Sipnopsis Filem Cuci
Thursday, January 17th, 2008
Cuci sebuah filem mengisahkan empat adik beradik angkat iaitu Jojo yang dilakonkan oleh Awie, Fairil yang dilakonkan oleh Afdlin Shauki, Ctan yang dilakonkan oleh AC Mizal dan Khai yang dilakonkan oleh Hans Isaac. Mereka berempat meninggalkan kampung halamanya untuk mencuba nasib dan memulakan hidup baru mereka di Ibu Kota Kuala Lumpur.
Mereka berempat ingin menubuhkan syarikat mencuci bangunan terbesar di ibu negara kita iaitu Kuala Lumpur. Bagi mendapatkan kontrak mencuci cermin di bangunan Kuala Lumpur City Center (KLCC), Fairil merupakan seorang yang bercita-cita tinggi malah dia adalah yang paling bijak dan pintar berbanding tiga lagi adik beradik angkatnya. Fairil merancang untuk menyertai kejohanan olimpik mencuci tingkap. Adakah anda rasa empat saudara angkat ini mampu mendapatkan kontrak mencuci tingkap di KLCC?  Jangan lepaskan peluang untuk menonton filem Cuci di pawagam berdekatan dengan anda.
 Nama Filem: Cuci
Diarahkan oleh : Hans Isaac
Dibintangi oleh : Hans Isaac, Awie, AC Mizal, Afdlin Shauki, Erra Fazira dan Umie Aida.
Kategori Filem / Genre: Komedi
Diedarkan oleh: Grand Brilliance Sdn. Bhd.
Menemui anda pada: 24 Januari 2008
Catatan Siswa:
Sokonglah industri filem tempatan, jangan sokong cetak rompak.