Archive for January, 2008
Negara Kehilangan Permata Dunia Muzik
Wednesday, January 30th, 2008 
Awal tahun 2008 negara kita kehilangan seorang lagi ‘permata’ di arena muzik tanah air. Rosli Khamis atau yang lebih dikenali dengan nama Loloq meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara pada pukul 1.37 petang tadi kerana pendarahan otak.
Dengan perginya Rosli Khamis atau Loloq kita kehilangan satu lagi permata berharga yang menyinari dunia muzik air kita. Loloq bukan sahaja seorang pencipta lagu yang berbakat malahan turut berbakat di dalam dunia lakonan, kehilangganya membuatkan kita semua merasa sedih, penulis doakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.
Marilah kita bersama-sama sedekahkah Al-Fatihah kepada Allahyarham dan kepada keluarga Allahyarham takziah kami ucapkan. Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan mati.
Maklumat diperolehi daripada: Utusan Online
Apple Perkenal Mac Book Air (Komputer Riba Ternipis di dunia)
Thursday, January 17th, 2008

Sepanjang Ekspo Macworld ucapan dasar pada pagi Selasa,Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple, Steve Jobs memperkenalkan MacBook Air, sebuah komputer syarikat itu diiklankan sebagai komputer riba paling nipis dunia, cukup kecil dan muat untuk diutus di dalam sampul surat. Harganya bermula di antara $1,799 atau RM 5, 895 dan akan boleh didapati dalam masa dua minggu.
Bertolak ansur satu penghabisan yang berkilauan, ciri-ciri MacBook Air satu 13.3 inci LED backlit skrin lebar yang mempunyai 1280 x 800 resolusi piksel. Backlighting menyimpan kuasa dan menyediakan “segera dibuka” daripada saat anda balik ia di buka, menurut Jobs. Gajet ini mempunyai satu sedikit baji dibentuk berprofail. Apabila ditimbang berat komputer riba ini ialah kira-kira 3 pound, dan ketebalanya 0.16-0.76 inci. Ia adalah 12.8 inci lebar dan 8.95 inci dalam.
MacBook Air juga mempunyai webcam terbina dalam yang dikenali sebagai iSight webcam dan satu penuh saiz MacBook-style papan kekunci hitam. Papan kekunci adalah backlit, menyerupai MacBook Pros, dan mempunyai satu cahaya sekitar penderia yang dengan automatiknya akan menyesuaikan kecerahan. Trackpad juga mampu mengiktiraf berbilang sentuhan gerak isyarat, serupa untuk menggunakan satu iPhone atau iPod. Hasilnya, MacBook Air trackpad adalah besar yang tidak seimbang, berbanding dengan saiz trackpads berasaskan MacBook atau MacBook Pro.
Ciri-ciri MacBook Air ialah 1.8 inci pemacu cakera keras dengan 80GBÂ kapasiti penyimpanan. Satu 64GB cakera (SSD) memandu ialah satu opsyen. Dorongan kuat adalah satu Parallel ATA (PATA) memperagakan yang beroperasi di 4200 RPM.
Komputer riba ini dikuasakan oleh unit pemprosesan pusat Intel Core 2 Duo yang berkelajuan 1.6GHz, dengan 1.8GHz sebagai pilihan boleh didapati. Dunia mengetahui bahawa Intel telah bersedia untuk menerbitkan satu versi baru Core 2 Duo khusus untuk Apple adalah 60 peratus lebih kecil daripada lain-lain. Cip beroperasi dengan 4MB di cip L2 yang sepunya tempat persembunyian berlari menerkam penuh kepantasan pemproses, dan guna satu 800MHz frontside menaiki bas. 2GB 667MH DDR2 SDRAM adalah juga dimasukkan.
Seperti MacBook dan MacBook Pro, ciri-ciri MacBook Air satu kurang MagSafe yang bawah untuk tenaga penyambung. Ia datang dengan satu 45 watt penyesuai kuasa. Satu penjentik bawah pintu di satu pihak mendedahkan USB 2.0, Micro-DVI (untuk menghubungkan satu pameran luaran) dan satu fon kepala jek. MacBook Air juga termasuk 802.11n berpangkalan sokongan perangkaian wayarles dan Bluetooth 2.1 EDR.
