Berbuka Puasa Bersama Dengan Bekas Pelajar….

Dari Kiri, Nadzrin, Asyraf a.k.a Pok Chek, Zailani a.k.a Apek,
Baru-baru ini saya berbuka puasa bersama-sama dengan bekas pelajar saya daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab (2), Kota Bharu, Kelantan di Bukit Keluang Beach Resort, Bukit Keluang, Besut Terengganu. Memang teruja berbuka dengan bekas-bekas pelajar saya ini. Maklumlah kini saya bukan lagi kaunselor di SMK Zainab (2), sebenarnya ini yang best jadi kaunselor kita rapat dengan murid berbeza dengan jadi guru disiplin.
Dalam gambar di atas adalah gambar yang di ambil selepas berbuka di Pantai Peranginan Air Tawar, Besut, Terengganu. Saya mohon maaf kerana kualiti gambar agak kurang memuaskan dek kerana suasana teramatlah gelab tambahan pula saya hanya menggunakan kamera telefon.
Saya benar-benar merasa gembira dan bertuah dapat berbuka puasa bersama-sama dengan mereka semua, rasa gembira saya tak dapat saya nak bayangkan bagaimana, tetapi memang gembira lah dapat berbuka dan berjalan-jalan mereka semua.

Zailani a.k.a apek ngan Nadzrin

Ipang Lagi

Bergambar Dalam Kereta - Irfan a.k.a ipang ngan Zailani a.k.a Apek

wah bergambar sakan di wakaf Pantai Air Tawar

![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=a9edf831-d3f9-4214-a86a-a05bd0401f43)
Leave a Reply