RSS 2.0
  • Home
  • Bibliografi
  •  

    Tahniah Dr. Sheikh Muszafar Shukor, Selamat pulang ke bumi

     Dr. Sheikh Muszafar Shukor

    Tepat Jam 6.43 petang 21 Oktober 2007 Soyuz TMA-10, kapal angkasa yang memuatkan Angkasawan Pertama Malaysia Dr. Sheikh Muszafar Shukor selamat mendarat di bumi setelah 10 hari berada di  Stesen Angkasa Antarabangsa atau  International Space Station  (ISS).  Kepulangan beliau terpahatlah sejarah baru negara kita Malaysia yang tercinta, kita kini telah menpunyai angkasawan pertama yang pernah sampai ke ISS. Walaupun tempoh pemergian Dr. Sheik Muszafar adalah singkat namun ia telah memberikan impak yang besar kepada negara kita  terutamanya apabila Dr. Sheikh Muszafar membuat penyelidikkan semasa berada di ISS.

    Penyelidikan Dr. Sheikh Muszafar bakal memberi impak yang besar dan boleh mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. Penulis sebagai rakyat Malaysia juga merasa bangga kerana ada rakyat Malaysia sekarang ini mampu menjadi angkasawan, bukan sahaja angkasawan tetapi juga penyelidik di angkasa. Penulis berharap satu masa nanti lebih ramai lagi rakyat Malaysia akan menjejaki langkah Dr. Sheikh Muszafar Shukor.

    Penulis merasakan masih belum terlambat bagi penulis untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Angkasawan pertama negara kita dan penulis bersyukur kerana angkasawan pertama kita dapat mendarat di bumi dengan jayanya dan tidak ada sebarang kemalangan yang tidak diingini berlaku. Tahniah diucapkan dan ini adalah satu kejayaan yang dicapai dalam bulan perayaan kemenangan umat Islam oleh negara Islam yang membangun dan bakal dipahatkan di dalam buku sejarah dunia.

    Akhirkata, Program Angkasawan Negara bukan pembaziran tapi satu pencapaian. Terima kasih penulis ucapkan kepada Dr. Sheikh Muszafar Shukor kerana merakamkan cara-cara bersolat di angkasa atau dengan lebih tepat lagi ISS diharap dengan ini tidak ada lagi pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menimbulkan isu solat sepertimana yang berlaku pada kejayaan-kejayaan kita yang lepas.

    2 Responses to “Tahniah Dr. Sheikh Muszafar Shukor, Selamat pulang ke bumi”

    1. afiz Says:

      :shock: taniah

    2. Trojan Says:

      tahniah2

    Leave a Reply

    *
    To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
    Anti-Spam Image