Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri bagi sesiapa yang menganut agama Islam. Ibadah Puasa kita sudah hampir sampai ke penghujungnya. Penulis ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca-pembaca setia blog Catatan Siswa. Sekiranya penulis ada terkasar bahasa, ataupun menyakitkan hati sesiapa penulis memohon maaf kerana sudah menjadi kelaziman manusia biasa ini ada kelemahan. Penulis pohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki.
Penulis ingin memesan kepada yang balik raya kat kampung tu pandulah dengan selamat ingatlah orang yang disayang. Bagi penunggang motosikal yang balik kampung motorsikal mereka tungganglah dengan cermat, ingatlah orang tersayang. Jadikan kepulangan kita kali ini kepulangan untuk dirai dan jangan jadikan kepulangan kita kali ini kepulangan untuk ditangisi.
Kepada yang tidak dapat cuti raya tahun ini, terutamanya kepada tentera dan polis yang bertugas di perbatasan bersabarlah mungkin tahun depan gilir anda. Kami akan mengingati jasa anda sampai bila-bila. Terima kasih kerana sanggup berkorban cuti raya demi mempertahankan negara yang tercinta iaitu Malaysia yang ku cintai.
