Apa Khabar Semua…
Assalamualaikum w.b.t
TERLEBIH dahulu saya ingin memohon maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini blog ini kerana baru-baru ini saya sedang sibuk menyiapkan kajian tesis yang bertajuk “Pengaruh Persekitaran Tempat Tinggal Pelajar Terhadap Tahap Disiplin Pelajar”.
Alhamdullilah berkat usaha dan doa kehadrat Allah Tuhan Seru Sekian Alam yang maha esa akhirnya siap juga kajian saya tersebut. Saya berharap pembaca blog ini berada di dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Saya juga bersyukur kerana dapat menyiapkan kajian tersebut.
Dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka-mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam menjayakan kajian ini terutamanya kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab (2) Kota Bharu, Kelantan kerana membenarkan pelajarnya menjadi sampel kepada kajian ini.
Kerjasama Puan Pengetua berikan saya tidak akan lupa sampai bila-bila, terima kasih juga kerana memberi tunjuk ajar kepada saya, dan pada kesempatan ini juga saya ingin memohon maaf sekiranya sepanjang berada di sana saya ada membuat kesalahan yang tidak saya perasan tentang kesalahan tersebut.
Sekalung tahniah buat pelajar-pelajar SMK Zainab 2 kerana telah bersama-sama berganding bahu dengan saya dalam menyiapkan kajian ini. Tidak lupa juga kepada Pensyarah saya yang juga CEO Unitar Kota Bharu Yang Berbahagia En. Ramlan Awang Omar kerana telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya di dalam menjayakan kajian ini.
Tidak Lama lagi kita Akan menyambut kehadiran Bulan Penuh Keberkatan Ramadhan Al-Mubarak, mungkin Ramadhan kali ini ramadhan yang terakhir saya sambut di Kota Bharu kerana berkemungkinan saya akan pulang ke Besut, Terengganu.
Pada kesempatan ini saya mendoakan kebahagian buat semua dan agar mempunyai kekuatan untuk menjalankan ibadah puasa pada bulan Ramadhan Al-Mubarak yang bakal mendatang. Terima Kasih semua.

![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=ae8ed7c8-aaaa-47a4-8958-ac8844d9e83f)
October 13th, 2009 at 11:19 am
assalamualaikum…wbt
sy ttarik ngn tjuk tesis
camane awak cri rjukan?
susah x tjk 2