Random Post: Jasamu Guru Tidak Ternilai!
RSS 2.0
  • Home
  • Bibliografi
  •  

    Archive for the ‘Semasa’ Category


    Peluang Pelaburan Halal dan Sah Disisi Undang-undang

    Saturday, January 5th, 2008

    Pelaburan Internet

    Tidak beberapa lama dahulu heboh dikatakan tentang pelaburan internet. Pelaburan Internet telah diputuskan ‘haram’ oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Ketika itu orang berlumba-lumba untuk melabur di internet. Sebenarnya kebanyakkan pelaburan internet pada masa itu tidak sah dan juga tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC). Namun skim pelaburan AmCash ini bukanlah salah satu pelaburan internet, ia hanya menggunakan internet sebagai platform mudah cara untuk pembentangan kepada bakal-bakal pelabur ke dalam skim AmCash.

    Skim Pelaburan AmCash

    • Satu Lot RM 1,000 setahun selama 21 tahun
    • Skim diluluskan oleh Bank Negara Malaysia
    • Syarikat Pengendali Pelaburan yang Teguh dan Kukuh (AmAssurance Berhad)
    • Disokong oleh syarikat Induk yang kukuh AMMB Holding Berhad dan juga AmBank Group.
    • Dividen yang kompetitif
    • Pembayaran Dividen 3 Tahun Sekali

    Contoh Pendapatan Bagi 1 Lot Skim AmCash:-

    Pelaburan untuk Setahun RM 1,000, jangkamasa pelaburan 21 Tahun, jumlah Keseluruhan Pelaburan = Rm 21,000

    Apabila Pelaburan Anda Matang pada 21 tahun usia polisi pelaburan anda akan dapat = RM 31,000

    Keuntungan Anda = RM 10,000

    Contoh Pengiraan Bagi 10 Lot Skim AmCash

    Pelaburan anda setahun = RM10,000

    Jangkamasa Pelaburan 21 tahun = RM 120,ooo

    Pendapatan Pelaburan Anda =

    (a) Tiga Tahun Pertama (8 %) = RM 8,000

    (b) Tahun Keenam hingga 18 (10%) = RM 10,000

    (c) 21 Tahun usia Polisi Pelaburan (42 %) = RM 42,000

    (a)+(b)+(c) = RM 60,000 jumlah keuntungan anda.

    Percuma !!!

    Perlindungan 36 Jenis Penyakit Kritikal + Khairat Kematian 1 Lot RM 10,000

    Promosi Khas

    Pelaburan 1 Lot akan dapat Nokia 1110i Percuma!!! *

    Pelaburan 10 Lot akan dapat Laptop Berjenama Percuma !!! *

    Pelaburan 20 Lot akan dapat TV Plasma Berjenama Percuma!!!*

    * sementara stok masih ada dan hadiah percuma akan dapat semasa penyerahan buku polisi pelaburan.

    Bagaimana untuk memulakan pelaburan pertama

    Sediakan satu Salinan Kad Pengenalan yang dipalang dengan perkataan untuk kegunaan AmAssurance sahaja

    Buat Cek Atas Nama AmAssurance Berhad mengikut nilai pelaburan.

    Hantar ke alamat:

    AmAssurance Cawangan Jerteh

    PT 365 Tingkat Bawah Wisma DPMMT

    Jalan Pasir Akar, 22000 Jerteh, Besut, Terengganu

    atau boleh buat permohonan untuk penerangan percuma dengan menelefon Hairi di talian 016-9328556

    atau boleh sms nama, alamat, no telefon ke 019-9108556 (Peringatan Ini adalah Talian SMS Sahaja)

    Download Slide penerangan

    Selamat Menyambut Tahun Baru 2008

    Tuesday, January 1st, 2008

    Kini tahun 2007 telah melabuhkan tirainya, manakala tirai untuk tahun 2008 telah mula dibuka. Tahun 2007 banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis dalam sejarah hidup kita. Pada tahun 2007 yang sudah berlalu pelbagai onak dan duri kita lalui bersama, cabaran demi cabaran kita tempuhi dan berusaha untuk menjayakan azam tahun 2007 yang dibuat pada awal tahun 2007 yang lalu. Namun begitu, ada juga segelintir yang tidak sempat melunaskan azam-azam yang di buat semasa tahun 2007 mungkin disebabkan faktor-faktor yang tertentu.

