RSS 2.0
  • Home
  • Bibliografi
  •  

    Siswa UNITAR Harapkan Kemenangan Ku Li

    Sepertimana yang kita maklum, UNITAR pada masa ini dilanda pelbagai masalah dan isu yang timbul yang boleh menggangu gugat siswa-siswa UNITAR yang saki bakinya masih menuntut di universiti yang menggunakan nama Allahyarham Mantan Perdana Menteri iaitu Tun Abdul Razak ini.

     Masalah-masalah yang timbul memaksa mereka membuat keputusan untuk memberikan sokongan mereka kepada Tengku Razaleigh atau Ku Li dengan harapan Ku Li akan membuat perubahan di dalam UNITAR bagi memberi ’semangat baru’ kepada siswa-siswa UNITAR yang pada masa ini semangat ‘juangnya’ sebagai seorang siswa luntur akibat daripada beberapa permasalahan yang timbul di universiti tersebut yang menggagu gugat tumpuan mereka sebagai siswa UNITAR.

    Merekalah bukanlah bermaksud untuk mencampuri urusan politik UMNO, tetapi pada masa ini mereka mengharapkan UMNO memerlukan pemimpin yang mempunyai ’sentuhan ajaib’ untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul di di UNITAR tidak kiralah di kampus induk mahupun kampus cawangan. Pada pandangan mereka, Ku Li sahajalah orang yang layak untuk menyelamatkan UNITAR daripada kepupusan.

    Mereka juga berharap dengan kemenangan Ku Li sebagai Presiden UMNO yang baru tiada lagi segala bentuk ‘penindasan’ yang dibuat oleh UNITAR terhadap mereka. Mereka percaya Ku Li melakukanya. Mereka juga sudah melahirkan rasa hilang percaya kepada PM Abdullah dan TPM Najib selaku “Orang Kuat Yayasan PINTAR” yayasan yang bertanggungjawab terhadap UNITAR.

    Mereka tidak sanggup lagi hidup dalam derita sepertimana yang dialami mereka pada waktu ini, mereka betul-betul ditindas selain ditimpa pelbagai masalah yang ternyata membelenggu mereka. Mereka juga berharap agar ahli-ahli UMNO membuat pertimban sewajarnya dan prihatinlah terhadap nasib mereka.

    Leave a Reply

    *
    To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
    Anti-Spam Image