Carilah Ilmu Muridku

Kau bergelar sebagai seorang pelajar

Jangan sekali kau mengelamun ketika guru mengajar

Kau tumpukan tugas kamu untuk terus belajar

Tuntutlah ilmu tanpa jemu diajar


Kekuatan kau bukan diukur dari segi tubuh badanmu yang besar menjalar

Gaduh, bertumbuk, membuli bukan tugasmu sewaktu belajar

Kalaupun rasa marah membuak di hati, tabahkan diri kau sentiasa sabar

Kekuatan tulang empat kerat kau tidak akan disanjung malah ia tidak mencabar


Kalau kau boleh menumpaskan ramai manusia berkuasa dengan tenagamu yang pantang dicabar

Itu bukan kebanggaan ibu bapa kau, malah harapan mereka kepada kau akan terus tawar

Ibu-bapa kau pasti terkilan kerana kau walaupun mereka terpaksa bekerja seperti kelawar

Sepertimana badai ombak menghempas pantai, itulah gambaraan perasaan mereka kerana kau kurang ajar


Kau hanya perlu menggali dan terus menggali menuntut ilmu agar di hari esok kau tidak lapar

Mengapa kau harus siasakan amanah kamu sebagai seorang pelajar

Kepintaran adalah nilai sebenar kehebatan mu sebagai seorang pelajar

Kepintaran memerlukan ilmu, ilmu itulah guru yang ajar


Ilmu perlu dicari kamu walau ke negeri China kamu perlu belajar

Ilmu akan membezakan kamu dengan manusia tanpa ilmu tak mahu belajar

Ingat ilmu kalau ada dekat orang gila sekalipun ia tetap berguna mengalahkan pelajar

Ilmu jika ada pada orang gila sekalipun ia akan dipanggil Orang Gila Terpelajar

Reblog this post [with Zemanta]