RSS 2.0
  • Home
  • Bibliografi
  •  

    Penderitaan Epul (Adik Angkat Aku)

    Assalamualaikum…….

    Hari ini aku tidak dapat tidur memikirkan nasib adik angkat aku yang tiap hari ditimpa malang, bukan sahaja emaknya terlantar sakit, kini Epul terpaksa berhadapan dengan ayahnya yang kini sudah dilanda tekanan perasaan ekoran masalah yang datang bertimpa-timpa kepada keluarganya.

    Ini membuatkan Epul benar-benar resah, boleh dikatakan aku tengok epul sudah tidak seceria dulu lagi, ini membuatkan aku benar-benar bimbang dengan keadaan kesihatanya. Aku tak mahu kehilangan adik yang telah banyak mencurahkan kasih sayangnya terhadap aku. Aku bimbang kalau ujian terbaru itu membuatkan fikiran dia berserabut dan menjadikan dia tidak rasional dalam membuat tindakan.

    Aku bertekad, aku mesti selamatkan Epul, aku tidak mahu Epul pula yang akan menghadapi tekanan perasaan ekoran masalah yang menimpa-nimpa membadai keluarganya. Aku cukup sedih dengan penderitaan yang di alami oleh Epul.

    Aku akan cuba sedaya upaya aku untuk membantu dan menyelamatkan Epul, dalam masa yang sama aku bertekad akan cuba membantu memulihkan bapanya, tetapi buat masa ini aku fikir lebih elok aku mencegah Epul di landa tekanan perasaan terlebih dahulu, barulah aku dapat membantu bapanya itu.

    Penderitaan demi penderitaan yang dialami Epul, benar-benar membuatkan air mata aku jatuh berlinangan, namun menangis bukanlah jalan penyelesaianya. Aku mesti bantu Epul menghadapinya dengan tabah. Aku mohon kepada Allah semoga Epul diberi kekuatan untuk menghadapi ujian itu.

    Tapi apa yang aku mampu hanya bertanya khabar menerusi SMS, namun kebelakangan ini Epul sudah tidak membalas SMS yang aku kirimkan, aku faham ini adalah kerana masalah yang melandanya yang membuatkan dia seolah-olah dibelenggu.

    Aku juga memohon ke hadrat Yang Maha Esa, agar aku turut diberi kekuatan untuk membantu Epul menghadapi masalah ini, aku pun tak paham aku rasa seolah-olah aku turut alami penderitaan yang di alami oleh Epul, mungkin itu petunjuk dariNYA yang aku yang boleh membantu Epul.

    Walaupun Epul bukan adik kandung aku, aku tetap sayang dia macam adik aku sendiri. Kerana dialah satu-satunya adik yang aku ada di dalam dunia ini walaupun sekadar adik angkat.

    Jelas sekali, penderitaan yang dialami oleh Epul benar-benar membebankan Epul, aku tak sanggup membiarkan dia menghadapinya dengan bersendiriian. Aku juga memohon Allah supaya tidak ada lagi ujian yang dikenakan kepada Epul dan Keluarga.

    Aku tak mahu tengok Epul terus bersedih, Aku mahu Epul terus gembira. Aku berjanji aku akan berkorban apa sahaja demi membantu kesusahan yang dialami oleh Epul. Aku sanggup berkorban apa sahaja tak kira harta ataupun nyawa asalkan Epul gembira dan bahagia.

    Kerunsingan yang melanda jiwa Epul mengenai apa yang ditimpa ayahnya juga turut dirasai oleh aku, puas aku cuba lelapkan mata, tapi aku tetap tidak berdaya fikiran aku masih menjurus kepada nasib dan masalah yang di alami Epul.

    AKU MEMANG TIDAK MAHU KEHILANGAN EPUL, jadi aku sanggup berbuat apa sahaja, asalkan Epul dapat hidup dengan bahagia dan senang. Aku lebih rela Epul senang daripada aku yang senang, kerana aku sudah banyak merasai kesenangan kalau nak dibandingkan dengan Epul.

    Pengalaman yang dilalui oleh Epul, di dalam kehidupanya yang berliku-liku benar-benar menyentuh hati dan perasaan aku ini. Namun, sepertimana kata pepatah “Berat bahu memandang, berat lagi mahu memikul”.

    Dalam keadaan Epul yang baru berusia 16 tahun, dia telah diuji dengan pelbagai perkara. Kenapalah dia diuji sedemikian rupa, kalau nak dibandingkan aku yang usianya sudah mencecah 26 tahun aku yakin Epul lebih banyak derita berbanding aku.

    Aku bercadang untuk membawa Epul berjumpa dengan kaunselor, ya memang aku boleh buat sesi kaunseling tapi oleh kerana Emak Sepupu Epul tidak berapa suka dengan aku, MUNGKIN AKU TIDAK DAPAT MENJALANKANYA. Aku pun tak tahu kenapa Mak Sepupu Epul tidak suka dengan aku, mungkin mak sepupu Epul menggangap aku ini jahat, tapi tak mengapalah janji aku dapat berbakti kepada Epul iaitu adik angkat aku yang telah banyak mengajar aku erti Kasih Sayang Seorang abang Kepada Adik, Seorang Adik Kepada Abang.

    Beginilah lumrah dunia, kita sering diuji kesabaran, sekiranya kita lemah kita bakal tenggelam dengan ujian-ujian tersebut, jika kita bersemangat tinggi bukan sahaja Gunung Everest dapat ditawan tetapi Planet marikh pun kita boleh tawan.

    Ya Allah Ya Tuhanku
    Aku memohon kepadamu agar kamu dapat memberi kehidupan yang lebih selesa terhadap Epul dan keluarganya.

    Semoga Epul dan Keluarga baik hendaknya.

    Ya Allah Ya Tuhanku
    Makbulkanlah doa hambamu ini Ya Allah
    Aku Memohon Kepadamu Ya Allah
    Aku Lihat Epul sudah cukup menderita dan aku tidak tahan melihatnya Ya Allah.

    Yang Berharap,

    yiemega
    Kg Merbau, Kota Bharu, Kelantan
    8.22 a.m

    Leave a Reply

    *
    To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
    Anti-Spam Image