Pemindahan Pelajar Universiti Tun Abdul Razak Tidak Wajar
Universiti Tun Abdul Razak sebuah universiti virtual pertama Malaysia. Dahulunya dimiliki oleh KUB Malaysia Berhad kini dimiliki oleh Yayasan Pintar. Yayasan ini dipengerusi oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak. Baru-baru ini timbul isu pemindahan dan penutupan Kampus Cawangan Universiti Tun Abdul Razak atau UNITAR. Perkara ini membuatkan pelajar-pelajar UNITAR terutamanya pelajar UNITAR cawangan Kota Bharu dalam dilema.
Menurut sumber dalaman pihak pengurusan UNITAR Kota Bharu, pemindahan dan penutupan cawangan itu adalah berkenaan dengan misi menjadikan UNITAR sebagai Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Semua pelajar atau siswa kampus cawangan akan dipindahkan sama ada di Kelana Jaya, Putrajaya, Pekan, ataupun Nilai. Hasil tinjauan pendapat pelajar-pelajar Universiti Tun Abdul Razak Cawangan Kota Bharu majoriti pelajar universiti tidak bersetuju untuk berpindah walaupun begitu ada juga suara minoriti yang mahu pindah kerana katanya kalau terus tinggal kat Kelantan otak dia tidak berkembang. Bagi penulis sama sahaja kalau duduk Kelantan ataupun di luar Kelantan dan alasan berkembang itu tidak berasas.
Hasil respons yang diterima, kebanyakkan pelajar atau siswa mengatakan mereka tidak mampu sekiranya pemindahan itu menjadi realiti memandangkan kos sara hidup di luar Kelantan amatlah tinggi sedangkan pinjaman yang mereka dapat hanyalah cukup sekadar untuk membayar yuran pengajian sahaja. Kos sewa Rumah pun tinggi berbanding Kelantan. Pada pandangan penulis memang wajar pelajar UNITAR tidak dipindahkan kerana kos sara hidup yang tinggi akan membebankan pelajar atau siswa lebih-lebih lagi pinjaman yang mereka dapat hanya cukup untuk membayar yuran sahaja.
Pada pandangan penulis sepatutnya UNITAR tidak meneruskan hasrat untuk memindahkan pelajar atau siswa UNITAR kampus Kota Bharu bagi menjaga kebajikan siswa-siswa yang menuntut di universiti terbabit. Pihak pengurusan UNITAR seharusnya peka dengan permasalahan siswanya dan tidak terus memberi tekanan kepada siswa-siswa mereka memandangkan sebelum ini mereka terpaksa mengeluarkan belanja beribu-ribu ringgit bagi mengelakkan mereka dari disekat untuk menduduki peperiksaan akhir semester. Campur tangan orang-orang yang berkenaan juga diperlukan bagi menyelesaikan isu ini. Bantulah siswa UNITAR KB kerana kebanyakkan mereka bukan dari golongan orang yang berada.
November 17th, 2007 at 1:12 am
Bukan perkara mudah untuk pihak pengurusan UNITAR memindahkan para pelajar.Sehingga kini,hanya kampus Kelana Jaya induk sahaja yang wujud. Kampus seperti pekan,putrajaya atau pun nilai,belum di bina.Sehingga kini, cadangan tapak kampus baru masih di dalam perbincangan.
Pelajar di nasihatkan tidak membuat spekulasi yang tidak benar,ini kerana perkara-perkara seperti ini adalah ‘khabar angin’ sahaja. Sehingga kini, tiada apa apa pengumuman rasmi mengenai perkara perpindahan ini. Pekerja di UNITAR Kelana Jaya sendiri masih tidak tahu menahu mengenai kampus baru.
UNITAR KB sudah tiada pengmbilan baru untuk pelajar Bachelor program.Hanya diploma and foundation program sahaja di tawarkan di UNITAR KB.
Jika ada pelajar yang terlibat,ianya akan melibat kan pelajar2 baru sahaja.Ini kerana pelajar2 baru tidak mempunyai kampus pilihan selain kampus induk.
Pembinaan sesebuah kampus baru akan memakan masa 2-3 tahun dari sekarang.Pelajar2 yang sedang belajar tidak akan terlibat kerana sudah menghabiskan pengajian di UNITAR.
Di harap perkara ini tidak merungsingkan para pelajar.
Mengenai sekatan menduduki peperiksaan akhir semester,perkara ini juga di lakukan di semua UNIVERSITI. Jika anda masih berhutang kepada UNIVERSITI, tiada sebarang surat akan di keluarkan mengenai status mereka. Perkara ini amat serius dan ianya melibatkan ramai pelajar yang sudah tamat belajar tetapi tidak mendapat ‘letter of completion’ apatah lagik scroll dan transcript kerana masih berhutang dengan UNIVERSITI,jumlah yang tertunggak amatlah besar sehingga mencecah jumlah RM20K.Inilah perkara yang terjadi kepada pelajar2 senior.
Untuk mengelakkan perkara2 ini berlaku,pihak universiti mewajibkan pelajar menjelaskan ’semester course fees’ sebelum menduduki peperiksaan akhir tahun. Ini untuk memastikan para pelajar tidak mempunyai hutang tertunggak yg banyak sebelum menghabiskan pengajian.
Ini juga dapat memastikan duit pinjaman PTPTN tidak di gunakan untuk membeli handphone yang canggih setiap semester atau digunakan bukan untuk membayar yuran pengajian.
Pinjaman PTPTN memang tidak mencukupi kerana ianya adalah untuk yuran pengajian sahaja.Tiada kos untuk sara diri pelajar di beri kan. Oleh kerana itu ramai pelajar mengunakan wang PTPTN untuk sara diri.