RSS 2.0
  • Home
  • Bibliografi
  •  

    Archive for the ‘Mimbar’ Category


    Menjelang 1429 Hijrah (Maal Hijrah)

    Monday, January 7th, 2008

    Satu Muharram Detik Permulaan” itulah keratan lagu Nasyid yang kerap didengari ketika menyambut Tahun Baru Hijrah atau lebih dikenali dengan Tahun Islam dan Bulan-bulan Melayu di Kalangan penduduk Kelantan dan Sebahagian besar Terengganu.

    Sempena menyambut Tahun Baru Hijrah 1429 atau juga dikenali dengan nama Maal Hijrah ini, penulis ingin bertanya kepada semua pembaca blog Catatan Siswa yang masih setia membaca blog Catatan Siswa, adakah anda semua sudah bersedia untuk berhijrah?

    Hijrah bukan setakat pindah dari satu tempat ke satu tempat sahaja, Hijrah juga boleh dikaitkan kepada perubahan bentuk peribadi dan perilaku seseorang daripada buruk kepada baik, daripada tak bagus kepada bagus, membersihkan diri dari sebarang gejalan negatif dan maksiat adalah salah satu cara hijrah.

    Jadikan Maal Hijrah 1429 ini begitu bermakna bagi anda. Kalau beberapa hari lalu anda menetapkan azam untuk tahun Masihi, apa salahnya anda juga menetapkan Azam untuk Tahun Hijrah ini. Tanamkan sifat ingin berubah daripada buruk kepada baik di dalam diri setiap orang. Cuba azamkan supaya “Hari ini lebih baik daripada semalam, Hari esok lebih baik daripada hari ini, Tahun ini lebih baik daripada Tahun Lalu dan Tahun Depan lebih baik daripada Tahun ini”.

    Maal Hijrah bakal disambut oleh Umat Islam pada 10 Januari 2008 yang bersamaan dengan 1 Muharam 1429. Jadikanlah tahun 1429 Hijrah ini sebagai tahun untuk anda mengandakan Ibadah dan mengurangkan perbuatan yang akan mengundang maksiat. Sambutlah tahun baru Hijrah ini dengan penuh iman dan taqwa.

    Perompak, Pencopet, Perogol, Penagih Dadah, Pencuri, Pembunuh mulai tahun baru Hijrah 1429 ini tanamkan Azam di dada supaya anda tidak lagi melakukan kerja-kerja haram tersebut dan bertaubatlah kerana pintu taubat sentiasa terbuka selagi anda masih belum terlambat dan masih berupaya melihat dan merasai keindahan hidup di Dunia ini.

    Hijrahkan diri anda ke arah buruk kepada baik, miskin kepada kaya, kedekut kepada permurah, sesiapa yang sering berprasangka buruk terhadap orang lain juga hendaklah berhenti berprasangka buruk terhadap orang lain. Sesiapa pula yang sering mengaibkan hentikanlah kerana ia adalah kerja sia-sia dan ingatlah sesiapa yang suka mengaibkan orang di dunia maka Allah akan mengaibkan dia di akhirat.

    Bagi sesiapa yang gemar menyebarkan khabar angin hendaklah berhenti daripada menyebarkan khabar angin itu kerana ianya dilarang oleh Agama kita. Orang yang suka bercerita dan mendengar khabar angin ini hendaklah berhenti berbuat demikian kerana “Apabila datang seorang fasikh membawa berita, periksa dan selidikilah kebenaran berita itu”. Penulis berharap sesiapa yang mendengar khabar angin hendaklah memastikan kebenaran berita tersebut sebelum menyampaikanya lagi kepada orang lain.

    Akhirkata Tahun Hijrah 1429 ini patut disambut oleh rakyat Malaysia dengan perasaan yang gembira dan bersyukur ke hadrat Allah s.w.t dan juga berterima kasih barisan pemimpin yang bertungkus lumus memastikan negara kita sentiasa di dalam keadaan aman damai dan selamat. Patuhilah arahan Umara’ kerana tanpa Umara’ dan pertolongan Allah s.w.t mungkin keadaan keselamatan negara kita tidak menentu.

    Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1429. Semoga anda semua dirahmati oleh Allah s.w.t dan juga berupaya hijrahkan diri anda semoga kita mampu “Menjana Ummah Gemilang”.

    Ramadhan hampir berlalu pergi, Syawal hampir berkunjung

    Friday, September 28th, 2007

    Hari ini diam tidak diam kita sebagai umat Islam sudah enam belas hari menunaikan ibadah puasa di bulan yang mulia lagi diberkati ini iaitu Ramadhan Al-Mubarak. Begitu pantas masa berlalu, Ramadhan kini hampir meninggalkan Kita. Manakala Syawal bakal berkunjung untuk menjemput kita meraikan kemenangan.

