RSS 2.0
  • Home
  • Bibliografi
  •  

    Jasamu Guru Tidak Ternilai!

    Saturday, May 17th, 2008

    Penulis merasakan masih belum terlambat untuk penulis mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru yang banyak membantu penulis sehingga penulis berjaya menjadi manusia seperti sekarang. Kelambatan penulis mengucapkan Selamat Hari Guru bukan bermakna penulis tidak menghargai jasa guru tetapi oleh kerana kesuntukkan masa jadi tidaklah dapat penulis menyatakan selamat hari guru pada 16 Mei baru-baru ini, tiga hari selepas peristiwa berdarah 13 Mei yang penuh sejarah melanda negara. walaupun ada sedikit kelambatan namun kata orang ‘Better late than never’.

    Jasa Guru Tidak Ternilai

    Memang jasa guru tidak ternilai, guru umpama lilin membakar diri menerangi dan memberi cahaya untuk keselesaan dan kesenangan hidup orang lain. Begitu besar pergorbanan seorang insan yang bergelar guru. Guru yang paling sanjungi ialah guru Matapelajaran Sejarah kerana dia banyak mengajar erti kemerdekaan, belajar daripada peristiwa yang terjadi di dalam sejarah yang lepas untuk memastikan ‘pisang tak buah dua kali’ walaupun ada manusia yang ada di Malaysia pada hari ini cuba mengubah sejarah, namun penulis tetap berpegang kepada sejarah yang telah tertulis. Di dalam kita memandu laju ke hadapan, kadang-kadang kita perlu juga menoleh ke belakang untuk memastikan keselematan kenderaan kita daripada apa-apa kemungkinan yang mungkin akan datang daripada belakang.

    Sedih juga penulis mengenang nasib guru-guru yang ada pada hari ini, yang ‘menitiskan peluh’ untuk memastikan anak bangsa berjaya semakin tidak dihormati malah dianiya oleh ibu-bapa yang kononya ‘terpelajar’ kerana mereka terlampau sayangkan anak lebih daripada segala-gala. Perit getir perjuangan seorang insan yang bernama guru seakan-akan tidak lagi penting asalkan anak mereka tidak di apa-apakan walaupun anak-anak mereka melakukan kesalahan yang besar. Jika dahulu golongan guru amat dihormati dan diutamakan tiada ibu-bapa yang mengikut telunjuk anak mereka, malah sekiranya si anak memberitahu kepada si bapanya yang beliau di rotan guru, si bapa itu akan menambahkan lagi bilangan rotan kepada anaknya tetapi sekarang sudah lain.

    ‘Lilin Membakar Diri’ memang sinonim dengan guru, penulis akui tanpa perjuangan seorang guru tidak akan lahir seorang Pejuang Kemerdekaan Tanah Air seperti Dato Onn dan Tengku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Tanpa ‘titik peluh’ guru tidak akan lahir pemimpin ulung yang disegani dunia seperti ayahnda Tun Dr. Mahathir. Tanpa keringat seorang insan yang bergelar guru tidak akan lahir seorang Putera Raja berjiwa rakyat seperti Tengku Razaleigh. Tanpa kebijaksanaan seorang guru tidak akan lahir Ulama’ terbilang seperti Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang disanjung tinggi di Kelantan.

    Jerit payah seorang insan bergelar guru hanyalah mereka sahaja yang tahu, tetapi masyarakat kita pada hari ini sudah tidak lagi memandang tinggi peranan yang ditonjolkan dan sumbangan seorang guru kepada masyarakat sebaliknya masyarakat menjadikan guru seolah-olah musuh mereka ’silap sikit’ jawapanya ’see you on court’, silap sikit lagi ‘i will sue you’ itulah mentaliti masyarakat kita yang majoritinya berada di bandar, yang kononya lebih terpelajar.