Apple mengangarkan yang dengan perangkaian wayarles dipusingkan, MacBook Air boleh berfungsi 5 jam hayat bateri.
Pemacu optikal dalaman adalah tidak termasuk, kecuali Apple akan menawarkan satu $99 USB 2.0-based add-on SuperDrive untuk pengguna-pengguna yang memerlukan. Untuk pengguna-pengguna yang memilih untuk tidak mendapatkan pemacu optikal, Apple tawarkan satu ciri perisian baru pada mesin ini Remote Disk yang bernama; ia membolehkan anda untuk “meminjam” jalan optikal Mac yang satu lagi atau PC di rangkaian yang sama sebagai MacBook Air, menggunakan untuk memasang perisian, sebagai contoh.
Apple sering ada dalam kerjasama kumpulan alam sekitar Greenpeace dalam tahun-tahun kebelakangan. Pekerjaan ditawarkan maklumat tentang tinggal matlamat persekitaran MacBook Air — ia mempunyai aluminium sepenuhnya boleh diguna semula, dan adalah “pertama” untuk memiliki satu merkuri bebas mempamerkan dengan arsenik bebas kaca. Semua papan-papan litar adalah BFR-free dan PVC-free, dan pembungkusan itu runcit guna 56 peratus kurang kebendaan daripada MacBook pembungkusan.
Sipnopsis Filem Cuci
Thursday, January 17th, 2008
Cuci sebuah filem mengisahkan empat adik beradik angkat iaitu Jojo yang dilakonkan oleh Awie, Fairil yang dilakonkan oleh Afdlin Shauki, Ctan yang dilakonkan oleh AC Mizal dan Khai yang dilakonkan oleh Hans Isaac. Mereka berempat meninggalkan kampung halamanya untuk mencuba nasib dan memulakan hidup baru mereka di Ibu Kota Kuala Lumpur.
Mereka berempat ingin menubuhkan syarikat mencuci bangunan terbesar di ibu negara kita iaitu Kuala Lumpur. Bagi mendapatkan kontrak mencuci cermin di bangunan Kuala Lumpur City Center (KLCC), Fairil merupakan seorang yang bercita-cita tinggi malah dia adalah yang paling bijak dan pintar berbanding tiga lagi adik beradik angkatnya. Fairil merancang untuk menyertai kejohanan olimpik mencuci tingkap. Adakah anda rasa empat saudara angkat ini mampu mendapatkan kontrak mencuci tingkap di KLCC?  Jangan lepaskan peluang untuk menonton filem Cuci di pawagam berdekatan dengan anda.
 Nama Filem: Cuci
Diarahkan oleh : Hans Isaac
Dibintangi oleh : Hans Isaac, Awie, AC Mizal, Afdlin Shauki, Erra Fazira dan Umie Aida.
Kategori Filem / Genre: Komedi
Diedarkan oleh: Grand Brilliance Sdn. Bhd.
Menemui anda pada: 24 Januari 2008
Catatan Siswa:
Sokonglah industri filem tempatan, jangan sokong cetak rompak.
Perlindungan Katalaluan (Password)
Monday, January 14th, 2008Lazimnya Kata Laluan atau dalam Bahasa Inggerisnya bermaksud Password digunakan untuk mengakses perkhidmatan atau maklumat pada laman web. Kata Laluan yang dicipta mestilah mudah untuk diingati oleh anda tetapi susah untuk diteka oleh orang lain.
Tips Keselamatan Untuk Katalaluan Anda
Jangan dedahkan kata laluan anda kepada individu yang anda kenali atau individu yang anda tidak kenali. Jangan sekali-kali menghantar katalaluan anda kepada pihak ketiga dengan menggunakan internet, email mahupun telefon. Jangan layan pertanyaan orang yang bertanya tentang katalaluan anda.
Penciptaan katalaluan hendaklah berasaskan gabungan nombor dan abjad atau Alpha Numeric dan hendaklah jumlah keseluruhan aksara untuk kata laluan anda ialah 8 aksara.
