Hari ini 13 September 2009 aku telah berjanji dengan Ipang (Adik Angkat Antara Yang Paling Aku Sayang) untuk berbuka puasa bersama-sama denganya. Pada Pukul 6.48 Petang aku terus ke tempat yang aku berjanji untuk mengambil Ipang iaitu di Jambatan Sungai Bodor, 6.50 Petang aku dapati Ipang masih belum ada di tempat yang dijanjikan jadi aku menelefon ipang rupa-rupanya dia hampir terlupa janji dia dengan aku, namun aku sedikitpun tak rasa marah kerana aku tahu manusia tak lekang daripada melakukan sebarang kesalahan.

6.55 Petang Ipang pun tiba di tempat yang dijanjikan, seperti biasa Ipang ni seorang yang berbudi bahasa dan baik budi pekerti dia bersalam dengan aku seraya mencium tangan aku. Aku sebenarnya terharu ada adik yang macam ipang walaupun dia bukan adik kandung aku tapi aku rasa macam aku abang kandung dia, mungkin kerana dia sendiri tak ada abang kandung itulah sebabnya kot.

Aku terus ke tempat biasa Aida Tomyam di Pasar Wakaf Che Yeh, Kelantan. Tempat yang sentiasa menjadi pilihan aku sewaktu berbuka. Sebaik sahaja sampai di Aida Tomyam Suara Azan Maghrib pun berkumandang menandakan masuk waktu berbuka. Oleh kerana tidak mahu melengah-lengahkan waktu berbuka aku minum seteguk dua air, ipang pun begitu juga.

Tak lama sangat aku menunggu untuk menu berbuka aku sampai, al maklum sajalah aku kan regular customer kat Aida Tomyam. Oh sebelum terlupa datanglah cuba Air Asam Perut dekat Aida Tom Yam ni memang best tau, rugi korang tak cuba.

Selepas aku dan ipang selesai menghabiskan juadah-juadah berbuka, aku berbual dengan ipang mengenai cinta, kebetulan Ipang berminat nak tahu apa itu Cinta Sempurna, aku jawab dengan Ipang Cinta Sempurna begini “Kalau Kita Cintakan Bunga, Bunga Kan Layu, Kalau Kita Cintakan Manusia, Manusia Kan Mati, Kalau kita cintakan Allah, Cinta itu berkekalan abadi” jadi aku cakaplah orang yang sebaya dengan dia adalah lebih elok mencari “Cinta Sempurna”.

Selain itu kami berbual juga mengenai perangai salah seorang adik angkat aku yang aku rasa perlu dirahsiakan namanya demi menjaga hati dia, sebenarnya aku tak tahu kenapa aku rasa adik angkat yang itu makin berubah tidak seperti mula-mula kita mengenalinya dulu, dulu dia seorang yang tidak kuat dengki, tapi selepas ini dia semakin kuat dengkinya, mungkin masa mengubah beliau tak pun mungkin berpunca daripada aku sendiri yang gagal berlaku adil. Namun aku berharap sangat agar beliau kembali seperti dulu. Aku akan cuba untuk mengembalikan beliau sepertimana dulu.

Selepas aku membayar, kami segera pulang untuk menunaikan Solat Maghrib pulak, begitulah berakhirnya episod berbuka puasa bersama Ipang pada hari ini, aku memang bangga ada adik seperti Ipang yang sentiasa takut melakukan kesalahan terhadap aku.

Reblog this post [with Zemanta]