RSS 2.0
  • Home
  • Bibliografi
  •  

    Archive for January 14th, 2008


    Perlindungan Katalaluan (Password)

    Monday, January 14th, 2008

    Lazimnya Kata Laluan atau dalam Bahasa Inggerisnya bermaksud Password digunakan untuk mengakses perkhidmatan atau maklumat pada laman web. Kata Laluan yang dicipta mestilah mudah untuk diingati oleh anda tetapi susah untuk diteka oleh orang lain.

    Tips Keselamatan Untuk Katalaluan Anda

    Jangan dedahkan kata laluan anda kepada individu yang anda kenali atau individu yang anda tidak kenali. Jangan sekali-kali menghantar katalaluan anda kepada pihak ketiga dengan menggunakan internet, email mahupun telefon. Jangan layan pertanyaan orang yang bertanya tentang katalaluan anda.

    Penciptaan katalaluan hendaklah berasaskan gabungan nombor dan abjad atau Alpha Numeric dan hendaklah jumlah keseluruhan aksara untuk kata laluan anda ialah 8 aksara.

    Penggunaan perkataan atau frasa biasa hendaklah dielakkan. Pengodam boleh menggunakan aplikasi atau perisian yang mencuba semua perkataan yang ada di dalam kamus.

    Penggunaan maklumat peribadi atau sebarang perkataan hendaklah dielakkan atau frasa yang berkaitan dengan anda.

    Katalaluan anda hendaklah ditukar sekurang-sekurangnya setiap tiga bulan sekali.

    Katalaluan yang anda gunakan hendaklah berbeza bagi setiap tempat yang anda akses.

    Salah satu contoh penciptaan kata laluan yang selamat ialah “Everyone knows the sun sets at dawn“  akan menjadi “e1ktss@d”.

    Penggunaan Papan Kekunci Atas Skrin atau On Screen Keyboard adalah digalakkan bagi mengelakkan kata laluan anda direkod oleh keylogger. Cara untuk menggunakan On Screen Keyboard bagi sistem komputer yang menggunakan sistem operasi Microsoft Windows XP ialah dengan klik pada Start –>Klik Pada Run —> taip osk dan aplikasi On Screen Keyboard akan terpapar di skrin computer anda.