Berbuka Puasa Dengan Ayie…
Pada 11 September 2009, aku keluar berbuka puasa bersama dengan ayie (Adik Angkat Aku ) Dia merupakan salah seorang adik aku yang aku paling sayang sebab dia seorang yang penyanyang dan senang di bawa berbual di kala sunyi.
Pada hari ini sepatutnya aku bertolak pada jam 6:50 Petang tetapi apakan daya manusia hanya mampu merancang tuhan sahaja yang menentukan. Ayie datang lewat dalam pukul 7 Petang, namun aku tidak salahkan ayie mungkin salah aku juga kerana gagal memberikan informasi yang secukupnya buat ayie.
Pada hari ini aku pada mulanya ingin berbuka di kedai yang berdekatan, namun selepas asyik bercakap sampai terlepas kedai jadi aku memilih untuk berbuka puasa di Wakaf Che Yeh, aku tiba di Wakaf Che Yeh sebaik sahaja Azan Maghrib berkumandang menandakan masuk waktu berbuka.
Pada hari itu aku memesan nasi ayam, ayie pun sama nasi ayam juga, airnya pula air laici, ayie pun memesan air laici. Setelah beberapa lama aku berada di kedai tersebut kalau tak silap nama kedai tersebut Aida Tom Yam, memang sedap lah makanan kat sini…aku terus memanggil Kakak yang menjadi tauke kedai ini untuk membuat kira-kira. Selepas selesai aku membayar aku berjalan beringan dengan Ayie sambil berbual-bual.
Sedang aku berbual-bual tak perasan pula di belakang aku ada sebuah van yang bergerak menuju ke arah aku, aku jadi keliru nak apa yang aku perlu buat, namun badan aku ditarik Ayie seraya dia berkata “Abang Tu Bang”. Aku bersyukur ayie telah menyelamatkan aku daripada dilanggar van tersebut. Terima kasih ayie kerana menyelamatkan abang, kasih sayang seorang adik memang jelas aku rasai apabila insiden itu berlaku.
Selepas aku menghantar Ayie di tempat berhampiran dengan SK Merbau, sekali lagi insiden yang benar-benar membuatkan aku merasai kasih sayang seorang adik ialah apabila Ayie bersalam dengan aku, dia mencium tangan aku, pada masa tu aku terasa yang sebenarnya ada seorang adik yang baik. Sebenarnya sebelum ini, Ayie belum pernah bersalam dengan mencium tangan aku, dia hanya berjabat tangan sahaja tetapi aku tak tahulah kenapa hari itu dia berbuat begitu…adakah kerana….hanya tuhan sahaja yang tahu. Terima kasih sekali lagi ayie kerana telah menyelamatkan abang….
Salam 1Malaysia,
yiemega

![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=f125c797-30cc-4424-ac81-33411b014c41)
Leave a Reply