    Perjuangan seorang guru pada hari ini sudah tidak dimartabatkan lagi, bagi mereka kerajaan sudah bagi gaji jadi tak perlulah menghargai perjuangan mereka kerana perjuangan mereka tidak ikhlas, penulis ingin menyangkal dakwaan ini kerana keikhlasan bukanlah perkara yang dapat didedahkan kerana sekiranya didedahkan ianya sudah menjadi tidak ikhlas. Sebagai contoh ada satu cerita seorang hamba Allah yang membantu seorang insan yang pancit tayar keretanya dan setelah selesai insan ini bertanya kepada hamba Allah itu “Terima Kasih kerana membantu, berapakah upahnya” lalu hamba Allah itu menjawab “Saya Ikhlas” lalu insan itu menjawab “Terima kasih di atas pertolongan ikhlas saudara” selang beberapa saat selepas insan itu beransur-ansur untuk bergerak, Hamba Allah tadi memanggilnya dan berkata “Saya cakap tadi Ikhlas lah saudara nak bagi berapa upah kat saya” Inilah jadinya sekiranya keikhlasan didedahkan. Bagi saya Kerajaan memberi gaji kepada guru sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kepada guru yang sanggup membakar diri demi menjaga anak bangsa dan kejayaan anak bangsa memberikan kepuasan kepada kehidupan seorang guru.

    Penulis berharap selepas ini tiada lagi masyarakat yang merendah-rendahkan martabat seorang guru, kerana pengorbanan seorang guru memang besar dan tidak keterlaluan kalau penulis katakan pergorbanan seorang guru umpama mengorbankan diri sendiri demi kesejahteraan orang lain. Akhir kalam, semoga guru di seluruh negara kembali dihormati oleh seluruh rakyat Malaysia.

    Di bawah ini penulis selitkan Video Muzik Dikir Barat yang bertajuk jasamu cikgu nyanyian Cikgu Sulizi untuk tatapan semua masyarakat Malaysia:

    DS Najib Tun Razak Tolong Selamatkan Siswa UNITAR!

    Sunday, April 20th, 2008

    Penulis sebelum ini pernah mengutarakan masalah ini di dalam blog milik penulis malah lebih dulu daripada Siasah Online menyiarkanya. Isu berkenaan siswa Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) ini bukan perkara main-main. Perkara ini melibatkan siswa dan secara tidak langsung melibatkan rakyat. Penulis bukanlah berniat untuk menangguk di air yang keruh tetapi niat penulis adalah baik untuk membela nasib rakyat dan juga bangsa kita yang menjadi anak didik UNITAR. Perlu diingatkan penulis mengkritik bukan kerana menentang tetapi mengkritik kerana sayang.

    UNITAR yang terkenal dengan jolokkan ‘universiti virtual pertama’ di Malaysia yang dahulunya dikenali dan disegani. Dahulunya UNITAR ini diuruskan oleh KUB Malaysia Berhad tetapi kini sudah di bawah ‘jagaan’ Yayasan Pendidikan Tun Abdul Razak (Yayasan PINTAR) sebuah badan yang dipengerusikan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Penulis sendiri pernah ‘merasa’ bagaimana corak pengurusan yang dikendalikan oleh kedua-dua badan ini.

    Ternyata perbezaanya amat nyata, zaman UNITAR diletakkan di bawah pengurusan KUB Malaysia Berhad siswa UNITAR tidak mengalami sebarang tekanan dalam pengajian mereka memandangkan pihak pengurusan tidak ‘terlalu memaksa’ untuk siswa melangsaikan hutang-hutangnya dengan pihak UNITAR, semasa itu UNITAR di bawaha ‘jagaan’ KUB yang dipengerusikan oleh Dato Hassan Harun. Namun, selepas Dato Hassan Harun meninggalkan KUB, siswa UNITAR mula mengalami tekanan demi tekanan sehinggakan mereka tidak mampu menumpukan sepenuh perhatian terhadap pembelajaran mereka.

    Beberapa bulan kemudian, dikhabarkan pula Yayasan PINTAR akan mengambil alih UNITAR daripada KUB, berita ini pada mulanya memberi ’secangkir kegembiraan’ kepada siswa UNITAR. Namun kegembiraan mereka hanya seketika seperti kata pepatah “Keluar daripada Mulut Singa Masuk Ke Dalam Mulut Buaya”. pentadbiran UNITAR dibawah pengurusan Yayasan PINTAR juga memberi masalah kepada siswa berkenaan dengan yuran pengajian malah lebih teruk daripada dulu, bayaran yuran pengajian di UNITAR langsung tidak boleh dibawa berbincang! malah tekanan demi tekanan yang dikenakan oleh pengurusan UNITAR semakin hebat.

