Pengambilan Pelajar Baru Unitar Kota Bharu
Universiti Tun Abdul Razak merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang dikelolakan oleh Yayasan Pendidikan Tun Abdul Razak (Yayasan PINTAR). Sebuah Universiti maya pertama negara, pada permulaanya ia dikelola oleh KUB Malaysia Berhad, namun kini ia telah diambil alih oleh Yayasan PINTAR.
Kota Bharu merupakan salah satu daerah di Kelantan yang menjadi Pusat Wilayah Unitar untuk lazimnya anak-anak dari Pantai Timur melanjutkan pengajian mereka di sini.
Artikel blog ini sebelum ini telah menyiarkan beberapa masalah yang timbul ke atas UNITAR KB ini sejak kebelakangan ini, hasil daripada kebijaksanaan pihak pengurusan UNITAR akhirnya penutupan cawangan ini dibatalkan dan membawa kepada Pengambilan Pelajar Baru untuk sesi Mei 2009.
Antara kursus-kursus yang ditawarkan ialah Bachelor of Education (Counseling), Bachelor of Educations (Mathematics), Bachelor of Educations (Commerce) dan Diploma in Management.
Pelajar-pelar lepasan SPM dan STPM 2009 dijemput untuk memohon, berita baik juga Tajaan PTPTN untuk Kursus Bachelor of Education juga dinaikkan menjadi RM 48,000 keseluruhan dan yuran pengajian keseluruhan dikekalkan pada RM36,000.
Pihak UNITAR KB juga menyediakan Perkhidmatan Internet Percuma untuk Pelajar-Pelajar lepasan SPM dan STPM 2009 bagi mengisi borang UPU Online. Mereka dijemput ke Unitar KB, Jalan Kebun Sultan, 15300 Kota Bharu Kelantan. Sebarang keterangan lanjut bolehlah hubungi 014-538 6788(Hairi).


![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=90acb8aa-82ec-4a52-89c5-130020d6f7eb)
March 28th, 2009 at 1:30 pm
hai..saya mau jadi pelajar unitar
July 22nd, 2009 at 5:22 pm
Permohonan belajar