    Sebenarnya Azam Baru ini kita sama ertikan dengan ‘Hutang Baru’ dan apabila kita berhutang wajiblah kita membayarnya. Jadi kepada sesiapa yang masih belum melangsaikan hutang-hutang azam tahun lepas dan barulah boleh memasang azam untuk tahun 2008. Jangan pula azam tahun lepas masih belum terlaksana tetapi sudah memasang azam untuk tahun baru nanti “yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran”. Sebagai manusia biasa memang patut kita menetapkan matlamat hidup kita tetapi di dalam menetapkan matlamat kita pastikan matlamat itu tidak menjadi bebanan kepada kehidupan kita sehari-hari.

    Tahun 2008 ini kita boleh jadikan sebagai platform untuk meneruskan kejayaan hidup kita. Kita akan cuba pastikan tahun 2008 akan meninggalkan dan mencatatkan sejarah yang begitu bermakna di dalam kamus kehidupan kita. Pada tahun 2008 juga penulis berharap rakyat Malaysia yang belum memiliki polisi insurans hayat diharap dapat mengunjungi mana-mana Perunding Kewangan mana-mana syarikat Insurans untuk mendapatkan polisi insurans hayat.

    Insurans Hayat kini sudah menjadi kewajipan di dalam kehidupan sehari-hari sekarang ini memandangkan kita sentiasa berada di dalam keadaan bahaya, bahaya atau musibah yang datang tidak mengenal usia, kita hanya mampu merancang tuhan sahaja yang menentukan.  Ingat sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

    Sebenarnya Insurans Hayat tidak membebankan kita malah membantu kita untuk meringankan beban kita. Adakah kita mahu suatu hari nanti apabila kita ditimpa musibah, sanggupkah kita meminta-meminta orang menolong kita pada masa itu. Ingat hal berkait dengan wang ringgit ni adik beradik pun susah nak bagi jadi kita perlulah memiliki insurans hayat.

    Akhirkata, semoga tahun 2008 akan memberikan kita satu kejayaan yang besar dalam sejarah hidup kita dan terus berusaha dan berbakti selagi hidup. Misi kita pada tahun 2008 ialah mencapai kejayaan di dalam hidup kita. Semoga hidup anda semua ceria dan gembira selalu pada tahun 2008.

     

    Kota Bharu Dilanda Banjir Kali Ketiga (2007)

    Saturday, December 15th, 2007

    Banjir Kali Ke 3 2007 KB Kelantan

    Selepas Dua Kali Merbau, yang terletakberdekatan dengan Bandar Kota Bharu, Kini Banjir Kali ketiga menyerang Bandar ini. Penduduk di Kawasan ini sungguh kecewa kerana mereka baru sahaja membersihkan rumah mereka untuk kali kedua selepas banjir kali kedua surut dua hari yang lalu. Tetapi kini mereka terpaksa bersiap sedia untuk membersihkan rumah kali ketiga.

    Mengikut ramalan Banjir Ketiga ini dijangka lebih buruk berbanding dengan banjir pertam dan kedua dahulu memandangkan air naik dengan begitu cepat sekali. Seorang penduduk yang merupakan seorang pelajar IPTS bandar ini memberitahu penulis bahawa semasa pagi beliau keluar untuk pergi ke peperiksaan akhir semester ke tempat beliau menuntut ilmu tiada air kelihatan di jalan-jalan yang biasa ditenggelami air.  Sebaik sahaja beliau pulang ke rumah selepas peperiksaan tersebut air sudah melimpahi jalan-jalan yang biasa ditenggelami air termasuklah perkarangan rumahnya.

     ”Saya bila pulang ke rumah rasa terkejut dengan hadapan rumah saya sudah diliputi oleh air banjir memandangkan 2 jam setengah air begitu banyak naik”Katanya kepada penulis pada pagi tadi.

    Penulis berharap penduduk yang tinggal di kawasan berdekatan dapat menjaga keselamatan diri dan mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Penulis berdoa agar banjir kali ini tidak begitu buruk.

    Banjir KB Kelantan Makin Pulih (2007)

    Friday, December 14th, 2007

     

    Banjir KB Kelantan 2007

    Banjir KB Kelantan 2007

    Banjir KB Kelantan 2007

    Banjir KB Kelantan 2007

    Banjir KB Kelantan 2007

    Kini penduduk Kota Bharu, Kelantan boleh menarik nafas lega apabila banjir kali kedua yang melanda bandar ini kian surut. Pada hari ini juga kelihatan ramai penduduk sedang bertungkus lumus membersihkan kediaman mereka daripada lumpur-lumpur yang dibawa oleh banjir kali kedua beberapa hari yang lalu.

