Kembara Bersama Bekas Murid
BARU-baru ini saya dan bekas anak-anak murid saya telah mengadakan satu program kembara di Bulan Puasa di Besut, Terengganu. Memang baguslah dapat mengembara bersama-sama bekas-bekas murid ni, lebih-lebih lagi di bulan puasa bolehlah saya dapat mengenalpasti perangai masing-masing.

Dari Kiri Ayie, Apek dan Syed A.k.a Patah
Semasa Kembara ini banyak tempat yang menjadi destinasi Persinggahan Kami, antaranya Pantai Peranginan Air Tawar, Pantai Bukit Keluang, Masjid Hadhari dan banyak lagi, memang bestlah, kepada bekas murid saya yang tak dapat menyertai kembara ini saya mohon maaf, bukan tak nak ajak tapi nak buat camna kereta cuma muat beberapa orang sahaja, insyaALLah lain kali kita kembara dengan BAS Pula.

Ipang Berposing di Pantai Peranginan Air Tawar
Memang syok kembara kami walaupun ianya dilakukan pada bulan puasa tidak pula ia membuat kami tidak bertenaga, malah ada yang siap main lari-lari lagi di Pantai Bukit Keluang, hehe gembiranya dapat bersama dengan mereka sampai saya tak tahu nak realitikanya dalam bentuk kata-kata.
Saya paling gembira dapat melihat mereka gembira, walaupun mereka bukan lagi murid saya tetapi ia cukup bermakna buat saya yang masih mentah dalam ‘jerit payah’ dunia pendidikan ini, saya buat semua ini untuk kejayaan mereka dan juga boleh mengurangkan sedikit seandainya mereka mengalami masalah.

Syed a.k.a Patah Berposing Maut
Memang menyeronokkan kembara kami pada kali ini, mau tidaknya makin bertambah ahli-ahli kembara kami tidak seperti dulu, paling menyeronokkan kembara kami menjadi lebih meriah dengan kehadiran ayie yang gemar membuat lawak sambil mengejek orang….orang yang pasti menjadi mangsa ejekan tidak lain kalau bukan Syed a.k.a Patah……Namun ia hanya sekadar bergurau tidak lebih daripada itu.

5 Putera SMK Zainab 2
Kalau boleh saya ingin meneruskan lagi dengan kembara-kembara yang seperti ini dilain-lain masa akan datang, mungkin di masa depan saya akan terus mengembara dengan mereka dikala cuti persekolahan, gembira betul bersama mereka.

5 Putera SMK Zainab 2 Berposing Di Bukit Keluang

5 Putera SMK Zainab 2- Pilih Yang Mana Satu

Syed a.k.a Patah Berposing di Masjid Hadhari

Ipang Berposing di Masjid Hadhari

Bergambar di Perkarangan Masjid Hadhari

Bergambar Di Jambatan Masjid Hadhari

![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=42c5986e-fcb8-4793-ad60-7cf910b5e279)





![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=a9edf831-d3f9-4214-a86a-a05bd0401f43)




![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=d67c05ee-1495-4f0b-9464-eeb598eb6b3f)
![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=84e8d10a-6dfa-44c3-96f5-59c1254a31e8)
![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=085a4b60-e302-4a71-9fee-3da881382960)
![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=ae8ed7c8-aaaa-47a4-8958-ac8844d9e83f)


![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=382d6a7f-b9f2-4eaa-b476-a3859bd1c3eb)
Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini blog ini ini adalah disebabkan saya sedang sibuk menyiapkan tesis akhir untuk pengajian saya. Kebetulan pula pada petang yang nyaman ini saya mempunyai sedikit masa terluang jadi saya gunakan ‘masa terluang’ itu untuk mengemaskini blog saya ini.![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=151df5be-015e-4302-8511-78052fb31b8b)
![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=ea800658-5382-4d66-a01f-6848c061860f)