Isu Kekurangan Minyak Masak Di Pasaran, Siapa yang harus dipersalahkan???
Wednesday, January 9th, 2008Pada minggu ini di negara kita isu yang terhangat di pasaran yang seringkali menjadi buah mulut orang dan juga menjadi perhatian media masa dan media cetak. Isu ketiadaan Minyak Memasak bersubsidi ini timbul beberapa hari lalu. Persoalan yang perlu dikupas ialah siapa yang harus diperselahkan atau dipertanggungjawabkan sehinggakan menyebabkan krisis ketiadaan minyak masak bersubsidi ini berlarutan.
Ekoran dengan isu kekurangan Minyak Masak Bersubsidi di pasaran, Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna telah mengarahkan pembelian Minyak Masak bersubsidi dicatu dan menghadkan pembelian minyak tersebut terhad kepada 5 Kilogram bagi seorang pembeli. Tindakan ini hanyalah bercorak sementara bagi membantu memulihkan bekalan Minyak Masak di pasaran.
Sementara itu, di pihak pengeluar atau pengilang Minyak Masak tersebut telah bersetuju untuk mengandakan pengeluaran minyak masak oleh syarikat mereka. Penambahan pengeluaran oleh syarikat Minyak masak tersebut juga dapat mengurangkan atau menghapuskan isu ketiadaan Minyak Masak di pasaran. Mungkin ia memakan sedikit masa tetapi kita perlu bersabar insya-Allah dengan pertolongaNya masalah ini dapat di selesaikan.
Dari keterangan-keterangan di atas, nampaknya kita tidak boleh mempersalahkan kerajaan dan pengeluar dalam soal kekurangan Minyak Masak di pasaran memandangkan mereka sudah bertungkus lumus untuk memastikan masalah ini dapat di atasi dengan segera.
Pada pandangan penulis, faktor penyebab utama kekurangan Minyak Masak di pasaran Malaysia ialah aktiviti-aktiviti penyeludupan Minyak Masak yang seringkali berlaku di sempadan negara kita yang terletak bersebelahan negara jiran kita iaitu Thailand. Harga Minyak Masak di Thailand yang jauh lebih mahal daripada negara kita membuatkan ramai orang tergila-gila untuk menyeludup Minyak Masak kita ke Thailand.
Golongan penyeludup ini bukan sahaja menyusahkan Kerajaan tetapi juga menyusahkan rakyat Malaysia. Di samping itu, sedar tidak sedar apabila Minyak Masak bersubsidi diseludup ke Thailand secara tidak langsung Rakyat Thailand telah merampas hak kita dengan bantuan ‘Pengkhianat Negara’ atau lebih bagus kita kata kan Tali Barut Orang Siam.
Diharapkan aktiviti menyeludup Minyak Masak atau apa sahaja barang bersubsidi ke Thailand dihentikan dengan segera kerana tindakan itu seolah merompak hak rakyat Malaysia. Pastikan negara kita mampu menjadi negara bebas penyeludup. Kalau nak untung sekalipun jangan buat kerja haram.