    Pada tahun 2007 ini adalah banjir kali kedua yang melanda Kota Bharu, Kelantan yang dilihat sebagai buruk sedikit berbanding banjir kali pertama beberapa hari lalu. Penduduk yang ditemui rata-rata melahirkan rasa syukur kerana banjir besar 2004 tidak berulang pada tahun ini sambil mendoakan tiada lagi banjir ketiga yang akan berlaku pada tahun ini.

    Banjir pada besar pada tahun 2004 meninggalkan sejarah pahit kepada penduduk di kawasan Kota Bharu kerana banjir itu adalah banjir yang terburuk dalam sejarah Banjir bandar ini. Pada masa banjir itu juga penduduk mengalami banyak kerugian sehinggakan ada peniaga kedai runcit bankrap.

    Isu Pemindahan Pelajar Unitar hanyalah Khabar Angin

    Thursday, November 29th, 2007

    Beberapa bulan yang lalu, penulis didatangi oleh beberapa orang siswa Universiti Tun Abdul Razak yang memohon penulis mengetengahkan isu pemindahan pelajar Universiti Tun Abdul Razak, Kota Bharu, Kelantan. Pada bulan ini penulis didatangi oleh kumpulan pelajar yang sama untuk memohon penulis mengetengahkan permohonan maaf mereka menggunakan blog penulis sebagai platform untuk mereka memohon maaf kepada semua pelajar dan pihak pengurusan Universiti Tun Abdul Razak (Unitar).

    Permohonan maaf daripada mereka dibuat selepas mendapati isu pemindahan pelajar Universiti Tun Abdul Razak Cawangan Kota Bharu, Kelantan adalah hanyalah khabar angin yang sengaja disebarkan oleh pesaing-pesaing unitar yang lain supaya mereka tidak memilih untuk mendaftar dan belajar di unitar. Mereka kesal dengan tindakan mereka dengan memperbesarkan isu ini dengan tanpa usul periksa.

    Mereka juga melahirkan rasa kecewa kerana ada pihak sanggup menyebarkan khabar angin ini semata-mata untuk keuntungan syarikat atau individu. Mereka sepatutnya tidak menyebarkan khabar angin tentang isu pemindahan pelajar tersebut kerana ia melibatkan sensitiviti siswa unitar itu sendiri dan hingga ada yang tumpuan pelajaranya terganggu kerana adanya isu ini yang sebarkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

    Kata mereka “Kami berharap selepas ini tiada lagi pihak atau individu yang sanggup menangguk di air yang keruh” kerana isu pemindahan pelajar itu sudah cukup untuk membuat kami merana. Itulah kata-kata terakhir yang keluar daripada mulut mereka sebelum meminta diri untuk pulang.

    Tahniah Dr. Sheikh Muszafar Shukor, Selamat pulang ke bumi

    Monday, October 22nd, 2007

     Dr. Sheikh Muszafar Shukor

    Tepat Jam 6.43 petang 21 Oktober 2007 Soyuz TMA-10, kapal angkasa yang memuatkan Angkasawan Pertama Malaysia Dr. Sheikh Muszafar Shukor selamat mendarat di bumi setelah 10 hari berada di  Stesen Angkasa Antarabangsa atau  International Space Station  (ISS).  Kepulangan beliau terpahatlah sejarah baru negara kita Malaysia yang tercinta, kita kini telah menpunyai angkasawan pertama yang pernah sampai ke ISS. Walaupun tempoh pemergian Dr. Sheik Muszafar adalah singkat namun ia telah memberikan impak yang besar kepada negara kita  terutamanya apabila Dr. Sheikh Muszafar membuat penyelidikkan semasa berada di ISS.

    Penyelidikan Dr. Sheikh Muszafar bakal memberi impak yang besar dan boleh mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. Penulis sebagai rakyat Malaysia juga merasa bangga kerana ada rakyat Malaysia sekarang ini mampu menjadi angkasawan, bukan sahaja angkasawan tetapi juga penyelidik di angkasa. Penulis berharap satu masa nanti lebih ramai lagi rakyat Malaysia akan menjejaki langkah Dr. Sheikh Muszafar Shukor.

    Penulis merasakan masih belum terlambat bagi penulis untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Angkasawan pertama negara kita dan penulis bersyukur kerana angkasawan pertama kita dapat mendarat di bumi dengan jayanya dan tidak ada sebarang kemalangan yang tidak diingini berlaku. Tahniah diucapkan dan ini adalah satu kejayaan yang dicapai dalam bulan perayaan kemenangan umat Islam oleh negara Islam yang membangun dan bakal dipahatkan di dalam buku sejarah dunia.

