RSS 2.0
  • Home
  • Bibliografi
  •  

    DS Najib Tun Razak Tolong Selamatkan Siswa UNITAR!

    Penulis sebelum ini pernah mengutarakan masalah ini di dalam blog milik penulis malah lebih dulu daripada Siasah Online menyiarkanya. Isu berkenaan siswa Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) ini bukan perkara main-main. Perkara ini melibatkan siswa dan secara tidak langsung melibatkan rakyat. Penulis bukanlah berniat untuk menangguk di air yang keruh tetapi niat penulis adalah baik untuk membela nasib rakyat dan juga bangsa kita yang menjadi anak didik UNITAR. Perlu diingatkan penulis mengkritik bukan kerana menentang tetapi mengkritik kerana sayang.

    UNITAR yang terkenal dengan jolokkan ‘universiti virtual pertama’ di Malaysia yang dahulunya dikenali dan disegani. Dahulunya UNITAR ini diuruskan oleh KUB Malaysia Berhad tetapi kini sudah di bawah ‘jagaan’ Yayasan Pendidikan Tun Abdul Razak (Yayasan PINTAR) sebuah badan yang dipengerusikan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Penulis sendiri pernah ‘merasa’ bagaimana corak pengurusan yang dikendalikan oleh kedua-dua badan ini.

    Ternyata perbezaanya amat nyata, zaman UNITAR diletakkan di bawah pengurusan KUB Malaysia Berhad siswa UNITAR tidak mengalami sebarang tekanan dalam pengajian mereka memandangkan pihak pengurusan tidak ‘terlalu memaksa’ untuk siswa melangsaikan hutang-hutangnya dengan pihak UNITAR, semasa itu UNITAR di bawaha ‘jagaan’ KUB yang dipengerusikan oleh Dato Hassan Harun. Namun, selepas Dato Hassan Harun meninggalkan KUB, siswa UNITAR mula mengalami tekanan demi tekanan sehinggakan mereka tidak mampu menumpukan sepenuh perhatian terhadap pembelajaran mereka.

    Beberapa bulan kemudian, dikhabarkan pula Yayasan PINTAR akan mengambil alih UNITAR daripada KUB, berita ini pada mulanya memberi ’secangkir kegembiraan’ kepada siswa UNITAR. Namun kegembiraan mereka hanya seketika seperti kata pepatah “Keluar daripada Mulut Singa Masuk Ke Dalam Mulut Buaya”. pentadbiran UNITAR dibawah pengurusan Yayasan PINTAR juga memberi masalah kepada siswa berkenaan dengan yuran pengajian malah lebih teruk daripada dulu, bayaran yuran pengajian di UNITAR langsung tidak boleh dibawa berbincang! malah tekanan demi tekanan yang dikenakan oleh pengurusan UNITAR semakin hebat.

    Memang benar UNITAR adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta, tetapi bukan semua yang melanjutkan pelajaran di sini ialah datangnya daripada keluarga kaya raya yang mempunyai harta bertimbun-timbun yang hidup berfoya-foya tetapi boleh dikatakan majoriti siswa yang melanjutkan pelajaran di UNITAR adalah datangnya daripada keluarga berpendapatan rendah yang mempunyai anak berduyun-duyun, hutang berjela-jela. Kalau dikira dari segi statistik hampir 60% adalah siswa yang datangnya daripada keluarga berpendapatan rendah, 20% adalah siswa yang datangnya daripada keluarga sederhana dan 20% siswa yang berasal daripada keluarga kaya yang mempunyai harta bertimbun-timbun dan sekadar hidup berfoya-foya.

    Penulis ingin menggesa DS Najib Tun Razak supaya menyelesaikan permasalahan ini, merekalah siswa merekalah rakyat, ibu dan bapa mereka juga adalah rakyat. Masalah lain yang menghatui mereka ialah Kadar Pinjaman PTPTN yang diberikan kepada mereka adalah lebih rendah berbanding yuran pengajian mereka atau dengan kata lain tidak mencukupi untuk membiayai yuran pengajian mereka inikan pula nak menampung perbelanjaan harian makan mereka. Mereka berhak mendapat lebih di kala siswa UNISEL yang berada di Selangor yang diterajui pembangkang mendapat pinjaman terlampau lebih daripada yuran pengajian yang ditaja oleh badan yang bernama PTPTN juga.

