Apa yang tak kena?
Hari ini aku tak tahu apa yang tak kena pada diri aku, hati aku sentiasa berdebar-debar, resah gelisah dan apa yang aku buat semuanya aku rasa tak kena. Walaupun orang tengah hangat memperkatakan 16 September tetapi perkara itu tidak sedikitpun menjejaskan aku bagi aku semua orang politik tu sama, berbohong nak dapat kuasa, dapat kuasa salah guna kuasa, begitulah orang politik.
16 September memang tidak meresahkan aku, tapi apa yang aku rasa aku telah alami apa yang dikatakan ‘konflik dalaman peribadi’ yang mula membuat fikiran aku merasa kucar-kacir dan berkecamuk. Tapi aku tak dapat mengenal pasti apakah konflik dalaman itu, ya mungkin juga kedudukan aku sebagai anak bongsu membuatkan diri aku merasa sunyi.
Bercakap pasal anak bongsu, orang selalu bercakap ‘best’ jadi anak bongsu ni, namun bagi aku langsung tidak best mungkin orang berpendirian demikian memegang atas faktor anak bongsu ini mudah mendapatkan apa sahaja yang dia mahukan, namun ia tidaknya berlaku terhadap aku, lagipun aku tak suka perkara-perkara material ni.
Apa yang aku mahukan hanyalah seorang adik untuk dibuat teman berbual, di samping boleh lah aku menumpahkan kasih sayang aku kepada adik aku itu, tetapi aku naik hairan apabila kawan-kawan aku yang ada adik langsung tidak menghargai adiknya bagi mereka adik tempat melepaskan geram, mangsa buli mereka dan langsung tidak menunjukkan semangat ‘kasih seorang abang’ terhadap adiknya.
Bercakap pasal adik ni, kedudukan aku yang tiada adik membuatkan perasaan aku membuak-membuak untuk mendapat adik sehinggakan sanggup mencari adik angkat sampai aku sanggup berhabis asalkan aku mendapat adik angkat, memang benar kata orang ‘bukan semua benda dapat dibeli orang wang ringgit’. Satu peristiwa yang berlaku membuatkan aku disedarkan mengenai perkara tersebut.
Peristiwa tersebut bermula begini, seorang budak yang aku ingin jadikan adik angkat namanya Eri, namun tidak pula ku tahu apa nama penuhnya. Budak ini bekerja di salah sebuah kedai makan di Kota Bharu, semangat berdikari yang ada padanya membuatkan aku rasa kagum.
Hendak dijadikan cerita, suatu hari aku dapat tahu dia memang minat sangat dengan Nokia N99 Versi China. Setelah aku dapat tahu aku pun belilah handphone tersebut dan berikanya kepadanya. Disebabkan aku ‘kemaruk sangat’ hendak dapatkan ‘adik angkat’ secara tidak sedar aku telah meletakkan syarat supaya beliau menjadi ‘adik angkat’ aku barulah aku dapat bagi ‘handphone’ tersebut, namun tindakan aku membuatkan Eri marah. Katanya, “kalau abang nak minta saya jadi adik angkat abang, jangan paksa-paksa, saya bukan orang yang jenis macam tu, dan cara abang ini membuatkan Eri ‘hilang hormat pada abang’ Masa itu barulah aku sedar. duit dan wang ringgit bukan boleh beli segala-galanya.
Namun cara beliau menyedarkan aku membuatkan aku bertambah berminat untuk menjadikanya sebagai adik angkat. Namun setelah difikirkan balik setelah aku ‘menyakiti hatinya’ hendakkah dia terima aku?. Perasaan serba salah mula menghantui aku, walaupun aku sudah dikira ‘tidak layak’ menjadi abang angkatnya namun ‘jauh di sudut di hati aku aku tetap mahu dia menjadi adik angkat aku.
Tapi macamana semuanya berpunca daripada aku, kalau aku tak ‘paksa dia hari itu’ sudah tentu kemungkinan besar dia akan terima aku sebagai abang angkatnya, namun setelah tindakan bodoh yang aku buat telah ‘menjauhkan’ aku dengan Eri.
Tindakan aku itu, benar-benar membuat aku kesal, namun, setelah difikirkan semua ini salah aku, jadi aku mengambil keputusan untuk memberikan Nokia N99 Versi China itu kepada Eri tanpa mengharapkan apa-apa balasan, selain sebagai tanda aku menyedari kesilapan aku. Aku sangka ia akan berhenti di situ, namun sangkaan aku ternyata meleset, fikiran aku terus jadi haru biru selagi aku tak dapat jadikan Eri sebagai Adik Angkat aku.
Namun, dalam masa yang sama aku faham bahawa dia sudah sukar untuk menerima aku sebagai abang angkatnya selepas apa yang aku telah buat terhadapnya. Perasaan aku pun jadi tidak menentu, sekarang ini aku kerap ‘moody’ dan cepat marah aku pun tak tahu kenapa.
Aku sentiasa berfikir, apa yang aku boleh buat untuk merealisasikan cita-cita aku, kini hanya apa yang aku boleh buat berserah pada takdir dan berdoa ke hadrat Ilahi. Namun aku tetap perlukan, jalan terbaik untuk merealisasikan impianya tanpa menyakiti hati Eri buat sekali lagi.