    Akhirkata, Program Angkasawan Negara bukan pembaziran tapi satu pencapaian. Terima kasih penulis ucapkan kepada Dr. Sheikh Muszafar Shukor kerana merakamkan cara-cara bersolat di angkasa atau dengan lebih tepat lagi ISS diharap dengan ini tidak ada lagi pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menimbulkan isu solat sepertimana yang berlaku pada kejayaan-kejayaan kita yang lepas.

    Selamat Hari Raya Aidil Fitri

    Thursday, October 4th, 2007

    selamat-balik-kampung.png

    Tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri bagi sesiapa yang menganut agama Islam. Ibadah Puasa kita sudah hampir sampai ke penghujungnya. Penulis ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca-pembaca setia blog Catatan Siswa. Sekiranya penulis ada terkasar bahasa, ataupun menyakitkan hati sesiapa penulis memohon maaf kerana sudah menjadi kelaziman manusia biasa ini ada kelemahan. Penulis pohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki.

     

    Penulis ingin memesan kepada yang balik raya kat kampung tu pandulah dengan selamat ingatlah orang yang disayang. Bagi penunggang motosikal yang balik kampung motorsikal mereka tungganglah dengan cermat, ingatlah orang tersayang. Jadikan kepulangan kita kali ini kepulangan untuk dirai dan jangan jadikan kepulangan kita kali ini kepulangan untuk ditangisi.

     

    Kepada yang tidak dapat cuti raya tahun ini, terutamanya kepada tentera dan polis yang bertugas di perbatasan bersabarlah mungkin tahun depan gilir anda. Kami akan mengingati jasa anda sampai bila-bila. Terima kasih kerana sanggup berkorban cuti raya demi mempertahankan negara yang tercinta iaitu Malaysia yang ku cintai.

    Pemindahan Pelajar Universiti Tun Abdul Razak Tidak Wajar

    Friday, September 28th, 2007

    Universiti Tun Abdul Razak sebuah universiti virtual pertama Malaysia. Dahulunya dimiliki oleh KUB Malaysia Berhad kini dimiliki oleh Yayasan Pintar. Yayasan ini dipengerusi oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak. Baru-baru ini timbul isu pemindahan dan penutupan Kampus Cawangan Universiti Tun Abdul Razak atau UNITAR. Perkara ini membuatkan pelajar-pelajar UNITAR terutamanya pelajar UNITAR cawangan Kota Bharu dalam dilema.

    Menurut sumber dalaman pihak pengurusan UNITAR Kota Bharu, pemindahan dan penutupan cawangan itu adalah berkenaan dengan misi menjadikan UNITAR sebagai Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Semua pelajar atau siswa kampus cawangan akan dipindahkan sama ada di Kelana Jaya, Putrajaya, Pekan, ataupun Nilai. Hasil tinjauan pendapat pelajar-pelajar Universiti Tun Abdul Razak Cawangan Kota Bharu majoriti pelajar universiti tidak bersetuju untuk berpindah walaupun begitu ada juga suara minoriti yang mahu pindah kerana katanya kalau terus tinggal kat Kelantan otak dia tidak berkembang. Bagi penulis sama sahaja kalau duduk Kelantan ataupun di luar Kelantan dan alasan berkembang itu tidak berasas.

     

    Hasil respons yang diterima, kebanyakkan pelajar atau siswa mengatakan mereka tidak mampu sekiranya pemindahan itu menjadi realiti memandangkan kos sara hidup di luar Kelantan amatlah tinggi sedangkan pinjaman yang mereka dapat hanyalah cukup sekadar untuk membayar yuran pengajian sahaja. Kos sewa Rumah pun tinggi berbanding Kelantan. Pada pandangan penulis memang wajar pelajar UNITAR tidak dipindahkan kerana kos sara hidup yang tinggi akan membebankan pelajar atau siswa lebih-lebih lagi pinjaman yang mereka dapat hanya cukup untuk membayar yuran sahaja.

    Pada pandangan penulis sepatutnya UNITAR tidak meneruskan hasrat untuk memindahkan pelajar atau siswa UNITAR kampus Kota Bharu bagi menjaga kebajikan siswa-siswa yang menuntut di universiti terbabit. Pihak pengurusan UNITAR seharusnya peka dengan permasalahan siswanya dan tidak terus memberi tekanan kepada siswa-siswa mereka memandangkan sebelum ini mereka terpaksa mengeluarkan belanja beribu-ribu ringgit bagi mengelakkan mereka dari disekat untuk menduduki peperiksaan akhir semester. Campur tangan orang-orang yang berkenaan juga diperlukan bagi menyelesaikan isu ini. Bantulah siswa UNITAR KB kerana kebanyakkan mereka bukan dari golongan orang yang berada.