    Memang benar UNITAR adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta, tetapi bukan semua yang melanjutkan pelajaran di sini ialah datangnya daripada keluarga kaya raya yang mempunyai harta bertimbun-timbun yang hidup berfoya-foya tetapi boleh dikatakan majoriti siswa yang melanjutkan pelajaran di UNITAR adalah datangnya daripada keluarga berpendapatan rendah yang mempunyai anak berduyun-duyun, hutang berjela-jela. Kalau dikira dari segi statistik hampir 60% adalah siswa yang datangnya daripada keluarga berpendapatan rendah, 20% adalah siswa yang datangnya daripada keluarga sederhana dan 20% siswa yang berasal daripada keluarga kaya yang mempunyai harta bertimbun-timbun dan sekadar hidup berfoya-foya.

    Penulis ingin menggesa DS Najib Tun Razak supaya menyelesaikan permasalahan ini, merekalah siswa merekalah rakyat, ibu dan bapa mereka juga adalah rakyat. Masalah lain yang menghatui mereka ialah Kadar Pinjaman PTPTN yang diberikan kepada mereka adalah lebih rendah berbanding yuran pengajian mereka atau dengan kata lain tidak mencukupi untuk membiayai yuran pengajian mereka inikan pula nak menampung perbelanjaan harian makan mereka. Mereka berhak mendapat lebih di kala siswa UNISEL yang berada di Selangor yang diterajui pembangkang mendapat pinjaman terlampau lebih daripada yuran pengajian yang ditaja oleh badan yang bernama PTPTN juga.

    Yuran pengajian yang dikenakan juga membebankan memandangkan UNITAR sekarang diterajui oleh sebuah Yayasan sepatutnya yuranya lebih rendah daripada IPTS lain. Bayangkan yuran pengajianya RM5ooo - RM6000 untuk satu semester panjang dan RM2000 - RM3500 untuk satu semester pendek. Satu tahun UNITAR mempunyai dua semester panjang dan satu semester pendek. Memang amat membebankan siswa. Teringat kisah seorang sahabat penulis di masa sama-sama menuntut di UNITAR dulu, beliau menangis tak henti-henti kerana tidak tahan dengan tekanan yang diberikan oleh pihak UNITAR terhadapnya dan “Kata Nak Tolong Orang, tetapi ini nak menzalimi orang namanya’ katanya sambil menitiskan air mata.

    Cadangan penulis kepada DS Najib Tun Razak ialah supaya mengemaskinikan semula kadar yuran pengajian di UNITAR yang agak tinggi sekarang ini. Di samping itu, sistem belajar dulu bayar kemudian juga harus diperkenalkan bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung siswa UNITAR. Sebagai pengetahuan sistem belajar dahulu bayar kemudian ini telah dipratikkan oleh Kolej Teknologi Bestari, Putera Jaya, Setiu Terengganu dan tiada sebarang masalah.

    Di samping itu, pihak pengurusan perlu menambahkan pensyarah atau tutor yang baru terutamanya di UNITAR kampus Kota Bharu kerana ia mengalami kekurangan pensyarah yang memaksa pihak pengurusan mengupah pensyarah luar yang sukar ditemui oleh siswa sekiranya mereka mempunyai masalah.

    Pemulihan Universiti yang menjadi kebangaan UMNO ini wajar diberi keutamaan bagi memulihkan kembali sokongan rakyat kepada UMNO. Sebelum penulis mengakhiri artikel ini sekali lagi penulis ingin katakan bahawa tujuan penulis mengetengahkan isu ini bukan untuk menjatuhkan siapa-siapa, bukan mendapat upah daripada siapa-siapa, tetapi sudah menjadi hak penulis untuk menerangkan yang Haq (Kebenaran) di samping menyanggah kebatilan. Ingatlah Demi Islam untuk Melayu Kerana Mu Malaysia tanah air tercintaku.

    Mengkritik bukan bermakna Menentang
    Menyanggah bukan bermakna Membakang
    Mengkritik bermakna Sayang
    Menyanggah bermakna memberi Peluang

    Kenapa Siswa IPTA mengalami masalah kewangan?

    Friday, April 18th, 2008

    Pada artikel kali ini penulis ingin mengetengahkan sesuatu perkara yang menjadi isu dan perbualan hangat di kalangan mahasiswa IPTA seluruh negara. Masalah yang menghantui Mahasiswa IPTA ini ialah masalah yang berkaitan dengan kewangan. Akhir-akhir ini kita banyak mendengar mahasiswa yang terjebak dengan anasir-anasir tidak bermoral semata-mata untuk mendapatkan wang menampung pengajian mereka, ya itulah yang kerap kita dengar apabila seseorang mahasiswa ditangkap kerana membuat kerja tak bermoral dengan alasan masalah kewangan dan boleh dikatakan hampir 100% Mahasiswa yang ditangkap kerana membuat kerja tidak bermoral akan memberi alasan masalah kewangan. Jadi oleh yang demikian apa kata penulis ‘meneroka sedikit’ masalah ini yang menjadi ‘duri dalam daging’ Mahasiswa IPTA.

