Isu Pemindahan Pelajar Unitar hanyalah Khabar Angin
Thursday, November 29th, 2007Beberapa bulan yang lalu, penulis didatangi oleh beberapa orang siswa Universiti Tun Abdul Razak yang memohon penulis mengetengahkan isu pemindahan pelajar Universiti Tun Abdul Razak, Kota Bharu, Kelantan. Pada bulan ini penulis didatangi oleh kumpulan pelajar yang sama untuk memohon penulis mengetengahkan permohonan maaf mereka menggunakan blog penulis sebagai platform untuk mereka memohon maaf kepada semua pelajar dan pihak pengurusan Universiti Tun Abdul Razak (Unitar).
Permohonan maaf daripada mereka dibuat selepas mendapati isu pemindahan pelajar Universiti Tun Abdul Razak Cawangan Kota Bharu, Kelantan adalah hanyalah khabar angin yang sengaja disebarkan oleh pesaing-pesaing unitar yang lain supaya mereka tidak memilih untuk mendaftar dan belajar di unitar. Mereka kesal dengan tindakan mereka dengan memperbesarkan isu ini dengan tanpa usul periksa.
Mereka juga melahirkan rasa kecewa kerana ada pihak sanggup menyebarkan khabar angin ini semata-mata untuk keuntungan syarikat atau individu. Mereka sepatutnya tidak menyebarkan khabar angin tentang isu pemindahan pelajar tersebut kerana ia melibatkan sensitiviti siswa unitar itu sendiri dan hingga ada yang tumpuan pelajaranya terganggu kerana adanya isu ini yang sebarkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
Kata mereka “Kami berharap selepas ini tiada lagi pihak atau individu yang sanggup menangguk di air yang keruh” kerana isu pemindahan pelajar itu sudah cukup untuk membuat kami merana. Itulah kata-kata terakhir yang keluar daripada mulut mereka sebelum meminta diri untuk pulang.