    Sayu rasa hati ini memikirkan bulan yang menjadi kebanggaan Umat Islam ini bakal meninggalkankan kita lebih kurang 15 hari lagi. Ramadhan menjadi medan pertempuran umat Islam dengan mengandakan ibadat mengurangkan perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa dan sebahagian besar umat Islam cuba menjadikan Ramadhan kali ini Ramadhan terbaik baginya.

    Namun, ada segelintir umat Islam yang tidak menghormati Ramadhan. Ada yang langsung tidak berpuasa sebulan di bulan Ramadhan ini dan ada juga yang mengambil remeh tentang bulan Ramadhan ini. Tidak kah mereka terfikir, kenapa kanak-kanak yang masih kecil boleh berpuasa sampai penuh sebulan tetapi orang dewasa seperti mereka tidak mampu berpuasa walaupun sehari?. Tidak bersahur dijadikan alasan utama kaki ponteng puasa untuk ponteng puasa. Tidak kah mereka berfikir bagaimana umat Islam di Palestin, Iraq dan Afghanistan yang berpuasa walaupun mereka kini dihimpit sengsara dan derita peperangan yang melanda mereka? Tidak malukah Kita menggunakan alasan tidak bersahur yang begitu remeh itu untuk tidak puasa.

    Lima belas hari lagi, kita akan menyambut hari kemenangan kita. Adakah kita yakin kita masih lagi berupaya untuk berpuasa sebulan di bulan Ramadhan Al-Mubarak yang akan datang?. Ingatlah walaupun esok masih ada tetapi kita tidak tahu esok milik siapa. Marilah kita bersama-sama menjadikan Ramadhan kali ini Ramadhan yang terbaik dalam hidup kita. Ramadhan kami akan merinduimu dan kami akan cuba menunggu kedatanganmu lagi.

    Ramadhan Al-Mubarak Datang Lagi…

    Thursday, September 13th, 2007

    Ramadhan bulan yang penuh keberkatan, marilah bersama kita lengkapkan bulan Ramadhan ini dengan Amal Ibadat. Jadikan Ramadhan ini seolah-olah Ramadhan yang terakhir bagi kamu. Penulis di kesempatan ini ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Beramal. Kurangkan Dosa, Tingkatkan Pahala. Jadikan puasa anda puasa yang terbaik dan jangan jadikan puasa anda sekadar lapar dan dahaga sahaja.

     

    Penulis ingin mengetengahkan sedikit isu berkaitan Ramadhan Al-mubarak bulan yang pernah keberkatan ini. Ponteng puasa merupakan senario yang biasa kita lihat pada bulan Ramadhan ini. Kalau yang ponteng sekolah ni kanak-kanak sekolah yang belum baligh boleh lagi kita terima, tetapi apa yang menyedihkan ialah kaki ponteng puasa ni terdiri daripada remaja yang sudah baligh. Adakah kita lupa dengan pembalasan yang bakal diterima di akhirat kelak?

     

    Penulis ingin menceritakan sedikit pengalaman penulis berhadapan dengan kaki ponteng puasa ini. Perkara ini berlaku beberapa tahun yang lalu. Penulis telah secara tidak sengaja berjumpa dengan kaki ponteng puasa. Apabila penulis bertanya kenapa mereka tak puasa dia menjawab ‘Kami tak makan sahur pagi tadi”. Pada penulis alasan itu tidak boleh diterima kerana alasan itu sudah biasa digunakan oleh kaki ponteng puasa. Paling menyedihkan lagi mereka jadikan tandas awam sebagai port untuk mereka ponteng puasa. Penulis tidak betapa jijiknya tempat mereka itu.

     

    Sedang kami rancak berbual, tiba-tiba datanglah dua orang kanak-kanak dengan wajah yang ceria dan bertanya kepada kaki ponteng puasa itu. “Eh abang tak puasa ke, tak malu lah abang ni dah besar pun tak puasa, kami yang kecik ni pun boleh puasa tak tinggal lagi tau”. Muka kaki ponteng puasa itu bertukar menjadi merah padam dan terus meluru keluar mungkin kerana tidak tahan menanggung malu. Cuba bayangkan adakah anda ingin dimalukan seperti rupa? Anak kecil yang belum baligh pun tahu berpuasa inikan pula remaja yang sudah baligh dan boleh berfikir baik dan buruk sesuatu perkara.