    Persoalanya adakah benar-benar Mahasiswa IPTA mengalami masalah kewangan seperti yang diwar-warkan oleh mereka? Pertama sekali kita cuba bandingkan yuran pengajian di IPTA dengan yuran pengajian di IPTS. Yuran pengajian IPTS lima kali ganda lebih tinggi daripada IPTA. Jadi untuk perbandingan pertama jelas sekali yuran pengajian bukan menjadi punca kepada masalah kewangan Mahasiswa IPTA.

    Setelah kita melihat dari segi yuran pengajian, kita lihat pula daripada pinjaman pengajian yang diterima oleh Mahasiswa IPTA dengan Mahasiswa IPTS. Daripada kaji selidik yang penulis buat mendapati bahawa Mahasiswa IPTS mendapat pinjaman KURANG DARI jumlah yuran pengajian. Manakala Mahasiswa IPTA pula mendapat pinjaman LEBIH DARI jumlah yuran pengajian, ini membuktikan bukan pinjaman menjadi punca masalah kewangan mereka.

    Sebelum itu, penulis ingin tegaskan di sini bukan 100% mahasiswa IPTS datang daripada keluarga berada malahan golongan mahasiswa IPTS yang datang daripada keluarga berada ialah tidak lebih daripada 20%. Jadi majoriti mahasiswa IPTS datang dari keluarga sederhana dan juga berpendapatan rendah.

    Kita lihat pula perbelanjaan mahasiswa IPTA dengan IPTS. Mahasiswa IPTA memang mewah berbelanja dapat saja pinjaman, handphone baru, motor baru, kereta baru dan lain-lain yang baru yang tidak ada kena mengena dengan pengajian di beli. Mahasiswa IPTS pula dapat pinjaman tak boleh nak buat apa-apa sebab pinjaman mereka pun tak cukup untuk menampung yuran pengajian mereka.

    Jelas sekali, masalah kewangan yang berlaku di kalangan Mahasiswa IPTA ialah berpunca daripada sikap mereka sendiri yang boros berbelanja mengikut hawa nafsu sehinggakan perbelanjaan melebihi pendapatan.

    Selain itu, mereka juga terlibat dengan banyak aktiviti luar yang langsung tidak memberi faedah kepada mereka seperti menyertai demonstrasi jalanan, demonstrasi dalam kampus, melancong, kelab-kelab hiburan dengan menghadiri majlis-majlis, program-program seperti yang disebutkan juga menyebabkan ‘kantung kewangan’ mahasiswa menjadi bocor memandangkan program seumpama itu memerlukan sumber kewangan seperti nak minum pun kena keluarkan duit.

    Kesimpulanya, mahasiswa IPTA perlu mengubah cara hidup mereka agar masalah kewangan tidak menjadi ‘hantu’ sepanjang mereka melanjutkan pengajian di IPTA. Fikir-fikirkanlah.

    Penjelasan Pengurusan UNITAR berhubung isu masalah siswa UNITAR!

    Tuesday, April 15th, 2008

    Penulis telah mendapat satu email daripada pihak pengurusan UNITAR untuk memberi komen dan penjelsana berkenaan Isu Masalah Siswa UNITAR yang telah di dedahkan oleh penulis dalam

    Berikut ialah penjelasan Pihak Pengurusan UNITAR:

    Bukan perkara mudah untuk pihak pengurusan UNITAR memindahkan para pelajar.Sehingga kini,hanya kampus Kelana Jaya induk sahaja yang wujud. Kampus seperti pekan,putrajaya atau pun nilai,belum di bina.Sehingga kini, cadangan tapak kampus baru masih di dalam perbincangan.

     

    Pelajar di nasihatkan tidak membuat spekulasi yang tidak benar,ini kerana perkara-perkara seperti ini adalah ‘khabar angin’ sahaja. Sehingga kini, tiada apa apa pengumuman rasmi mengenai perkara perpindahan ini. Pekerja di UNITAR Kelana Jaya sendiri masih tidak tahu menahu mengenai kampus baru.

     

    UNITAR KB sudah tiada pengmbilan baru untuk pelajar Bachelor program.Hanya diploma and foundation program sahaja di tawarkan di UNITAR KB.