Penggunaan perkataan atau frasa biasa hendaklah dielakkan. Pengodam boleh menggunakan aplikasi atau perisian yang mencuba semua perkataan yang ada di dalam kamus.
Penggunaan maklumat peribadi atau sebarang perkataan hendaklah dielakkan atau frasa yang berkaitan dengan anda.
Katalaluan anda hendaklah ditukar sekurang-sekurangnya setiap tiga bulan sekali.
Katalaluan yang anda gunakan hendaklah berbeza bagi setiap tempat yang anda akses.
Salah satu contoh penciptaan kata laluan yang selamat ialah “Everyone knows the sun sets at dawn“Â akan menjadi “e1ktss@d”.
Penggunaan Papan Kekunci Atas Skrin atau On Screen Keyboard adalah digalakkan bagi mengelakkan kata laluan anda direkod oleh keylogger. Cara untuk menggunakan On Screen Keyboard bagi sistem komputer yang menggunakan sistem operasi Microsoft Windows XP ialah dengan klik pada Start –>Klik Pada Run —> taip osk dan aplikasi On Screen Keyboard akan terpapar di skrin computer anda.
Puteri Musim 9 Episod 1 - Gabra
Saturday, January 12th, 2008Nama Rancangan: Puteri
Episod: 1, Gabra
Musim: 9
Genre: Sitkom
Tarikh Siaran: 2 Januari 2008Keterangan Rancangan:
Sebuah rancangan drama komedi arahan Aziz M. Osman lakonan Nora Danish (Puteri), Kenchana Devi (Kamala), A.R Badul (Pak Badar), Louisa Chong (Kak Lilian) dan Beego (Lan), serta Intan Ladyana (Nadia). Saksikanlah ia mampu membuatkan anda tidak kering gusi.
Minah Tudung - Hafiz Ashaari
Saturday, January 12th, 2008(chorus)
Minah2 tudung zaman skrg, rmi cacat otak bodoh…
Pki tudung tp pki pkian, yg ketat2 bodoh…
Ada plk yg pki tudung, tp pki t-shirt plk bodoh…
Mana ke tdk msyrkt kte, dipandg rendh bodoh…
Keluar dgn mak pki tudung pki sopan aurat tertutup,tp..
Bile kuar dgn kawan aurat terdedah bg lelaki tgk percuma…
Aku sendiri tgk pun hairan, mana x hairan..
agama kuat tp baju ketat, buka tudung rambut perang… perang2..
Kononye tu nk tunjuk belang, tindik sini tindik sana..
bkn di telinga sahaja.. lidah pun ade..
muka inocense, tp perangai nonsence…
ikut sesuka hati dier… tp, tak ikut segi agama…
(chorus)
Minah2 tudung zaman skrg rmi cacat otak bodoh…
Pki tudung tp pki pkian yg ketat2 bodoh…
Ada plk yg pki tudung tp pki t-shirt plk bodoh…
Mana ke tdk msyrkt kte, dipandg rendh bodoh…
depan ibubapa pakai baju lengan panjang, seluar panjang..
tapi di belakang, lain cerita mcm monster, cabut kening ade tatu belakang dier…
pki mekap pki lipstik punya tebal mcm momok2..
Masyaallah2 tak bole angkat2…
tgk dier2… goyang p****t…
masuk kelab pki tudung, pegi tandas buka tudung…
O… ke mana pegi budaya… ke mana pegi agama…
Mana pegi melayu kte…
(chorus)
Minah2 tudung zaman skrg rmi cacat otak bodoh…
Pki tudung tp pki pkian yg ketat2 bodoh…
Ada plk yg pki tudung tp pki t-shirt plk bodoh…
Mana ke tdk msyrkt kte, dipandg rendh bodoh…
Dengar sini semua.. jgn ikut trend masa kte..
kte rosak, kte hancur, siape nk jawab bile kte di kubur..
mak nk jawabkan? [sorry sket]
bapak jawabkan? [sorry sket]
atok jawabkan? [sorry sket]
Berani buat berani tanggung sendiri…
Fikir baik2… fikir masak2.. jgn kte menyesal di akhirat kelak..
