Bersiap untuk Ke Konvokesyen UNITAR 2009
KONVOKESYEN Universiti Tun Abdul Razak 2009 bakal diadakan di Putrajaya International Convetion Center (PICC) Putrajaya pada 30 dan 31 Oktober 2009 di mana pada 30 hari bulan akan berlangsung raptai konvokesyen pada hari sabtu 31 Oktober 2009 akan berlangsung konvokesyen sebenar.
Beberapa hari yang lalu, saya sibuk sedikit mencari benda-benda yang diperlukan untuk konvokesyen nasib baiklah ada adik saya yang temankan, terima kasih kepada Pok Cek kerana meneman saya untuk membeli songkong dan Baju Kot di Kamdar Kota Bharu. Kalau adik kesayangan saya ni tak teman tak tahulah macamana saya nak pergi sana, sebab saya ni kurang suka kalau ke mana sorang-sorang.
Pada sebelah malam semalam terima kasih juga saya ucapkan kepada salah seorang adik aku, iaitu Pian kerana sanggup meneman saya membeli dan membantu saya memilih neck tie di Tesco Kota Bharu. Terima kasih juga pian kerana sanggup mengikut saya pada malam itu walaupun malam itu ada perlawanan bola sepak antara Kelantan dengan Perlis di Stadium Sultan Muhammad IV kerana katanya terlalu ramai orang tapi dia kata kalau kelantan boleh masuk final dia nak pergi menonton, saya pun rasanya nak pergi kalau Kelantan masuk final.
Hari ini pula giliran daniel membantu saya memilih jam tangan di KB Mall, kalau dia tak tolong pilih tak tau lah saya nak pilih yang mana, saya ni kadang-kadang susah juga nak memilih, tapi mujurlah daniel ada, yer lah apa guna ada adik kalau tak tolong pilih. hahhaha
oh sebelum terlupa terima kasih lah kerana jumpa dengan abang dulu sebelum abang bertolak balik tadi ke Besut, dan terima kasih juga kerana sudi meluangkan masa dengan abang walaupun tak lama petang tadi terima kasih banyak-banyak ye.
posting blog saya pada kali ini berakhir setakat ni sahajalah insyaAllah kalau ada kesempatan semasa di Kuala Lumpur saya akan kemaskinikan blog ni lagi, terima kasih banyak-banyak ye.

Leave a Reply