Selamat Menyambut Tahun Baru 2008
Kini tahun 2007 telah melabuhkan tirainya, manakala tirai untuk tahun 2008 telah mula dibuka. Tahun 2007 banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis dalam sejarah hidup kita. Pada tahun 2007 yang sudah berlalu pelbagai onak dan duri kita lalui bersama, cabaran demi cabaran kita tempuhi dan berusaha untuk menjayakan azam tahun 2007 yang dibuat pada awal tahun 2007 yang lalu. Namun begitu, ada juga segelintir yang tidak sempat melunaskan azam-azam yang di buat semasa tahun 2007 mungkin disebabkan faktor-faktor yang tertentu.
Sebenarnya Azam Baru ini kita sama ertikan dengan ‘Hutang Baru’ dan apabila kita berhutang wajiblah kita membayarnya. Jadi kepada sesiapa yang masih belum melangsaikan hutang-hutang azam tahun lepas dan barulah boleh memasang azam untuk tahun 2008. Jangan pula azam tahun lepas masih belum terlaksana tetapi sudah memasang azam untuk tahun baru nanti “yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran”. Sebagai manusia biasa memang patut kita menetapkan matlamat hidup kita tetapi di dalam menetapkan matlamat kita pastikan matlamat itu tidak menjadi bebanan kepada kehidupan kita sehari-hari.
Tahun 2008 ini kita boleh jadikan sebagai platform untuk meneruskan kejayaan hidup kita. Kita akan cuba pastikan tahun 2008 akan meninggalkan dan mencatatkan sejarah yang begitu bermakna di dalam kamus kehidupan kita. Pada tahun 2008 juga penulis berharap rakyat Malaysia yang belum memiliki polisi insurans hayat diharap dapat mengunjungi mana-mana Perunding Kewangan mana-mana syarikat Insurans untuk mendapatkan polisi insurans hayat.
Insurans Hayat kini sudah menjadi kewajipan di dalam kehidupan sehari-hari sekarang ini memandangkan kita sentiasa berada di dalam keadaan bahaya, bahaya atau musibah yang datang tidak mengenal usia, kita hanya mampu merancang tuhan sahaja yang menentukan. Ingat sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Sebenarnya Insurans Hayat tidak membebankan kita malah membantu kita untuk meringankan beban kita. Adakah kita mahu suatu hari nanti apabila kita ditimpa musibah, sanggupkah kita meminta-meminta orang menolong kita pada masa itu. Ingat hal berkait dengan wang ringgit ni adik beradik pun susah nak bagi jadi kita perlulah memiliki insurans hayat.
Akhirkata, semoga tahun 2008 akan memberikan kita satu kejayaan yang besar dalam sejarah hidup kita dan terus berusaha dan berbakti selagi hidup. Misi kita pada tahun 2008 ialah mencapai kejayaan di dalam hidup kita. Semoga hidup anda semua ceria dan gembira selalu pada tahun 2008.