(chorus)
Minah2 tudung zaman skrg, rmi cacat otak bodoh…
Pki tudung tp pki pkian, yg ketat2 bodoh…
Ada plk yg pki tudung, tp pki t-shirt plk bodoh…
Mana ke tdk msyrkt kte, dipandg rendh bodoh…
Berubahlah kamu…
Sebelum kamu diberubahkan…
Ye lah tok.. atok juga pandai… whatever lah tok…
Laguku Untukmu - Meet Uncle Hussain
Friday, January 11th, 2008Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicelah
Bagaiku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini
Takkan berubah kerna aku tetap aku
Dan lalu rindumu bukanlah aku
Bahagia kau dan fikiranmu
Berbeza
Kau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu
Apakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari-jarimu
Ku punya hati dan perasaan pernahkah engkau fikirkan
Cukup cukup oh cukuplah
Tak faham tak faham
Tak dapat ku faham
Melayan sikapmu perawan
Berbeza-berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa
Bebaskan bebaskan
Kunci dilepaskan
Kita tidak sehaluan
Cukuplah sudahlah
Sampai di sini saja
Hubungan kita berdua
Isu Kekurangan Minyak Masak Di Pasaran, Siapa yang harus dipersalahkan???
Wednesday, January 9th, 2008Pada minggu ini di negara kita isu yang terhangat di pasaran yang seringkali menjadi buah mulut orang dan juga menjadi perhatian media masa dan media cetak. Isu ketiadaan Minyak Memasak bersubsidi ini timbul beberapa hari lalu. Persoalan yang perlu dikupas ialah siapa yang harus diperselahkan atau dipertanggungjawabkan sehinggakan menyebabkan krisis ketiadaan minyak masak bersubsidi ini berlarutan.
Ekoran dengan isu kekurangan Minyak Masak Bersubsidi di pasaran, Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna telah mengarahkan pembelian Minyak Masak bersubsidi dicatu dan menghadkan pembelian minyak tersebut terhad kepada 5 Kilogram bagi seorang pembeli. Tindakan ini hanyalah bercorak sementara bagi membantu memulihkan bekalan Minyak Masak di pasaran.
Sementara itu, di pihak pengeluar atau pengilang Minyak Masak tersebut telah bersetuju untuk mengandakan pengeluaran minyak masak oleh syarikat mereka. Penambahan pengeluaran oleh syarikat Minyak masak tersebut juga dapat mengurangkan atau menghapuskan isu ketiadaan Minyak Masak di pasaran. Mungkin ia memakan sedikit masa tetapi kita perlu bersabar insya-Allah dengan pertolongaNya masalah ini dapat di selesaikan.
Dari keterangan-keterangan di atas, nampaknya kita tidak boleh mempersalahkan kerajaan dan pengeluar dalam soal kekurangan Minyak Masak di pasaran memandangkan mereka sudah bertungkus lumus untuk memastikan masalah ini dapat di atasi dengan segera.
Pada pandangan penulis, faktor penyebab utama kekurangan Minyak Masak di pasaran Malaysia ialah aktiviti-aktiviti penyeludupan Minyak Masak yang seringkali berlaku di sempadan negara kita yang terletak bersebelahan negara jiran kita iaitu Thailand. Harga Minyak Masak di Thailand yang jauh lebih mahal daripada negara kita membuatkan ramai orang tergila-gila untuk menyeludup Minyak Masak kita ke Thailand.
Golongan penyeludup ini bukan sahaja menyusahkan Kerajaan tetapi juga menyusahkan rakyat Malaysia. Di samping itu, sedar tidak sedar apabila Minyak Masak bersubsidi diseludup ke Thailand secara tidak langsung Rakyat Thailand telah merampas hak kita dengan bantuan ‘Pengkhianat Negara’ atau lebih bagus kita kata kan Tali Barut Orang Siam.
Diharapkan aktiviti menyeludup Minyak Masak atau apa sahaja barang bersubsidi ke Thailand dihentikan dengan segera kerana tindakan itu seolah merompak hak rakyat Malaysia. Pastikan negara kita mampu menjadi negara bebas penyeludup. Kalau nak untung sekalipun jangan buat kerja haram.
