RSS 2.0
  • Home
  • Bibliografi
  •  

    Penubuhan Parti Mahasiswa Negara Tidak wajar

    Parti Mahasiswa Negara yang baru ditubuhkan oleh beberapa Mahasiswa IPTA tempatan baru-baru ini adalah satu tindakan yang tidak bijak. Tindakan menubuhkan parti ini sekaligus membawa kepada menjatuhkan maruah mahasiswa itu sendiri. Persoalan yang mungkin akan timbul, bolehkah mereka menguruskan negara sekiranya mereka menang kelak?

    Bagi penulis mahasiwa yang berada di IPTA sepatunya bersyukur dengan apa yang mereka ada sekarang kerana kalau dibandingkan dengan mahasiswa IPTS memang jauh berbeza umpama langit dan bumi. Perbandingan yang mudah yang boleh dibuat ialah yuran pengajian IPTA dengan IPTS yang biasanya berkali ganda jumlah yuran yang dikenakan oleh IPTA. Sepatutnya tugas mereka belajar bukan berpolitik, kalau nak berpolitik berhenti belajar beri ruang kepada orang yang betul-betul nak belajar. Jangan menyusahkan orang yang tak dapat belajar di IPTA dengan berpolitik sahaja sedangkan tugas anda belajar bukan berpolitik, membazir je duit kerajaan nak tanggung anda semua.

    Penulis mengutuk sekeras-kerasnya penubuhan Parti Mahasiwa Negara. Kalau nak berpolitik sangat habiskan pelajaran dulu dan masuklah ke arena politik setelah tamat pelajaran kamu.

    3 Responses to “Penubuhan Parti Mahasiswa Negara Tidak wajar”

    1. admin Says:

      setuju sgt2. aku belaja kat IPTS smpi org tua terpaksa refinance van berniaga tu nak bg aku belaja. bdk2 IPTA lak senang2 leh enjoy. tak adil wei…

    2. alan Says:

      Korang cakap mcam la budak2 yang wat benda nih xbelaja laa… Diorang yg wat nih sure laa dah ready utk menghadapi sgala apa jua yang bakal mendatang… Diorg bukn bodoh..

    3. Hairi Hensem Says:

      teruskan pandangan anda kepada KPT di http://www.adusiswa.mypenggerak.org

    Leave a Reply

    *
    To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
    Anti-Spam Image