    Yuran pengajian yang dikenakan juga membebankan memandangkan UNITAR sekarang diterajui oleh sebuah Yayasan sepatutnya yuranya lebih rendah daripada IPTS lain. Bayangkan yuran pengajianya RM5ooo - RM6000 untuk satu semester panjang dan RM2000 - RM3500 untuk satu semester pendek. Satu tahun UNITAR mempunyai dua semester panjang dan satu semester pendek. Memang amat membebankan siswa. Teringat kisah seorang sahabat penulis di masa sama-sama menuntut di UNITAR dulu, beliau menangis tak henti-henti kerana tidak tahan dengan tekanan yang diberikan oleh pihak UNITAR terhadapnya dan “Kata Nak Tolong Orang, tetapi ini nak menzalimi orang namanya’ katanya sambil menitiskan air mata.

    Cadangan penulis kepada DS Najib Tun Razak ialah supaya mengemaskinikan semula kadar yuran pengajian di UNITAR yang agak tinggi sekarang ini. Di samping itu, sistem belajar dulu bayar kemudian juga harus diperkenalkan bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung siswa UNITAR. Sebagai pengetahuan sistem belajar dahulu bayar kemudian ini telah dipratikkan oleh Kolej Teknologi Bestari, Putera Jaya, Setiu Terengganu dan tiada sebarang masalah.

    Di samping itu, pihak pengurusan perlu menambahkan pensyarah atau tutor yang baru terutamanya di UNITAR kampus Kota Bharu kerana ia mengalami kekurangan pensyarah yang memaksa pihak pengurusan mengupah pensyarah luar yang sukar ditemui oleh siswa sekiranya mereka mempunyai masalah.

    Pemulihan Universiti yang menjadi kebangaan UMNO ini wajar diberi keutamaan bagi memulihkan kembali sokongan rakyat kepada UMNO. Sebelum penulis mengakhiri artikel ini sekali lagi penulis ingin katakan bahawa tujuan penulis mengetengahkan isu ini bukan untuk menjatuhkan siapa-siapa, bukan mendapat upah daripada siapa-siapa, tetapi sudah menjadi hak penulis untuk menerangkan yang Haq (Kebenaran) di samping menyanggah kebatilan. Ingatlah Demi Islam untuk Melayu Kerana Mu Malaysia tanah air tercintaku.

    Mengkritik bukan bermakna Menentang
    Menyanggah bukan bermakna Membakang
    Mengkritik bermakna Sayang
    Menyanggah bermakna memberi Peluang

    2 Responses to “DS Najib Tun Razak Tolong Selamatkan Siswa UNITAR!”

    1. Marznafri Says:

      Nak harap DS Najib Tun Razak membantu? Tak dapat la… Kalau kisah dari dulu dah kisah.. syukur dah grad drp unitar… memang berterima kasih tapi masalah yg unitar beri pada siswa dan siswi pun banyak jugak… ramai macam pikir ‘bila la nak grad supaya tak payah tengok, datang unitar dah’… ramai member yg grad pun dah tak nak tengok unitar lagi…bukan tak berterima kasih, tapi masalah yang diberi oleh Unitar pun banyak jugak sampai menyampah ke tahap orang putih kata “don’t want to have anything to do with them anymore”… sekarang dah kerja ni kena la bayar hutang PTPTN pulak… still, terima kasih kepada lecturer dan kawan2, dan mana2 staff pentadbiran yang boleh di bawak berunding…

    2. Bekas pelajar unitar Says:

      Bila saya terbaca blog ni saya terkejut dgn yuran 1 semester. Dah cecah RM5000 ke atas. Kalau dulu 1 credit hour RM200 dan kebanyakkan students ambil 4 subjects yg mane 1 subject ade 3 atau 4 credit hours. Maximum per semester RM3200 itu pada tahun 2001.

      Sebelum ni memang UNITAR tak memaksa student bagi masa untuk bayar yuran dlm masa 4 bulan sebelum final exam ataupun sebelum result keluar. Pada tahun 2006, junior saya pun ada mengadu yang pihak universiti paksa student jelaskan yuran kalau gagal buat bayaran student tu tak boleh sit exam. Ramai jugak student terpaksa berhenti belajar kerana masalah kewangan ni dan ramai jugak terpaksa kerja sambil belajar untuk jelaskan yuran semester. Secara tak langsung keadaan ini memang memberikan tekanan kepada siswa siswi UNITAR. Kalau gagal 1 subject untuk ulang semula pun nak kena keluarkan duit lagi.

      Beberapa hari lepas saya ternampak UNITAR punye banner kat Capsquare (near kompleks wilayah & masjid india) masa nak gi tgk wayang kat TGV. Dalam hati saya mesti UNITAR kenakan yuran tinggi kat new student untuk tampung sewa kat Capsquare…

    Leave a Reply

    *
    To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
    Anti-Spam Image