     

    Jika ada pelajar yang terlibat,ianya akan melibat kan pelajar2 baru sahaja.Ini kerana pelajar2 baru tidak mempunyai kampus pilihan selain kampus induk.

     

    Pembinaan sesebuah kampus baru akan memakan masa 2-3 tahun dari sekarang.Pelajar2 yang sedang belajar tidak akan terlibat kerana sudah menghabiskan pengajian di UNITAR.

     

    Di harap perkara ini tidak merungsingkan para pelajar.

     

    Mengenai sekatan menduduki peperiksaan akhir semester,perkara ini juga di lakukan di semua UNIVERSITI. Jika anda masih berhutang kepada UNIVERSITI, tiada sebarang surat akan di keluarkan mengenai status mereka. Perkara ini amat serius dan ianya melibatkan ramai pelajar yang sudah tamat belajar tetapi tidak mendapat ‘letter of completion’ apatah lagik scroll dan transcript kerana masih berhutang dengan UNIVERSITI,jumlah yang tertunggak amatlah besar sehingga mencecah jumlah RM20K.Inilah perkara yang terjadi kepada pelajar2 senior.

     

    Untuk mengelakkan perkara2 ini berlaku,pihak universiti mewajibkan pelajar menjelaskan ’semester course fees’ sebelum menduduki peperiksaan akhir tahun. Ini untuk memastikan para pelajar tidak mempunyai hutang tertunggak yg banyak sebelum menghabiskan pengajian.

     

    Ini juga dapat memastikan duit pinjaman PTPTN tidak di gunakan untuk membeli handphone yang canggih setiap semester atau digunakan bukan untuk membayar yuran pengajian.

     

    Pinjaman PTPTN memang tidak mencukupi kerana ianya adalah untuk yuran pengajian sahaja.Tiada kos untuk sara diri pelajar di beri kan. Oleh kerana itu ramai pelajar mengunakan wang PTPTN untuk sara diri.

    SMS TERBARU DARIPADA SISWA UNITAR
    Tengahari tadi penulis ada menerima SMS daripada Siswa UNITAR KB, SMS tersebut mengatakan pihak pengurusan UNITAR di Kelana Jaya telah membuat kenyataan bahasa penukaran sistem tiga semester dengan dua semester adalah khabar angin semata-mata.

    Namun selain daripada itu tidak pula pihak pengurusan UNITAR di Kelana Jaya tidak membuat kenyataan berhubung masalah-masalah lain yang melibatkan Siswa UNITAR. Ada

    DESAKAN SISWA UNITAR

    • Minta supaya pihak Pengurusan UNITAR supaya jangan terlalu menekan siswa dalam soal pembayaran yuran.
    • Minta yuran pengajian diturunkan sedikit.
    • Mohon UNITAR KB mempunyai padang permainan seperti bola sepak, badminton dan lain-lain.
    • Mohon agar subjek major Kaunseling ditawarkan di kampus KOTA BHARU Kelantan.
    • Mahu penginapan siswa yang lebih berkualiti.

    Itulah di antara desakan yang dibuat oleh siswa UNITAR dan mereka berharap agar DS Najib Tun Razak menyelesaikan isu ini memandangkan beliau adalah Pengerusi Lembaga Pemegang Ananah Yayasan PINTAR yang bertangungjawab di dalam menguruskan UNITAR.

    DS Najib Tun Razak Diminta selesaikan masalah siswa UNITAR dahulu!

    Tuesday, April 15th, 2008

    Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada masa ini. Baru-baru ini beliau telah ‘dinamakan’ sebagai pengganti DS Abdullah Ahmad Badawi yang diumumkan sendiri oleh DS Abdullah Ahmad Badawi.

    Disamping memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri beliau juga memegang jawatang sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan PINTAR di mana yayasan ini merupakan badan yang mengawal selia dan menguruskan sebuah universiti swasta yang tidak kurang hebatnya. Universiti yang dimaksudkan ialah Universiti Tun Abdul Razak.

    Sebenarnya dalam diam universiti ini ada mengalami masalah dalaman yang membabitkan siswa universiti tersebut. Daripada maklumat yang diperolehi oleh penulis daripada siswa UNITAR Kota Bharu, Kelantan mereka ‘mengesahkan’ masalah tersebut.

