Selamat Menduduki Peperiksaan PMR 2009
Assalamualaikum w.b.t
Saya ingin mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah 2009 kepada semua calon-calon PMR, terutamanya calon-calon dari Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab (2), Kota Bharu, Kelantan. Semoga beroleh kejayaan hendaknya.
Cikgu harap semua calon-calon PMR dari SMK ZAINAB 2 akan beroleh kejayaan cermelang di dalam PMR. Buktikan yang anda semua boleh. Kalau boleh cuba atasi target yang dibuat oleh Puan Pengetua kita, bagi cikgu kejayaan anda semua adalah kejayaan bersama dengan cikgu.
Cikgu berharap murid-murid dapat memberi yang terbaik untuk PMR kali ini, bagi yang berada di kelas-kelas yang akhir, cuba buktikan bahawa anda juga boleh berjaya, harumkan nama sekolah dengan kejayaanmu, cikgu sentiasa mendoakan kejayaan murid-murid sekalian.
Pastikan sekiranya ada murid buat silap dan salah terhadap cikgu sebelum ini, pergilah memohon maaf kepadanya mintalah gurumu itu merestui ilmu yang diperturunkan kepadamu agar ilmu itu diberkati dan menjana kejayaan, Semoga sukses sentiasa….
wassalam….

![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=283cc8cd-582b-4d18-9f1d-139db037bc79)
Leave a Reply