Pada 12 September 2009 aku keluar berbuka puasa bersama dengan Apek, bukan Apek Senario tahu, Dia merupakan salah seorang adik angkat aku dan di antara yang aku paling sayang. Sebenarnya nama Zailani, tetapi dia selalu membahasakan dirinya sebagai Apek. Memang seronok time keluar berbuka dengan Apek ni.

Pada hari ini, hujan renyai-renyai menyebabkan Apek lewat sampai ke tempat yang aku berjanji kerana menyangka tidak jadi, tetapi selepas aku menelefon salah seorang kawanya iaitu Ipang (Irfan) bertanyakan Apek, akhirnya Apek terus datang ke tempat yang dijanjika cuma lewat beberapa minit sahaja daripada tarikh yang dijanjikan.

Hari ini aku memilih Wakaf Che Yeh sebagai lokasi kami untuk berbuka puasa, seperti biasa di Wakaf Che Yeh sudah tentu Aida Tomyam menjadi pilihan aku. Aku memesan Sup Tulang, Apek Pun memesan Sup Tulang, airnya pula air Laici dan Apek Air Teh Ais.

Hari ini, suami tauke Aida Tom Yam lepak di meja kami sambil berbual-bual dengan aku dan sesekali mengusik Apek, Apek ni seorang adik yang baik, malah berbual denganya membuatkan aku gembira. Dia pandai mengambil hati dan sentiasa mengambil berat tentang aku.

Selepas aku pulang, di dalam perjalanan aku masih bercakap dengan Apek, bertanyakan macam-macam soalan, namun Apek tetap menjawab soalan aku walaupun aku sendiri rasa dah terlalu banyak soalan aku tanya kat dia. Cuma apa yang membuatkan hati aku tersentuh ialah kata-kata “Apek sayang abang macam abang Apek Sendiri”. Kata-kata itu benar-benar membuatkan aku tersentuh kerana tak sangka walaupun aku bukan abang kandung dia tetapi dia meletakkan taraf aku sama macam abang kandung dia.

Setakat itu sahaja aku rasanya. Semoga anda semua berbahagia

Salam Sayang 1Malaysia.

Ikhlas Dari,

yieMEGA

Reblog this post [with Zemanta]