Ramadhan hampir berlalu pergi, Syawal hampir berkunjung
Hari ini diam tidak diam kita sebagai umat Islam sudah enam belas hari menunaikan ibadah puasa di bulan yang mulia lagi diberkati ini iaitu Ramadhan Al-Mubarak. Begitu pantas masa berlalu, Ramadhan kini hampir meninggalkan Kita. Manakala Syawal bakal berkunjung untuk menjemput kita meraikan kemenangan.
Sayu rasa hati ini memikirkan bulan yang menjadi kebanggaan Umat Islam ini bakal meninggalkankan kita lebih kurang 15 hari lagi. Ramadhan menjadi medan pertempuran umat Islam dengan mengandakan ibadat mengurangkan perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa dan sebahagian besar umat Islam cuba menjadikan Ramadhan kali ini Ramadhan terbaik baginya.
Namun, ada segelintir umat Islam yang tidak menghormati Ramadhan. Ada yang langsung tidak berpuasa sebulan di bulan Ramadhan ini dan ada juga yang mengambil remeh tentang bulan Ramadhan ini. Tidak kah mereka terfikir, kenapa kanak-kanak yang masih kecil boleh berpuasa sampai penuh sebulan tetapi orang dewasa seperti mereka tidak mampu berpuasa walaupun sehari?. Tidak bersahur dijadikan alasan utama kaki ponteng puasa untuk ponteng puasa. Tidak kah mereka berfikir bagaimana umat Islam di Palestin, Iraq dan Afghanistan yang berpuasa walaupun mereka kini dihimpit sengsara dan derita peperangan yang melanda mereka? Tidak malukah Kita menggunakan alasan tidak bersahur yang begitu remeh itu untuk tidak puasa.
Lima belas hari lagi, kita akan menyambut hari kemenangan kita. Adakah kita yakin kita masih lagi berupaya untuk berpuasa sebulan di bulan Ramadhan Al-Mubarak yang akan datang?. Ingatlah walaupun esok masih ada tetapi kita tidak tahu esok milik siapa. Marilah kita bersama-sama menjadikan Ramadhan kali ini Ramadhan yang terbaik dalam hidup kita. Ramadhan kami akan merinduimu dan kami akan cuba menunggu kedatanganmu lagi.