    Antara Masalah yang timbul:

    • Siswa terpaksa pindah ke kampus Kelana Jaya untuk kursus Bachelor Of Education in Counseling memandangkan subjek tersebut tidak akan ditawarkan lagi di kampus Kota Bharu.
    • Pengurusan yang terlalu memberi tekanan kepada siswa untuk menjelaskan yuran pengajian sebelum menduduki peperiksaan.
    • Penukaran sistem tiga semester kepada sistem dua semester yang akan merumitkan para siswa terutamanya siswa tersebut hanya tinggal beberapa subjek lagi.
    • Subjek Seminar In Eduction(counselor) tidak boleh diambil sekali dengan Latihan Industri ini bermakna siswa terpaksa menghabiskan masa yang lama dan juga secara automatiknya akan menyebabkan tempoh masa siswa menjadi bertambah panjang sebelum dapat menamatkanya.

    Penulis berharap DS Najib Tun Razak dapat menyelesaikan isu ini dengan segera kerana siswa juga yang akan merana. Sebagai tambahan permasalahan ini berlaku selepas Yayasan PINTAR mengambil alih UNITAR daripada KUB. Adalah diharap DS Najib Tun Razak lebih prihatin tentang hal ini.

    Cadangan Penubuhan Gabungan Siswa IPTS Malaysia

    Sunday, April 13th, 2008

    Bagi memberi keadilan yang sewajarnya kepada siswa-siswa yang menlanjutkan Pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang didapati lebih tersisih daripada siswa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) penulis bercadang untuk menubuhkan satu pakatan siswa khas untuk membela nasib-nasib siswa IPTS di Malaysia yang akan diberi nama Gabungan Siswa IPTS Malaysia atau ringkasnya GASIM.Objektif Penubuhan GASIM
    Memberi keadilan yang sewajarnya kepada siswa IPTS
    Menyelesaikan isu-isu berkaitan berkaitan siswa IPTS dengan pihak pengurusan IPTS.
    Membantu Meringankan Beban Siswa IPTS yang berasal daripada keluarga miskin dan sederhana
    Membantu siswa IPTS mendapatkan kerja
    Menyatukan semua siswa IPTS seluruh Malaysia.

    Kumpulan Sasar GASIM
    Siswa yang masih belajar di IPTS
    Siswa IPTS yang sudah menamatkan pelajaran di IPTS dan belum mendapat kerja
    Siswa IPTS yang sudah menamatkan pelajaran di IPTS dan sudah bekerja

    Cadangan Struktur Organisasi GASIM

    GASIM Peringkat Pusat

    Penaung
    Presiden
    Timbalan Presiden
    Naib Presiden (I)
    Naib Presiden (II)
    Naib Presiden (III)
    Setiausaha Agung
    Bendahari Kehormat
    Ahli Majlis Tertinggi Hal Ehwal Siswa IPTS
    Ahli Majlis Tertinggi Hal Ehwal Graduan IPTS Mengangur
    Ahli Majlis Tertinggi Hal Ehwal Islam Siswa IPTS
    Ahli Majlis Tertinggi Kemajuan Siswa IPTS
    Ahli Majlis Tertinggi Hal Ehwal Penerangan Siswa IPTS
    Ahli Majlis Tertinggi Hal Ehwal Kebajikan & Wanita Siswa IPTS & Masyarakat
    Ahli Majlis Tertinggi Hal Ehwal Kebudayaan, Kesenian & Warisan siswa IPTS

    GASIM peringkat Negeri:
    Pengerusi Badan Perwakilan GASIM negeri
    Timbalan Pengerusi Badan Perwakilan GASIM negeri
    Bendahari Badan Perwakilan GASIM negeri
    Setiausaha Badan Perwakilan GASIM negeri
    7 Exco & Timbalan Exco Badan Perwakilan GASIM negeri

    GASIM peringkat IPTS
    Pengerusi Badan Perhubungan GASIM
    Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan GASIM
    Setiausaha Badan Perhubungan GASIM
    Bendahari Badan Perhubungan GASIM
    7 Exco & Timbalan Exco Badan Perhubungan GASIM

    Bagi merealisasikan penubuhan GASIM siswa-siswa IPTS seluruh negara diminta meninggalkan nama, alamat dan no telefon untuk dihubungi di ruangan komen di bawah ini atau email butir-butir berikut kepada yiemega@gmail.com. Satu Mesyuarat akan diadakan setelah mendapat respons yang positif daripada siswa seluruh IPTS seluruh Malaysia.

    Nota: Bagi jawatan Penaung Ianya dibuat berdasarkan perlantikan dan jawatan selain daripada itu akan dibuat secara pemilihan.