Menjelang 1429 Hijrah (Maal Hijrah)
Monday, January 7th, 2008“Satu Muharram Detik Permulaan” itulah keratan lagu Nasyid yang kerap didengari ketika menyambut Tahun Baru Hijrah atau lebih dikenali dengan Tahun Islam dan Bulan-bulan Melayu di Kalangan penduduk Kelantan dan Sebahagian besar Terengganu.
Sempena menyambut Tahun Baru Hijrah 1429 atau juga dikenali dengan nama Maal Hijrah ini, penulis ingin bertanya kepada semua pembaca blog Catatan Siswa yang masih setia membaca blog Catatan Siswa, adakah anda semua sudah bersedia untuk berhijrah?
Hijrah bukan setakat pindah dari satu tempat ke satu tempat sahaja, Hijrah juga boleh dikaitkan kepada perubahan bentuk peribadi dan perilaku seseorang daripada buruk kepada baik, daripada tak bagus kepada bagus, membersihkan diri dari sebarang gejalan negatif dan maksiat adalah salah satu cara hijrah.
Jadikan Maal Hijrah 1429 ini begitu bermakna bagi anda. Kalau beberapa hari lalu anda menetapkan azam untuk tahun Masihi, apa salahnya anda juga menetapkan Azam untuk Tahun Hijrah ini. Tanamkan sifat ingin berubah daripada buruk kepada baik di dalam diri setiap orang. Cuba azamkan supaya “Hari ini lebih baik daripada semalam, Hari esok lebih baik daripada hari ini, Tahun ini lebih baik daripada Tahun Lalu dan Tahun Depan lebih baik daripada Tahun ini”.
Maal Hijrah bakal disambut oleh Umat Islam pada 10 Januari 2008 yang bersamaan dengan 1 Muharam 1429. Jadikanlah tahun 1429 Hijrah ini sebagai tahun untuk anda mengandakan Ibadah dan mengurangkan perbuatan yang akan mengundang maksiat. Sambutlah tahun baru Hijrah ini dengan penuh iman dan taqwa.
Perompak, Pencopet, Perogol, Penagih Dadah, Pencuri, Pembunuh mulai tahun baru Hijrah 1429 ini tanamkan Azam di dada supaya anda tidak lagi melakukan kerja-kerja haram tersebut dan bertaubatlah kerana pintu taubat sentiasa terbuka selagi anda masih belum terlambat dan masih berupaya melihat dan merasai keindahan hidup di Dunia ini.
Hijrahkan diri anda ke arah buruk kepada baik, miskin kepada kaya, kedekut kepada permurah, sesiapa yang sering berprasangka buruk terhadap orang lain juga hendaklah berhenti berprasangka buruk terhadap orang lain. Sesiapa pula yang sering mengaibkan hentikanlah kerana ia adalah kerja sia-sia dan ingatlah sesiapa yang suka mengaibkan orang di dunia maka Allah akan mengaibkan dia di akhirat.
Bagi sesiapa yang gemar menyebarkan khabar angin hendaklah berhenti daripada menyebarkan khabar angin itu kerana ianya dilarang oleh Agama kita. Orang yang suka bercerita dan mendengar khabar angin ini hendaklah berhenti berbuat demikian kerana “Apabila datang seorang fasikh membawa berita, periksa dan selidikilah kebenaran berita itu”. Penulis berharap sesiapa yang mendengar khabar angin hendaklah memastikan kebenaran berita tersebut sebelum menyampaikanya lagi kepada orang lain.
Akhirkata Tahun Hijrah 1429 ini patut disambut oleh rakyat Malaysia dengan perasaan yang gembira dan bersyukur ke hadrat Allah s.w.t dan juga berterima kasih barisan pemimpin yang bertungkus lumus memastikan negara kita sentiasa di dalam keadaan aman damai dan selamat. Patuhilah arahan Umara’ kerana tanpa Umara’ dan pertolongan Allah s.w.t mungkin keadaan keselamatan negara kita tidak menentu.
Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1429. Semoga anda semua dirahmati oleh Allah s.w.t dan juga berupaya hijrahkan diri anda semoga kita mampu “Menjana Ummah Gemilang”.





