Assalamualaikum w.b.t

Merdekanya Pelajar PMR 2009

Alhamdulillah akhirnya Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah 2009 (PMR 2009) sudah pun berakhir, walaupun ada satu insiden yang berlaku semasa peperiksaan tersebut namun ianya tidak menjejaskan perjalanan peperiksaan tersebut.

Saya rasa calon-calon PMR 2009 sudah pun merasa lega apabila peperiksaan sudah habis ditempuhi mereka. Moga mereka mendapat kejayaan kelak. Bagi bekas-bekas murid calon PMR 2009 di mana Sekolah tempat saya bertugas dahulu iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab (2) Kota Bharu, Kelantan sudah pun boleh menarik nafas lega.

Nasihat saya kepada mereka, janganlah cepat terleka walaupun anda semua sudah menempuhi PMR, kerana banyak lagi persediaan anda yang masih lengkap terutamanya dua tahun dari sekarang anda semua akan menghadapi Peperiksaan SPM pula, ia bukan terlalu lama, pejam-pejam celik akhirnya tiba juga waktu itu.

Ingatan saya sewaktu berada di Tingkatan 4 Kelak jangan sekali-kali menjadikan ianya sebagai waktu untuk berbulan madu, kerana anda semua pasti menyesal apabila anda menjadi calon SPM Kelak, jadi pastikan anda semua tidak terlalu berbulan madu apabila melangkah di tingkatan empat kelak.

Jawapan Kepada Komen Shasha:

Terima kasih kepada Shasha yang memberikan komen untuk blog saya, komen tersebut berbunyi ” assalamualaikum…wbt
sy ttarik ngn tjuk tesis
camane awak cri rjukan?
susah x tjk 2″

Walaikumussalam Shasha, terima kasih kerana tertarik kepada tajuk tesis saya.  Rujukan yang saya cari ialah pertamanya melalui jurnal elektronik, selepas itu maklumat-maklumat data disiplin pelajar yang boleh di dadapati daripada sekolah, rekod disiplin berdasarkan kawasan tempat tinggal pelajar (Tidak semua sekolah yang ada) Berkenaan dengan tajuk ni susah atau tidak, jawapan saya memang susah kerana banyak cabaranya yang perlu ditempuhi terutamanya kita perlu buat pemantauan di kawasan tinggal pelajar. Saya berharap jawapan saya ini dapat menjawab semua persoalan Shasha, tetapi sekiranya masih tidak faham janganlah malu untuk bertanya lagi. Kata orang malu bertanya sesat jalan.

Sekian, Wassalam….

Reblog this post [with Zemanta]