Penatnya Jadi Kaunselor Pelatih…..
Aku rasa aku pernah cakap yang aku masih menuntut di Universiti Tun Abdul Razak cawangan Kota Bharu, Kelantan. Bagi memenuhi tuntutan pengajian aku bagi melayakkan aku menerima segulung Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kaunseling) aku ditugaskan untuk menjadi Kaunselor Pelatih di Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab 2, Kota Bharu, Kelantan.
Bertugas sebagai seorang Kaunselor Pelatih ini memang banyak cabaranya, tambahan pula bertugas di Sekolah yang dicalonkan untuk menjadi Sekolah Kluster ini. Kaunselor Pelatih bersama Kaunselor 1 dan 2 Serta guru-guru yang lain berkerja keras agar sekolah ini berjaya mendapatkan ‘title’ “Sekolah Kluster“
Kadang-kadang aku terasa letih juga dengan tugas-tugas yang diberikan kepada aku yang semakin berlambak hari demi hari, namun aku tetap tidak mengalah dan aku akan berusaha untuk menjayakan tugasan-tugasan yang diberikan kepada aku.
Sebagai Kaunselor Pelatih aku perlu mengadakan 120 Sesi Kaunseling Individu dan 60 Sesi Kaunseling Kelompok sepanjang aku bertugas sebagai Kaunselor Pelatih, disamping itu aku juga perlu menyiapkan kerja-kerja Pengurusan dan beberapa lagi tuntutan Praktikum.
Demi tugas, aku sanggup berkorban apa sahaja selagi terdaya. Walaubagaimanapun aku tetap puas bertugas sebagai seorang Kaunselor Pelatih, aku berharap satu masa nanti aku akan berjaya menjadi Kaunselor tetap di sekolah yang terdekat.

![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=c39a3be0-108a-471e-b20e-1ea007c468c3)
May 9th, 2009 at 2:00 pm
salam.awak ni cikgu hamdan ke?sila balas di blog saya.terima kasih……
May 9th, 2009 at 2:01 pm
salam.awak ni cikgu hamdan ke?sorry,silalah balas di blog saya.thank you……….