjung untuk menjemput kita meraikan kemenangan.

    Sayu rasa hati ini memikirkan bulan yang menjadi kebanggaan Umat Islam ini bakal meninggalkankan kita lebih kurang 15 hari lagi. Ramadhan menjadi medan pertempuran umat Islam dengan mengandakan ibadat mengurangkan perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa dan sebahagian besar umat Islam cuba menjadikan Ramadhan kali ini Ramadhan terbaik baginya.

    Namun, ada segelintir umat Islam yang tidak menghormati Ramadhan. Ada yang langsung tidak berpuasa sebulan di bulan Ramadhan ini dan ada juga yang mengambil remeh tentang bulan Ramadhan ini. Tidak kah mereka terfikir, kenapa kanak-kanak yang masih kecil boleh berpuasa sampai penuh sebulan tetapi orang dewasa seperti mereka tidak mampu berpuasa walaupun sehari?. Tidak bersahur dijadikan alasan utama kaki ponteng puasa untuk ponteng puasa. Tidak kah mereka berfikir bagaimana umat Islam di Palestin, Iraq dan Afghanistan yang berpuasa walaupun mereka kini dihimpit sengsara dan derita peperangan yang melanda mereka? Tidak malukah Kita menggunakan alasan tidak bersahur yang begitu remeh itu untuk tidak puasa.

    Lima belas hari lagi, kita akan menyambut hari kemenangan kita. Adakah kita yakin kita masih lagi berupaya untuk berpuasa sebulan di bulan Ramadhan Al-Mubarak yang akan datang?. Ingatlah walaupun esok masih ada tetapi kita tidak tahu esok milik siapa. Marilah kita bersama-sama menjadikan Ramadhan kali ini Ramadhan yang terbaik dalam hidup kita. Ramadhan kami akan merinduimu dan kami akan cuba menunggu kedatanganmu lagi.

    Pemindahan Pelajar Universiti Tun Abdul Razak Tidak Wajar

    Friday, September 28th, 2007

    Universiti Tun Abdul Razak sebuah universiti virtual pertama Malaysia. Dahulunya dimiliki oleh KUB Malaysia Berhad kini dimiliki oleh Yayasan Pintar. Yayasan ini dipengerusi oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak. Baru-baru ini timbul isu pemindahan dan penutupan Kampus Cawangan Universiti Tun Abdul Razak atau UNITAR. Perkara ini membuatkan pelajar-pelajar UNITAR terutamanya pelajar UNITAR cawangan Kota Bharu dalam dilema.

    Menurut sumber dalaman pihak pengurusan UNITAR Kota Bharu, pemindahan dan penutupan cawangan itu adalah berkenaan dengan misi menjadikan UNITAR sebagai Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Semua pelajar atau siswa kampus cawangan akan dipindahkan sama ada di Kelana Jaya, Putrajaya, Pekan, ataupun Nilai. Hasil tinjauan pendapat pelajar-pelajar Universiti Tun Abdul Razak Cawangan Kota Bharu majoriti pelajar universiti tidak bersetuju untuk berpindah walaupun begitu ada juga suara minoriti yang mahu pindah kerana katanya kalau terus tinggal kat Kelantan otak dia tidak berkembang. Bagi penulis sama sahaja kalau duduk Kelantan ataupun di luar Kelantan dan alasan berkembang itu tidak berasas.

     

    Hasil respons yang diterima, kebanyakkan pelajar atau siswa mengatakan mereka tidak mampu sekiranya pemindahan itu menjadi realiti memandangkan kos sara hidup di luar Kelantan amatlah tinggi sedangkan pinjaman yang mereka dapat hanyalah cukup sekadar untuk membayar yuran pengajian sahaja. Kos sewa Rumah pun tinggi berbanding Kelantan. Pada pandangan penulis memang wajar pelajar UNITAR tidak dipindahkan kerana kos sara hidup yang tinggi akan membebankan pelajar atau siswa lebih-lebih lagi pinjaman yang mereka dapat hanya cukup untuk membayar yuran sahaja.

    Pada pandangan penulis sepatutnya UNITAR tidak meneruskan hasrat untuk memindahkan pelajar atau siswa UNITAR kampus Kota Bharu bagi menjaga kebajikan siswa-siswa yang menuntut di universiti terbabit. Pihak pengurusan UNITAR seharusnya peka dengan permasalahan siswanya dan tidak terus memberi tekanan kepada siswa-siswa mereka memandangkan sebelum ini mereka terpaksa mengeluarkan belanja beribu-ribu ringgit bagi mengelakkan mereka dari disekat untuk menduduki peperiksaan akhir semester. Campur tangan orang-orang yang berkenaan juga diperlukan bagi menyelesaikan isu ini. Bantulah siswa UNITAR KB kerana kebanyakkan mereka bukan dari golongan orang yang berada.