RSS 2.0
  • Home
  • Bibliografi
  •  

    Archive for February 14th, 2008


    Penubuhan Parti Mahasiswa Negara Tidak wajar

    Thursday, February 14th, 2008

    Parti Mahasiswa Negara yang baru ditubuhkan oleh beberapa Mahasiswa IPTA tempatan baru-baru ini adalah satu tindakan yang tidak bijak. Tindakan menubuhkan parti ini sekaligus membawa kepada menjatuhkan maruah mahasiswa itu sendiri. Persoalan yang mungkin akan timbul, bolehkah mereka menguruskan negara sekiranya mereka menang kelak?

    Bagi penulis mahasiwa yang berada di IPTA sepatunya bersyukur dengan apa yang mereka ada sekarang kerana kalau dibandingkan dengan mahasiswa IPTS memang jauh berbeza umpama langit dan bumi. Perbandingan yang mudah yang boleh dibuat ialah yuran pengajian IPTA dengan IPTS yang biasanya berkali ganda jumlah yuran yang dikenakan oleh IPTA. Sepatutnya tugas mereka belajar bukan berpolitik, kalau nak berpolitik berhenti belajar beri ruang kepada orang yang betul-betul nak belajar. Jangan menyusahkan orang yang tak dapat belajar di IPTA dengan berpolitik sahaja sedangkan tugas anda belajar bukan berpolitik, membazir je duit kerajaan nak tanggung anda semua.

    Penulis mengutuk sekeras-kerasnya penubuhan Parti Mahasiwa Negara. Kalau nak berpolitik sangat habiskan pelajaran dulu dan masuklah ke arena politik setelah tamat pelajaran kamu.