RSS 2.0
  • Home
  • Bibliografi
  •  

    Archive for February, 2008


    Penubuhan Parti Mahasiswa Negara Tidak wajar

    Thursday, February 14th, 2008

    Parti Mahasiswa Negara yang baru ditubuhkan oleh beberapa Mahasiswa IPTA tempatan baru-baru ini adalah satu tindakan yang tidak bijak. Tindakan menubuhkan parti ini sekaligus membawa kepada menjatuhkan maruah mahasiswa itu sendiri. Persoalan yang mungkin akan timbul, bolehkah mereka menguruskan negara sekiranya mereka menang kelak?

    Bagi penulis mahasiwa yang berada di IPTA sepatunya bersyukur dengan apa yang mereka ada sekarang kerana kalau dibandingkan dengan mahasiswa IPTS memang jauh berbeza umpama langit dan bumi. Perbandingan yang mudah yang boleh dibuat ialah yuran pengajian IPTA dengan IPTS yang biasanya berkali ganda jumlah yuran yang dikenakan oleh IPTA. Sepatutnya tugas mereka belajar bukan berpolitik, kalau nak berpolitik berhenti belajar beri ruang kepada orang yang betul-betul nak belajar. Jangan menyusahkan orang yang tak dapat belajar di IPTA dengan berpolitik sahaja sedangkan tugas anda belajar bukan berpolitik, membazir je duit kerajaan nak tanggung anda semua.

    Penulis mengutuk sekeras-kerasnya penubuhan Parti Mahasiwa Negara. Kalau nak berpolitik sangat habiskan pelajaran dulu dan masuklah ke arena politik setelah tamat pelajaran kamu.

    Portal Torrent Malaysia

    Thursday, February 7th, 2008

    Portal Torrent membolehkan anda berkongsi fail atau apa sahaja menggunakan sistem p2p atau nama penuhnya Peer to Peer. Memang banyak portal torrent di luar negara. Kebanyakkan portal torrent luar negara membolehkan kita download fail, filem, muzik video, perisian dan bermacam-macam lagi.

     

    Tahukah anda kini Malaysia pun sudah mempunyai portal torrent? Ya memang betul Malaysia mempunyai beberapa portal torrent seperti Jiwang Torrent, Fewett Torrent, Jiwang Media Team Torrent. Portal torrent yang disebutkan tadi adalah percuma tetapi pengguna perlu mendaftar dahulu barulah dapat menggunakan perkhidmatan di portal tersebut dan perlu diingatkan bahawa sebelum mendaftar anda perlu meminta jemputan daripada staf-staf portal tersebut ataupun user portal tersebut.

     

    Untuk memudahkah anda untuk pergi ke laman web torrent tersebut sila klik link yang diberikan di bawah ini:

     

    Jiwang Torrent —> KLIK DISINI

     

    Jiwang Media Team —> KLIK DISINI

     

    Fewett Torrent —> KLIK DISINI

     

    Untuk mendapat invitation atau jemputan sila klik laman web yang disenaraikan di bawah ini:

    Fewett Torrent —> KLIK DISINI

    Jiwang Torrentt & Jiwang Media Team Torrent –> KLIK DISINI

    Keputusan Bandwith Test Celcom Broadband

    Friday, February 1st, 2008

    UJIAN KALI PERTAMA

    UJIAN KALI KEDUA

    UJIAN KALI KETIGA

    UJIAN KALI KEEMPAT

    UJIAN KALI KELIMA

    UJIAN KALI KEENAM