RSS 2.0
  • Home
  • Bibliografi
  •  

    Sipnopsis Filem Cuci

    Cuci sebuah filem mengisahkan empat adik beradik angkat iaitu Jojo yang dilakonkan oleh Awie, Fairil yang dilakonkan oleh Afdlin Shauki, Ctan yang dilakonkan oleh AC Mizal dan Khai yang dilakonkan oleh Hans Isaac. Mereka berempat meninggalkan kampung halamanya untuk mencuba nasib dan memulakan hidup baru mereka di Ibu Kota Kuala Lumpur.

    Mereka berempat ingin menubuhkan syarikat mencuci bangunan terbesar di ibu negara kita iaitu Kuala Lumpur. Bagi mendapatkan kontrak mencuci cermin di bangunan Kuala Lumpur City Center (KLCC), Fairil merupakan seorang yang bercita-cita tinggi malah dia adalah yang paling bijak dan pintar berbanding tiga lagi adik beradik angkatnya.  Fairil merancang untuk menyertai  kejohanan olimpik  mencuci tingkap.  Adakah anda rasa empat saudara angkat ini mampu mendapatkan kontrak mencuci tingkap di KLCC?   Jangan lepaskan peluang untuk menonton filem Cuci  di pawagam berdekatan dengan anda.

     Nama Filem: Cuci

    Diarahkan oleh : Hans Isaac

    Dibintangi oleh : Hans Isaac, Awie, AC Mizal, Afdlin Shauki, Erra Fazira dan Umie Aida.

    Kategori Filem / Genre: Komedi

    Diedarkan oleh: Grand Brilliance Sdn. Bhd.

    Menemui anda pada: 24 Januari 2008

    Catatan Siswa:

    Sokonglah industri filem tempatan, jangan sokong cetak rompak.

    Leave a Reply

    *
    To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
    Anti-Spam Image