Dikhianati Kawan…
KALAU sebut pasal kawan saya pasti semua orang suka berkawan, tetapi dalam berkawan tak semua kawan kita adalah kawan sejati, kadang-kadang kita menaruhkan kepercayaan yang tinggi terhadap kawan kita hingga terlupa yang kita silap percaya pada kawan yang tak sepatutnya kita percaya.
Saya ingin menceritakan perihal seorang hamba Allah yang dikhianati oleh kawanya sendiri untuk pedoman dan iktibar saya sendiri dan juga pembaca blog sekalian. Moga-moga cerita ini dapat dijadikan rujukan kepada semua insan yang suka berkawan agar mereka tidak tersilap dalam memilih kawan.
Dikisahkan peristiwa ini diceritakan oleh seorang yang saya perlu rahsiakan namanya demi menjaga aib beliau dan juga demi keselamatan beliau. Cerita ini sebenarnya masih baru lagi, dan ianya berlaku beberapa hari yang lalu.
Hendak dijadikan cerita si D pergi ke rumah Si H, dan apabila si D sampai ke rumah H, H mengajak beliau pergi ke rumah S. D dan H berjalan kaki ke rumah S, D tidak mengesyakki apa-apa dan menerima ajakkan si H untuk ke rumah S.
Bila tiba D dan H di rumah S, meliau berbual-bual kosong sesama mereka, ye lah memang sudah menjadi tradisi apabila anak-anak Melayu berjumpa mereka akan berbual kosong, beberapa minit kemudian si S mengajak si D dan H untuk ke kedai runcit berhampiran dengan rumah beliau, si D yang tidak mengesyakki apa-apa menerima pelawaan S tersebut.
Bila mereka tiba di kedai runcit tersebut, si D teringin untuk membeli keropok, jadi ia mengambil keropok dan membayarnya di kaunter tanpa ada sedikitpun rasa curiga, namun semasa D hendak membayar harga keropoknya, tiba-tiba si S dan H melarikan diri sambil melaungkan “Bersurai” terus mereka berdua lari macam lipas kudung.
Rupa-rupanya si S telah mencuri duit di Kedai Runcit tersebut, dan oleh kerana si D tidak mengetahui apa rancangan si S, membuatkan si D tergamam di kaunter bayaran. Lebih malang lagi, si D pula dituduh bersubahat dengan S sedangkan si D tak-tahu apa-apa perancangan yang telah dibuat oleh si S.
Pengusaha kedai runcit tersebut telah mengarahkan si D membawanya ke rumah si S, namun apabila mereka tiba di rumah si S, si S tiada dirumah, yang ada cuma abang, dan ayah si S, malang sekali ayah dan abang si S tidak percaya yang si S mencuri, Abang si S yang tidak berpuas hati telah memukul si D dengan rakus sekali, nasib baiklah abang si S yang sorang lagi mengarahkan si D balik segera, jika tidak parah si D dibuatnya.
Ingatkan insiden malang si D sudah berakhir pada hari tersebut, nampaknya tidak apabila abang si S terjumpa sekali lagi dengan D beberpa hari kemudian dan telah cuba untuk mengambil Si D untuk dipukul di tempat lain, namun si D enggan, kebetulan pula ada orang lain kawasan berdekatan dengan si D, jadi abang si S tidak mengambil si D dan hanya berlalu pergi beberapa minit kemudian.
Pengajaran yang kita perolehi daripada cerita ini ialah jangan terlalu percayakan kawan kerana kadang-kadang musuh kita adalah kawan kita, jadi berhati-hatilah dalam berkawan. Cuba anda fikir bagaimana kalau anda sendiri yang mengalami situasi seperti si D? Tentu sakit hati bukan, ye lah kita tak salah tiba-tiba kita dipersalahkan.

Leave a Reply